Pada Jumaat, 22 Ogos semasa mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewargaanegaraan , kuambil untuk melatihmurid-muridku menyanyi lagu , 'Satu Malaysia ' dan 'Di sini Lahirnya sebuah Cinta..'.lagu tema tahun ini 2014. Aku menggunakan laptop, speaker dan lagu-lagu yang telah didownload. Lirik lagu telah pun ku copypaste di internet dan dicetak menggunakan printerku di rumah.
Selepas berlatih menyanyikan lagu tersebut , kebetulan masa rehat, aku menghidangkan tomyam yang ku sediakan mi serta bihun untuk menjamu selera murid-muridku. Alangkah seronoknya mereka menjamu selera. Air sirap ku pesan di kantin dengan harga RM5 secerek. Beginilah anak-anak diberi makan senyap dan gembira. Syukurlah mereka makan dengan sopan dan teratur , malah dipuji masakanku serta diharap penjual di kantin membuat kuah tomyam yang pekat sedikit seperti yang kubuat. Mi sekilo dan setengah bungkus bihun cukuplah untuk mengalas perut mereka .
Lihatlah kelasku dan gelagat anak muridku. Terima kasih atas bantuan dan kerjasama memasang bendera dan menceriakan kelas, semoga kalian akan berjaya dan menjadi generasi yang berwawasan....aamiin.
Panorama di hadapan kelas
Jamuan makan - menu tomyan dengan mi dan bihun
Air sirap dipesan dari kantin secerek RM5.00
No comments:
Post a Comment