Tuesday, April 15, 2014

Lain yang dicari, lain yang dapat

Zaman teknologi setiap orang memerlukan pendrive atau hardisk untuk menyimpan bahan atau gambar-gambar kenangan.  Tetapi pendriveku ada banyak perisiannya.  Maklumlah dari tahun 2009 dan 2008 , kedua-duanya dah penuh.  Maklumat di dalamnya,  ada yang kuguna dan ada hanya sebagai penstoran sahaja.
       Semasa hendak memohon guru cemerlang, aku perlukannya.  Aku sibuk mencari kedua-dua pendrive ni.  Seingatku diletakkan di atas meja komputer. Kehilanggannya menimbulkan misteri. Memang barang-barangku tak pernah hilang kecuali hilang dalam simpanan.
      Oleh kerana berpindah -randah, tak terlepaslah aku daripada sikap pelupa.  Bulan  lepas, puas ku cari kupon-kupon cosway yang dikumpul. Kini hilang pendrive, bertambah menyinga aku.  Kenapa? Mungkin dah beberapa kali tetamu datang ke rumahku, tetamu kecil ni memang suka membelek dan matanya melilau mencari sesuatu. Sementelah kedua-dua pendrivekun hilang, maka aku dengan cepat menuduhnya.  Habis ku lepaskan kata-kata yang tak sepatutnya kuucapkan. Aku pun menelefon anak sulung di Shah Alam dan suamiku di Sabak Bernam.Puas aku bertanya tentang pendrive.  Suamiku menyuruh aku bertanya tentang tetamu sikecil kepada ayahnya.  Walaupun hatiku menuduhnya tetapi suara  hatiku  aku masih mahu kepastian daripada anak keduaku . Intuisiku selalunya benar.  Nasib baik tak telefon ayah tetamu kecil itu, kalau tidak tentu aku dimarahnya.
      Rupa-rupanya anak keduaku terambil .  Masalahnya kalau terambil, beritahulah supaya tidak berlaku tuduhan kepada insan yang lain. Aku naik angin kerana sudah puas kucari, ku selongkar kotak-kotak dan beg-beg serta almari.  Lain yang ku cari , lain pula yang ku jumpa.  Barulah jumpa kupon-kupon cosway yang kukumpul, ingatkan di rumah Sabak Bernam , rupa-rupanya di dalam laci rumah di Melaka.  Begitulah kalau usia dah meningkat,lain yang dicari lain yang dapat.
     Syukur Alhandulillah....jangan membuat tuduhan sebelum menyiasat terlebih dahulu...kelak akan timbul fitnah dan pergaduhan.

No comments:

Post a Comment