Semenjak musim kemarau dah berlallu, kini musim hujan pula. Cuaca yang lembab dan kawasan tanaman di sebelah rumahku kini beroperasi. Tanah dah dibajak. Baja tahi ayam ditabur untuk menanam. Tetapi bau tahi ayam pula menyucuk hidung. Tambahan pula menarik perhatian banyak lalat ke rumahku.
Kehadiran lalat yang tidak dipelawa telah mengganggu ketenangan jiwaku. Semalam 19/04/2014 aku dah mengemop lantai dan mengelap meja makan. Semua sampah sudah kubuang. Namun kehadiran lalat yang berterbangan mengganggu kehidupanku terutama urusan di rumah. Duduk sahaja menghadap komputer ini, beberapa ekor lalat menghurungi kakiku dan berterbangan, kadangkala menghurungi mukaku.
Aku telah mengemop lantai dengan menggunakan pekatan semulajadi serai wangi dan mengelap meja makan. Sekejap sahaja lalat-lalat menghilang, kemudian hadir kembali. Aku ke kedai pula, membeli kertas lalat. SHLL peelekat-lalat. Berkesan jugalah tetapi kehadiran lalat tetap ada.. Kalau dahulu kertas lalat ini berharga 20 sen sekeping. Tetapi aku tak tahu berapa harganya sekarang kerana aku beli sebungkus yang mengandungi 10 keping. Setakat ini dah sepuluh keping aku gunakan.
Bercerita tentang kertas lalat, peniaga sekarang ini mahu untung sahaja. Kenapa? . Kertas lalat yang berbau ikan masin ini semakin kurang pelekat atau gam di kertasnya. Sekiranya lalat itu hingga di tepi kertas, alamat tak terlekat atau terperangkap . Lalat itu mesti mendarat pada tempat yang banyak pelekat atau gam.
Tetapi tak apalah, kurang sedikit gangguan lalat ini. Banyak pula serangga yang tidak dipelawa hadir ke rumahku......semut juga dah naik ke bumbung rumah...Nasib baiklah aku bersungguh-sungguh bertukar sekolah untuk mengajar di Melaka. Aku ingin balik mendiami dan menjaga rumahku walaupun selesai satu masalah, timbul pula satu masalah lain......bersambung.......
kertas lalat yang dibuka untuk perangkap lalat
Pekatan herba serai wangi untuk dilapkan di meja makan dan dimopkan di lantai.
No comments:
Post a Comment