Setelah berkelahi dengan lalat, kini berperang pula dengan semut. Semut-semut kini amat melampau. Kalau dahulu, aku taburkan ubat semut yang berbentuk serbuk atau makanan semut. Menurut pak cik yang menjual makanan semut ini, kalau rumah di kelilingi pokok memang sukar. Memang betul pun, rumahku di kelilingi pokok jambu dan pokok mangga.
Bersungut pokok mangga tak berbuah, akhirnya berbuah juga . Tahun ini , banyak buahnya . Ada 4 batang pokok yang berbuah.. Alhamdulillah. Malangnya banyak pula semut yang hadir ke rumahku. Kalau dahulu meniti tingkap-tingkap tetapi kini memanjat hingga ke tepi-tepi bumbung. Hampir setiap minggu aku menyembur semut-semut tersebut dengan 'Shieldtox Mosquito Spray' . Dah berbagai-bagai cara untuk mengatasinya. Serbuk semut pun dah ditabur di sekeliling rumah. Hari ini , 20/04/2014 suamiku menyembur ubat semut "Plasbon 250" baunya busuk macam minyak gas. Menurut suamiku, Shieldtox kurang berkesan tetapi itulah yang paling mudah. Banyak semut yang mati akibat terkena semburan tersebut.
Entahlah banyak pula serangga dan tidak ketinggalan sang tikus. Minggu lepas, puas mengemaskan bangkai tikus, nak mencarinya buka mudah. Tunggu sehingga baunya harum mewangi barulah aku menjumpai kerana aku pasang perangkap makan tikus yang berwarna merah jambu.
Inilah gara-gara meninggalkan rumah terlalu lama. Sejak tahun 2010,aku bertugas di Sabah, aku hanya balik ke rumah pada masa cuti sekolah kemudian berpindah ke Sabak Bernam, kadangkala terpaksa memandu sendirian untuk mengemas rumah......begitulah ketentuan-Nya.
Kini, bersyukurlah dapat mendiami rumah sendiri walaupun belum sempurna ......
No comments:
Post a Comment