Sunday, April 6, 2014

sibuk-sibuk membuat BBM Linus SKMT

Penulis baru sahaja mengajar tahun 1 bagi  perkhidmatan ke- 30 tahun.  Pada mulanya , penulis memang agak susah hendak menerima mengajar tahun 1 kerana murid-murid tahun 1 susah hendak mendengar arahan tambahan pula penulis tidak ada pengalaman langsung. Dengan kata lain pengalaman sifar.
  Biasanya , kalau dulu-dulu murid tahun 1 mendengar arahan . Kini suasana dan persekitaran pembelajaran mereka amat berbeza.  Adanya program Linus bermakna bertambahlah bebanan guru. Guru-guru terpaksa membuat pondok atau tempat aktiviti Linus.  Bagi penulis tak pernah pun pergi tadika dan masuk kelas pemulihan, pandai pun membaca sedangkan ibu penulis sendiri tidak berpendidikan sekolah setakat darjah 3 semasa Jepun memerintah., kemudian berhenti kerana pada masa dahulu pendidikan dalam  kalangan anak-anak perempuan tidak digalakkan.
  Jadi , kami guru-guru LINUS sepakat menghias Pondok Linus SKMT daripada pondok buruk umpama sangkar burung kini  berwajah ceria . Keceriaan dan Bahan-bahan Bantu Mengajar sekarang ini dibantu dengan guru-guru pelatih seramai 4 orang dari Maktab Perguruan Melayu Melaka.
  Pada mulanya, pondok buruk ini lantainya disimenkan. Dihamparkan tikar getah supaya murid-murid dapat duduk dengan selesa agar  aktiviti pembelajaran dapat dijalankan.  Kemudian , kami sibuk menambah BBM dengan mencari bahan-bahan dari laman web Koleksi  Cikgu Anis atau Norainins Dream atau lain-lain blog guru yang boleh membantu memberi idea bagi menceriakan pondok Linus.  Kebanyakan BBM dibuat oleh guru-guru Pelatih dari IPG Maktab Perguruan Melayu Melaka : Cik Fatimah, Cik Rabiatul Adawiyah ,Cik  Nurain Fatihah  dan Cik Khadijah..  Terima kasih atas bantuan melengkapkan pondik Linus SKMT.

          berkumpul di PSS berbincang tentang bahan-bahan ABM yang hendak diletakkan di Pondok Linus.
 Selasa , 2/4/2014, kami sibuk membuat BBM seperti mencetak, melimatekan bahan-bahan tersebut masa Free dan juga pada waktu petang pukul 4.30 -6.15 petang.. Kami berkumpul di pondok dengan peralatan seperti laptop, printer, mesin laminate atau laminator, plastik laminate, gunting, tangga dan sebagainya untuk membuat BBM tersebut. Pn Suraitie Hamdan David, Pn Rohayanti, Ustazah Saadiah, Pn Norhayati bersama-sama guru lain membatu membuat BBM.

                                                     Kerja-kerja menggantung BBM










Barisan guru pemerhati melawati projek LINUS..hehehe.



Papan tanda pondok LINUS ini adalah hasil tangan sipenulis dengan bantuan guru-guru pelatih menyusun dan mereka bentuk susun atur huruf-huruf dan perkataan tersebut.

   

  Guru-guru lain  juga yang datang menjenguk dan memberi idea untuk menceriakan lagi pondok LINUS ini.
Cadangan untuk menceriakan pondok LINUS bermula setelah pegawai Linus datang menziarahi dan mecerap guru-guru matematik.  Nasib baik penulis tidak dicerap kerana agak kekok juga apabila mengajar tahun 1 di mana baru bermulanya pengalaman .

No comments:

Post a Comment