Semangat kentalku semakin luntur. Ingin ke sekolah terasa berat hati, dan rasa penat yang teramat. Kemudian aku beralih buat fully check up di Hospital Alor Gajah pula. Pertama kali buat check up sama sahaja prosedurnya, dan keputusan gula dalam darah 13 mmol/L dan kolesterol tinggi. Aku diberi setengah biji ubat kolesterol dan sebiji glumet DC makan dua kali sehari sebagai pesakit diabetes.
Walaupun diberi ubat tersebut, aku masih tidak mengubah cara pemakananku. Pagi-pagi minum nesvita 3 in-one dan minum kopi susu pekat manis bervitamin , serta kuih manis. Setelah sebulan diambil darah lagi dan doktor ingin melihat perubahan bacaan gula dalam darah. Keputusan sama, akhirnya aku dimarahi doktor berbangsa Cina itu. Dengan marahnya, dia meminta aku mengambil insulin secara suntikan. Lagilah aku tidak boleh terima. Beliau pun menerangkan bahawa ubat yang aku makan itu tidak berfungsi tambahan pula beliau menerangkan bahawa aku masih muda, kalau tidak buah pinggang dan jantung akan rosak. Aku mendengar sahaja leterannya. Aku memintanya memakan ubat tablet sahaja.
Dengan nada marah , beliau menulis dalam buku pesakit bahawa sepatutnya aku dapatkan suntikan insulin. Walaupun demikian, beliau masih memberikan aku tablet, ditambah dengan tablet Gliclazide 2 biji 2 kali makan ,Gumet DG 2 biji 2 kali makan sehari dan ubat kolesterol sebiji pada waktu malam. Aku diminta mengambil bacaan gula dalam darah sehari 4 kali selama 6 hari.
Oleh kerana terlalu banyak sangat omelannya, maka aku mengambil keputusan untuk membeli alat menguji gula dalam darah. Pada mulanya aku berjanji untuk beli daripada juru rawat yang bertugas di bilik rawatan Diabetes itu tetapi kehabisan, aku menyatakan lain kali aku beli.
Dengan rasa tidak puas hati, aku terus ke Farmasi Saiza untuk membeli susu diabetik dan alat menguji gula dalam darah itu. Kebetulan pula ada beberapa jenama mesin atau alat menguji glokus dalam darah di Klinik Saiza, aku memilih yang paling murah, dan diskaun atau tawaran murah dengan harga RM49.90 dengan syarat menjadi ahli. Kalau tidak harganya RM120 sebuah.
Akhirnya , aku terpaksa terima hakikat bahawa aku seorang pesakit diabetes. Nasihat si pekerja di Farmasi Saiza itu membuatkan aku ada semangat ....."Tak apa, jangan susah hati, kita lawan penyakit tu,". Sejak hari itu aku mula menyukat makanan seharian dan bermulalah kehidupanku sebagai pesakit diabetes........bersambung.
Monday, June 8, 2015
Sukarnya ku terima kenyataan..begitulah ketentuan-Nya
Aku tidak ingat entah berapa botol aku telan ubat batuk Hurix, batukku tak juga sembuh. Beralih kepada madu pula. Kemudian aku demam disertai dengan batuk dan selesema.
Dengan keadaan yang melemaskan itu membuatkan aku ke Klinik Doktor Insan dan Siti, di Alor Gajah. Semasa mendapatkan rawatan, Doktor Ihsan bertanyakan tentang jerawat di dahiku. Kenapa di dahi tu, dah lamakah?. Selamba aku menjawabnya," Baru tiga hari, " "Oh, begitu, tak mengapalah, kalau dah lama bahaya tu!". Pertanyaannya menimbulkan seribu persoalan kepadaku.
Kemudian, aku ke sekolah . Batuk dah beransur baik dengan memakan ubat antibiotik. Kemudian aku disarankan buat fully check up oleh salah seorang guru memandangkan usia semakin meniti senja. Aku berpuasa untuk membuat fully check up seperti menguji kahak kerana batuk yang berlarutan, x-ray, ujian ambil darah dan air kencing.
Untuk melakukan semua check up penuh ini, aku ke Poliklinik Masjid Tanah. Setelah sebulan ada janjitemu dengan pihak doktor. Keputusannya blood glucose memeranjatkan aku. Keputusan 15.1 mmol/L dan bacaan kolestrol tinggi. Aku tak tanya pula berapa bacaan kolesterol.
Pada saat diberitahu, aku agak terkejut dan rasa susah hati. Aku juga enggan menerima keputusan tersebut. Akhirnya , aku dimarahi oleh doktor bangsa benggali tersebut. Oleh kerana aku enggan makan ubat, maka beliau menulis di kad tersebut sebagai pesakit diabetes. Beliau terus menyimpan rekod tersebut tanpa memberi ubat kerana aku sendiri tidak mahu makan ubat dengan luahan katanya, " Nak buat apa saya bagi ubat kalau mak cik tak mahu makan ubat,".....hehehe , faham-fahamlah sikapku seboleh-bolehnya aku tidak mahu makan ubat dengan alasan sekali , dah makan seumur hidup bergantung hayat kepadanya....Wallah'ualam bissawab.

Saturday, May 16, 2015
Kejohanan Sukan Olahraga ke-44 , SKMT
Tahun kedua menyambut sukan di SKMT pada tahun 2015. Tahun ini agak sibuk dengan beberapa program sekolah yang hadir silih berganti tanpa henti. Semua pasukan rumah sebuk membuat persiapan sama ada latihan sukan, ujian tara dan pertandingan bagi acara-acara sukan serta lain-lain pertandingan seperti perbarisan dan khemah tercantik. Kami ahli Rumah Hijau /Hulubalang bersedia menggalas tanggungjawab. Agak meriah pertandingan bagi acara perbarisan dan pertandingan khemah tercantik selain semangat kesukanan yang dipamerkan. Semangat berlumba dan sikap persaingan yang baik tercerna dalam setiap ahli pasukan rumah yang membara untuk menang dalam semua acara yang dipertandingkan.
Kami membuat persediaan dengan perbelanjaan terhad. Setiap pasukan rumah diberi RM50, maklumlah sekolah kami kecil, bajet pun kecil, kalau boleh semua dijimatkan. Dengan peruntukan yang kecil itulah , pandai-pandailah setiap guru menguruskan perancangan mereka . Kami menetapkan setiap guru menyumbang RM15 untuk menampung makanan murid , minuman, dan keperluan lain seperti hiasan khemah dan perbarisan. Murid-murid ditetapkan membayar RM5 untuk makanan dan air iaitu nasi lemak berlaukkan ayam dan air sunquick.
Kami guru pasukan rumah Hijau atau Hulubalang bersepakat merancang untuk memenangi pertandingan dan cuba menjuarai kejohanan sukan pada tahun ini. Beginilah perancangan kami tetapi yang menentukan hanyalah Allah s.w.t. Pada masa hari sukan pula hujan turun selebat-lebatnya dan kami bernasib baik dapat melaksanakan sukan tersebut setelah hujan reda. Kami beruntung kerana walaupun hujan , acara dijalankan dan tidak ada petir dan kilat. Sekiranya berlaku, tentulah kami terpaksa tunda sukan tahunan tersebut. Syukur Alhamdulillah , semuanya selamat .

Naib johan keseluruhan
Johan perbarisan

Hujan turun dengan lebatnya.
Persiapan khemah
Johan perbarisan
Friday, May 15, 2015
Hadiah termahal buatku pada Hari Guru 2015
Orang lain gembira mendapat hadiah sempena Hari Guru tetapi berlainan dengan aku. Jam 4.30 petang 15/5/2015 terpapar kisah seorang guru mengikat tangan murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang, Semut Harian membuat onak kepadaku, memviralkan gambarku yang diedit bersama -sama kecederaan murid budak tersebut. Gambar itu di siarkan dalam facebook oleh Semut Harian.
Nasib aku baik kerana salah seorang daripada rakan yang sama mengajar di Sabah, mengetahui hal ini dan mentioned namaku di fb. Bimbang diviralkan atau disharekan oleh orang-orang tertentu, maka aku share dahulu gambar tersebut di fbku. Ramai kawan yang menyarankan agar aku membuat saman malu. Dengan bertindak cepat , aku membuat aduan ke balai polis dan aduan kepada siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Aku pergi ke balai polis dan menghabiskan masa daripada pukul 5.30 hingga 7.15 malam,
Dalam pada itu , aku masih membaca komen kawan-kawan. Selang beberapa minit kemudian, ku dapati keratan gambarku telah digantikan dengan gambar lain. Pada jam 8.00 malam, mungkin Semut Harian dah kepanasan kot, jadi dihilangkan gambarku. Tahukah kamu gambar tersebut telah kurakam dan kuabadikan dalam fbku. Sedihnya aku, Hadiah Hari Guru Tahun 2015 adalah kisah yang memalukan. Gambarku diviralkan seolah-olah akulah guru yang mengikat tangan murid perempuan itu. Apakah kesilapanku maka diambil gambarku dan ditempelkan di situ?
Jika kuajukan kepada pembaca,apakah tindakan yang sepatutnya aku ambil. Malas ku nak layan kerja-kerja yang membabitkan hal remeh-temah dengan siasatan dan turun naik mahkamah. Memang mencemarkan nama baikku , kewibawaanku sebagai seorang guru telah tercabar, di manakah harus ku dapatkan keadilan, saman memang baik, tapi tak berbaloi kot dah tercalar di hatiku , dah terpahat dan sukar dikikis malahan telah diviralkan kepada 51 share , dan mungkin diviralkan lagi.
Diharap perkara ini menjadi pengajaran kepada semua yang suka mengambil kesempatan atas kelonggaran menuntut hak kita sendiri. Wallahu'alam bissawab.

Friday, April 24, 2015
Pantun AntiDadah- Program AntiDadah 5 minit .
Selaku guru penyelaras , Program Antidadah SKMT, kami telah melaksanakan beberapa aktiviti mengenai antidadah , antaranya melafazkan sajak . Program 5 minit tentang dadah telah dilaksanakan dengan melafazkan pantun yang bertemakan "Keluarga Bahagia". Pantun ini dilafazkan oleh Amna Nafeesa dari tahun 5 Arif. Guru bertugas pada 2 April 2015 ialah Pn Noorsafrina bt Hamdani , yang menerangkan maksud pantun tersebut. Kami berharap murid-murid faham akan maksud yang tersurat dan tersirat dalam pantun tersebut.
Burung kenek-kenek,
Jatuh atas tanah,
Pesan datuk nenek,
Jangan hisap dadah.
Ikan gelama dikerat-kerat,
Untuk hidangan si burung camar,
Kerana dadah diri terjerat,
Maruah tergadai nama tercemar.
Melaka Bersejarah diberi nama,
Terkenal sudah di serata dunia,
hindarilah dadah musuh utama,
Tanpa dadah keluarga bahagia.
Terkenal bola kerana bulat,
Terkenal tukul kerana pahat,
Jika dadah dijadikan kiblat,
hidup merana sepanjang hayat.
Hendak berkelah di Tanjung Bidara,
Janganlah lupa membawa celana,
Hilang keluarga hilang saudara,
Pengaruh dadah diri yang merana.
Burung kenek-kenek,
Jatuh atas tanah,
Pesan datuk nenek,
Jangan hisap dadah.
Ikan gelama dikerat-kerat,
Untuk hidangan si burung camar,
Kerana dadah diri terjerat,
Maruah tergadai nama tercemar.
Melaka Bersejarah diberi nama,
Terkenal sudah di serata dunia,
hindarilah dadah musuh utama,
Tanpa dadah keluarga bahagia.
Terkenal bola kerana bulat,
Terkenal tukul kerana pahat,
Jika dadah dijadikan kiblat,
hidup merana sepanjang hayat.
Hendak berkelah di Tanjung Bidara,
Janganlah lupa membawa celana,
Hilang keluarga hilang saudara,
Pengaruh dadah diri yang merana.
Saturday, April 18, 2015
pertandingan catur
Pada 14/4/2015, pertama kali aku membawa murid menyertai pertandingan catur di SK Demang Taha, bagi kawasan Alor Gajah. Memang berasa keterberasingan kerana aku tidak mengenali sesiapa pun guru yang menghantar murid di situ.
Walau bagaimanapun aku masih bersikap ingin mencari kawan. Setibanya, aku di sekolah itu , murid-muridku bukanlah asing bagi mereka kerana mereka berjumpa dengan kawan-kawan mereka yang bersekolah di situ.
Pada awalnya, keempat-empat muridku ok sahaja. Mereka masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat di papan paring mengikut nombor giliran yangtelah ditetapkan, Dewan yang luas terbentang dan meja disusun dengan memanjang tiga baris untuk peserta lelaki dan perempuan bawah 12 tahun, lelaki dan perempuan bawah 15 tahun serta lelaki dan peempuan bawah 18 tahun.
Setelah mendengar taklimat kesemua peserta yang kubawa mengambil tempat. Setelah diumumkan semua peserta masuk ke dewan semula, tiba-tiba salah seorang muridku keluar semula. Dia memberitahuku bahawa dia takut. Hairannya aku bagaimana seorang murid lelaki berbadan besar dan pengawas takut untuk bermain catur. Kalau di sekolah dan di hadapan rakan-rakannya boleh juga dia bermain catur. Mungkin dewan yang besar dan suasana pertandingan yang melibatkan ramai peserta membuatkannya berasa gerun. Tambahan pula mungkin pihak lawannya pernah menyertai pertandingan catur tersebut. Walaupun dipujuk oleh pengerusi teknik dan arbiter agar jangan takut dan mereka sedia duduk di sebelahnya, namun muridku enggan. Keras hatinya, dah dipujuk berkali-kali , dia tetap dengan keputusannya.
Setelah kawan-kawannya bertanding mengikut paring yang telah ditetapkan, mereka berjaya memungut 2 mata bagi enam pusingan, akhirnya aku membuat keputusan balik lebih awal kerana tidak ada gunanya menunggu lebih lama . Pemenang pertama hingga kedua belas akan diberikan sijil manakala yang kalah tidak diberikan sebarang sijil penyertaan. Hanya pemenang pertama hingga kelapan sahaja layak menyertai pertadingan peringkat negeri.
Pengajaran daripada peristiwa ini ialah kekadang kita tidak menjangka sesuatu perkara akan menimpa kita. Kita sebagai guru ingin membawa murid kita ke pertandingan bukan sahaja hendak menang tetapi biarlah mereka tahu situasi dan undang-undang permainan selain dapat berkenalan dengan rakan-rakan dari sekolah lain.
Malangnya anak muridku berhati kecil , takut berdepan dengan lawan dan mengalah sebelum bertarung. Maka, ku sampaikan berita ini kepada semua guru di SKMT, "kalah tanpa bertanding" membuatkan sesetengah guru di sekolahku menyatakan bahawa aku tersalah taip. Memang aku malu dengan peristiwa ini tambahan pula sekali lagi guru pasukan diminta datang ke dewan. Pengerusi teknik menyatakan seorang lagi muridku enggan bertanding. Puas ku cari, rupa-rupanya murid lain yang tidak hadir sedangkan muridku menunggu di papan paring sehingga masa berlalu 20 minit.
Nasib baik aku memberikan jawapan yang tepat dan muridku ada seperti yang ku n yatakan.
Peristiwa ini mengingatkan aku agar berhati-hati memilih peserta. Walaupun hakikatnya peserta tersebut sukarela ingin menyertai pertandingan tersebut.

Syabas kepada peserta yang lain biarlah kita kalah asalakan mempunyai semangat dan jiwa yang ketal untuk bertanding.
Monday, April 13, 2015
Pesta Pantun Peringkat Negeri Melaka
Sejak berpindah ke Melaka ni, banyak betul tugas yang perlu digalas, maklumlah sekolah kecil dan bilangan guru sedikit. Mesyuarat pesta pantun peringkat negeri Melaka telah diadakan pada 26/2/2015. Pesta Pantun Peringkat Negeri Melaka 2015 akan diadakan di SKMT sekolahku sebagai tuan rumah. Majlis akan berlangsung pada 13 dan 14 April 2015 ini.
Sebagai tuan rumah, kami bersedia menggalas semua kerja. Persiapan dewan dan bilik-bilik khas untuk pertandingan , bilik hakim dan bilik menunggu peserta pantun yang terdiri daripada 15 buah sekolah. Setiap sekolah menghantar 5 orang peserta yang merangkap 3 orang pemantun dan 2 orang simpanan.
Kami menyediakan 5 bilik bagi pertandingan pantun, Pusat Sumber sekolah ditempatkan untuk hakim berkumpul dan sebuah bilik menunggu untuk peserta ditetapkan di makmal komputer. Walaupun kami sibuk dengan ujiantara di padang, latihan bola tampar dan latihan pemantun pasukan sekolah, kami tetap menggalas semua kerja bersama-sama.
Sejak hari Khamis 9/4/2015 , semua sibuk mengemas meja dan menyediakan bilik. Kami bernasib baik, pada pagi Jumaat semua murid berada di padang bagi ujiantara dan kerja-kerja penyediaan bilik-bilik khas disambung pada sebelah petang.. Petang Jumaat 10/4/2015 , kami menyambung tugas menghias bilik-bilik khas dan dewan.
Kerja tambahan bermula dari pukul 3.30 petang hingga 6.00 petang, kami hanya sempat membuat label hakim, penjaga masa, juruacara, pemantun 1, 2, 3. dan pasukan lawan A, B, C. Malangnya, kerja-kerja begini rupa-rupanya memakan masa yang lama. Jadi terpaksa ditangguh lagi.
Kerja-kerja hiasan di bilik-bilik khas disempurnakan lagi pada hari Sabtu 11/4/2015 bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Dalam masa yang sama, di padang sibuk dengan latihan bola tampar, di kelas pula sibuk dengan kelas tambahan tahun 6, dan di dewan pula sibuk menyelesaikan kerja-kerja lain seperti melabel meja-meja dan banner di papan hitam, al-maklumlah sekolah kecil, bajet pun kecil.
Kerja-kerja memasang skirtinglah yang memakan masa ditambah pula dengan kekurangan kaki tangan pada hari Sabtu. Syukurlah , siap juga kerja kami.
Demikianlah sibuknya kami dalam builan April ini dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum:-
1. ujiantara untuk sukan 9-10 April
2. Pesta Pantun sebagai tuan rumah - 13 & 14
3. Pertandingan catur 14/4
4. Pertandingan bola tampar 16/4
5. Sukan tahunan 24/4
6. Pertandingan Sahibba 30/4

Subscribe to:
Posts (Atom)