Episod sejarah gaji bagiku berulang lagi. Setiap kali berpindah , masalah gaiji timbul lagi. Kalau perpindahan ku dari Sabah ke Selangor, gaji bulan April dipotong sehingga sifar, kini lain pula ceritanya di Melaka.
Hendak marah pun tak guna. Sebenarnya telitilah dan berhati-hati ketika membuat kerja. Kalau guru membuat salah heboh satu dunia. Kalau AG atau CC buat salah di mana kesabaran kita? Kali ini, perpindahan dari Selangor , colanya RM150 , di Melaka bertambah pula RM250. Gaji di Selangor setakat bulan Mac. Maka adalah tunggakan dari Jan hingga Mac. Malangnya, apabila slip gaji dicetak, tertera bahagian potongan perumahanku menjadi tajuk lain pula....Bila masanya aku perlu membayar kepada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara. Macam-macam hallah pula. Apa kan jadi dengan potongan perumahan?
Dengan rasa tidak puas hati, aku pun mendapatkan kerani. Katanya dia tersilap tekan kod nombor. Oh, begitu mudahnya tanpa memberitahu aku. Dia menerangkan AG Melaka sudah dapat kesan kesilapan itu, nasib baik belum masuk akaun Lembaga Kemajuan Johor Tenggara. Duit itu akan dipulangkan melalui cek dan potongan perumahan untuk bulan Mei akan jadi dua kali ganda. Syukurlah , dan tahniah kerana berjaya dapat mengesannya lebih awal.
Apa-apapun aku bersyukur kerana tidak ada masalah dalam pembayaran gaji ......Syukur Alhamdulillah....nanti perlu memeriksa akaun bank pula dan slip gaji setiap bulan.
Syukur, pada 17/06/2014 Lembaga Kemajuan Johor Tenggara telah memulangkan semula RM453.73 masuk ke dalam akuan dan aku pula terpaksa mengeluarkan wang tersebut untuk membayar tunai kepada kerani untuk membayar semula kepada pinjaman perumahan kerajaan, kalau tidak tentulah tertunggak selama sebulan seperti pinjaman Bank Rakyat yang tertunggak sebulan....alamat tambah nilai hutang lagi.
ReplyDelete