Sempena Hari Guru , aku mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru terutama suamiku, sahabat-sahabat, rakan seperjuangan . Tidak lupa kepana semua mantan guruku sama ada di Sekolah rendah, menengah , pensyarah maktab dan universiti Sains Mal;aysia.
Tanpa guru siapalah kita. Tentu banyak nostalgia yang menggamit memori ketika.zaman persekolahan kita. Tahun ini kali pertama menyambut Hari Guru di SKMT, sambutan Hari Guru disambut dengan sederhana. Semua aktiviti diadakan di dalam dewan, Semua perutusan telah dibaca dan satu kepincangan yang dapat dilihat ialah tidak ada ucapan daripada wakil murid dan tidak ada ucapan selamat hari Guru daripada murid-murid. Nampaknya majlis ini lebih bertumpu kepada guru. Nampaknya guru sambut HAri Guru sendiri walaupun ada murid-murid dan penghargaan murid kepada guru tidak dapat dilihat dengan jelas. Sekolah suatu peristiwa istimewa ialah kehadiran YB Masjid Tanah Mas Emerieyati ke sekolah pertama sempena Hari Guru dengan membawa kek.
Setelah semua perutusan dan persembahan daripada guru dan murid, kami menyertai sukaneka yang mengkehendaki meniup dan memecahkan belon, mencucuk manik ke dalam benang dan memasukkan getah ke dalam botol. Kemudian jamuan dan akhirnya pertukaran hadiah antara guru.
guru besar menyanyi lagu "Mawarku"
kek dari Bank Rakyat
Backdrop Hari Guru
Syukurlah dapat juga menikmati bermacam jenis kek dan nasi beriani, murid-murid pula dapat makan aiskrim percuma. Selesai sudah majlis Hari Guru dan selamat HAri Guru kepada semua guru sahabat dan rakan seperjuangan ...Semoga menjadi guru yang dapat merealisasikan impian dan harapan bangsa dan negara menjadi insan yang gemilang di dunia dan akhirat....aamiin.
No comments:
Post a Comment