Ada juga ideaku agar beberapa orang pengawas dapat bertugas di pondok ini. Inginku dapatkan beberapa orang pelajar agar menjadi kakak atau abang sebagai mentor yang boleh membimbing adik-adik LINUS.
Berikut adalah peraturan yang telah ku tetapkan agar penggunaan pondok LINUS ini berkesan dan tetap terpelihara dengan baik. Diharap semua pengguna dapat menjaga bahan-bahan bacaan yang dipamerkan dan menjaga kebersihan pondok LINUS ini.
Peraturan Penggunaan Pondok LINUS
1. Sila tanggalkan kasut dan susun dengan teratur.
2. Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa guru atau pengawas yang bertugas.
3. Tidak dibenarkan merosakkan bahan-bahan yang dipamerkan.
3. Letakkan semula bahan-bahan yang telah dibaca di tempat asalnya.
4. Bahan -bahan bacaan tidak boleh dibawa keluar dari pondok LINUS .
5. Semua bahan bacaan yang telah dibaca hendaklah dicatat di dalam penggunaan buku LINUS yang disediakan .
6. Sebarang kerosakan bahan-bahan bacaan seperti tertanggal atau dirosakkan hendaklah dilaporkan kepada pengawas atau guru yang bertugas.
7. Tutup kipas selepas digunakan. Pastikan suis ditutup.
8. Murid-murid tidak dibenarkan membawa beg sekolah ke dalam pondok LINUS.
9. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke Pondok LINUS.
10. Sebelum meninggalkan Pondok LINUS pastikan kebersihannya dijaga, tidak ada sebarang sampah atau kertas yang ditinggalkan.
11. Terima kasih keranan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
12. Semoga penggunaan Pondok LINUS dapat dimanfaatkan demi meningkatkan pembelajaran dan pengajaran.
No comments:
Post a Comment