Semalam sibuk membuat BBM dan hari ini melekatkan bahan-bahan di sudut LINUS di kelas Tahun 1Arif , sakit kepala pula dah. Konvo anak dan sibuk mencari anak kunci, terimalah padahnya. Memang boleh sakit kalau berterusan begini. Entah mengapa, semakin berserabut dalam kepalaku.
Pertama, perpindahan ke sekolah baru. Kedua, gelagat ibuku. Ketiga, semuanya terpaksa ku lakukan seorang diri. Aku tak tahu bagaimana suamiku menghadapi hari-hari tanpa aku dan anak-anak. Aku redha sahaja. Aku terpaksa memikul tanggungjawab ini kerana inilah pilihan dan keputusanku.
Kalau dulu penat memandu kereta ke sekolah 121km dua hala, kini pula terbeban dengan tugas dan tanggungjawab baru. Melihatkan keadaan rumahku yang semakin memerlukan penyelenggaraan dan penjagaan, lain pula halnya.
Semoga Allah memberikan aku kekuatan dalam mengharungi hidup ini. Penatnya aku sebagai perantau meninggalkan kampung halaman demi mencari rezeki di bumi ini. Harapanku semoga kami dapat melalui hidup bersama-sama ahli keluarga terutama suamiku . Cepatlah minta tukar balik ke Melaka dan ingatlah kita bukannya muda lagi di kala usia melewati senja. .....Semoga kita dapat menginap di rumah sendiri...aamiin
No comments:
Post a Comment