Thursday, May 1, 2014

permohonan Guru Cemerlang 2014

Tahun 2014, terdapat kekosongan jawatan guru cemerlang sekolah rendah DG 48 .  Oleh kerana ada kekosongan dan memenuhi tawaran jawatan tersebut, aku tidak melepaskan peluang untuk memohonnya.  Memang dari Tahun 2010 , aku sudah mengumpul semua bahan-bahan pdp dan segala-gala yang berkaitan karier sebagai guru sama ada sumbangan , aktiviti-aktiviti  atau instrumen-instrumen yang diperlukan.

  Tahun 2010 , aku memohon guru cemerlang.  memang banyak cabarannya, Pertama, menghantar borang tepat pada waktunya.  Apabila disemak, terdapat pula kekurangan maklumat, maka aku meminta tempoh untuk menghantar dokumen tersebut.  Syukurlah , permintaanku dipenuhi. Tetapi dalam pada itu, terdapat kesilapan teknik atau penyampai maklumat, dimarahi oleh Jemaah Nazir dan berbagai cerita yang tak sepatutnya aku ceritakan di sini.  Namun, akhirnya, aku berjaya juga mendapat gelaran Guru Cemerlang DG 44 (KUP).
  Aku bersyukur tak sesia aku membuat kajian tindakan.  Sebenarnya , dalam pdp ,. banyak yang boleh dibuat kajian tindakan tetapi memandangkan kesuntukan masa dan banyak pula komitmen yang lain , maka kajian dan penyelidikan dipandang sepi.  Syukurlah selama menjadi guru cemerlang, banyak juga menerima jemputan  ceramah teknik menjawab     Soalan  kertas 2 (Penulisan UPSR).  Semasa berkhidmat di Sabah ,ramai yang sibuk bertanya mengapa aku tidak memohon guru cemerlang.  Aku pendamkan sahaja.  Kemudian barulah dapat surat kenaikan pangkat guru cemerlang. Masing-masing terdiam.  Bukan mudah? terpaksa tahan telinga dan menerima sebarang cabaran.

  Kini  2014 ,aku mohon lagi.  Masih menunggu jawapan sama ada berpeluang atau tercalon.  Semua persiapan dokumen telahku lengkapkan.  Aku poskan dokumen tersebut dengan pos laju.  Aku lengkapkan semua dokumen yang diperlukan. Suamiku tolong mencetak gambar pasport yang diperlukan.  Memang kalau tak ada sokongan daripada guru besar dan GPK 1 serta suami , tentu aku tak mohon.  Bukan kurang percaya pada diri sendiri tetapi banyak cabarannya, namun ku teguhkan  hati jua.

 Doakan aku berjaya menjadi calon dan seterusnya berjaya dalam permohonan ini.  Semoga aku menjadi lebih tabah menghadapi ujian pada usia yang semakin meningkat.  Aku kekadang merasa semakin penat apabila dalam tempoh 2010-2014 , 3 buah sekolah aku berkhidmat - Sek Keb Sahabat 4, Sabah, Sek Keb Sungai Sireh, Selangor dan Sek Keb Masjid Tanah, Melaka.  Memang penat dan perlukan ketahanan mental dan fizikal dalam menyesuaikan diri dan iklim  persekitaran di tempat yang baru.  Bagiku suka atau tidak mesti kuharungi juga kerana selagi bergelar guru di situlah rezeki dan amanah yang perlu ku perlunaskan.  Syukurlah Allah memberikan aku kesihatan yang baik...amiin.

 Setelah menyiapkan borang permohonan, aku menyiapkan pula fail-fail untuk dokumentasi.  Tiba-tiba aku mendapt panggilan telefon, namun disebabkan kesibukan di padang untuk majlis sukan tahunan ke-43, panggilan takku jawab.  Pada hari Isnin, hari kedua berpuasa 30/6/2014, aku mendapat sms. akan dipantau pada hari Selasa atau sepanjang minggu  itu.  Maka pada hari Rabu 2/7/2014 aku telah dipantau dan diselia untuk permohonan Guru Cemerlang  Sekolah Rendah Bahasa Melayu DG 48 .Pemantauan dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pemantauan pembelajaran dan pemudahcaraan dan sesi temuduga. Agak kepenatan juga apabila seharian otakku atau mindaku  berfikir dan melengkapkan keperluan pemantauan itu.
       Hari Isnin aku menyiapkan fail dan ringkasan mengajar. Hari Selasa pula , aku sibuk dengan melabel sudut Bacaan di kelas 6 Bestari, petang itu ada pula kelas tambahan dari pukul 2.00-3.30 petang dan memeriksa buku latihan.
   Penatnya dan malamnya pula sibuk membuat ringkasan mengajar dan mencari bahan-bahan, maklumlah aku memang zero pengetahuan dan pengalaman dalam pdp untuk murid Tahun 1 dan paling membimbangkan aku tentang disiplin dan kawalan kelas.  Perkara ini  memang selalu aku suarakan namun pihak pentadbir dan guru-guru lain pun sama seperti aku.
  Sesi temudugalah yang paling menyulitkan.  Aku bukan kaki membaca dan pengetahuan   am tentang pendidikan amat sedikit . Oleh kerana minda berkecamuk, melalut aku menjawab soalan-soalanya terutama isu-isu semasa. Visi dan Misi KPM, peranan TIMSS dan PISA.  Aku pun tak tahu sebenarnya apa maksud dan peranan kedua-dua akronim itu.  TIMSS stand for Trend In Math and Science Study. PISA Program of International Student Assessment.  Kedudukan Malaysia 1/3 bawah. Nak dipendekkan cerita jawapan , buat lawak pula penilai iaitu JNJK , kalau tak tahu simpan jawapan tersebut. Sistem penilai atau piawai yang digunakan untuk menilai /pengukur kualiti pendidikan di negara kita. Soalan spot yang ku pinta daripada suamiku sepatutnya dapat membantu aku, entahlah....hanya doa sahaja ku panjatkan ke Hadrat Illahi.

  Akhirnya penilai Nazir JNJK menemuduga guru besar dan ketua panatia Bahasa Melayu kerana aku memohon GC Bahasa Melayu.  Segala usaha telah ku buat sehabis baik.....sekarang terpulanglah kepada jemaah Nazir dan lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran.....semoga usahaku akan diberkati Allah s.w.t....amiin.
  Jemaah Nazir KPM iaitu Dr Hamid bin Idris  Nazir (Sekolah) dan Tn Hussin Abu Bakar ,(Nazir Kanan) JNJK (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dari Johor , Tn Hj Othman bin Ahmad ,guru besar Cemerlang DG 44 dan En Md Isha bin Bakar GC, guru-guru SKMT dan semua yang terlibat, terima kasih semua.....jasamu akan dikenang.  Allah sahaja yang membalasnya.
 




7 comments:

  1. Tahniah cikgu.. INshaAllah, kalau murah rezeki, ada lah jawab nya tuh nanti.. Saya doakan cikgu berjaya...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, Cikgu Hilmi, bukan mudah...tetapi yakin kalau dah rezeki tak kan ke mana.

    ReplyDelete
  3. Sungguh sukar laluan puan..saya doakan sebanyak2nya agar puan berjaya dengan cemerlang mengatasi semua candidate yang lain untuk bergelar GC,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhirnya sya terima dengan redha bahawa Allah tidak mengizinkan saya mendapat gelaran gc buat kali kedua, mungkin ada hkimah-Nya. Bulan Mei ini juga sy tercicir untuk memohon DG 48 secara time-based, alhamdulillah walaupun sukar untuk menyempurnakan borang permohonan kerana kesipalan teknik kerani atau surat siaran tidak dihantar ke sekolah atau sebaliknya, dengan siaran dari PPD Kulai Jaya , sy dapati borang permohonan sepatutnya sampat ke BPSM , sy gagahi juga melengkapkan borang tersebut dengan beberapa masalah seperti mendapatkan tandantangan mantan gb, mendapatkan salin perkhidmatan terkini dan menghantar borang itu sendiri di JPN. Begitu arus yang mesti sy tongkah sebagai guru untuk mendapat hak sy sendiri dalam perkhidmatan. Semoga permohonan sy kali ini berjaya. Terima kasih atas simpati dan doa kalian, mungkin saya tak secemerlang orang lain dan sehebat insan lain.

      Delete
  4. Assalamualaikum, kami menyediakan bilik kelas utk para pendidik yang ingin mengadakan kelas tuition di area Kuala Lumpur, lokasi kami di Wangsa Maju (Fatehah Learning Centre). Berminat boleh hubungi untuk sebarang perbincangan 011-15054812 Mohd Izwan

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, kami menyediakan bilik kelas utk para pendidik yang ingin mengadakan kelas tuition di area Kuala Lumpur, lokasi kami di Wangsa Maju (Fatehah Learning Centre). Berminat boleh hubungi untuk sebarang perbincangan 011-15054812 Mohd Izwan

    ReplyDelete
  6. Maaflah sy di Melaka dan tidak ada kenalan di Kuala Lumpur

    ReplyDelete