Saturday, May 24, 2014

Tanam saja!

Berbunga hati kembali apabila dapat mendiami rumah sendiri walaupun menyimpan seribu persoalan.  Kembali bercerita menanam pokok buah-buahan.  Kemarau yang panjang telah menyebabkan 2 batang pokok durianku mati. Pokok mangga yang paling sedap dan buahnya besar-besar belaka seberat 2.3 kg dan kali pertama berbuah selebat-lebatnya , mati pula akhirnya.
  Kini ku bercerita tentang pokok-pokok mangga yang ku tanam di sekeliling rumah. Dua batang di belakang dapur rumah berbuah sulung.  Pada mulanya, hendak ku tebang sahaja .  Tetapi suamiku menghalang ,katanya buat peneduh dapur.
  Kemudian pokok mangga dekat dengan ruang tamuku, hendak juga kutebang kerana pokoknya besar dan berdaun lebat tetapi apabila berbuah hampeh, terlalu sedikit. Setealh ditebang beberapa dahan, pada tahun ini berbuah agak lebat juga.
  Manakala pokok mangga yang kubeli ditanam di bawah tanah yang tak bertambak pun bserbuah sulung.  Aku biarkan sahaja buah-buah itu. Namun aku agak terkejut apabila hendak memetik buah itu , rupa-rupanya pokok kuinin.  Syukurlah...berhasil juga berkat berbudi kepada tanah.  Hari ini semasa kelas tambahan tahun 6, ku berikan murid-muridku makan buah tersebut...sedap dan manis rasanya buah tersebut.

                                            buah kuinin- sedap rasanya- manis
                                                     mangga harum manis
                 Tinggi pokoknya mencecah bumbung rumah agak lebat juga buahnya
Pokok kuinin ini berbuah sulung
Mangga epal- lambat dipetik akan busuk . Ada dua batang pokok ini. Tak tahu pokok  mana yang berbuah manis , yang mana berbuah masam. Ramai yang menyatakan buah ini sedap tetapi aku selalunya dapat yang masam sahaja, orang lain dapat buah yang manis.

Syukurlah tahun ini dapat makan mangga epal, mangga harum manis dan kuinin. Nak harapkan pokok durian nampaknya hampa,  tak berbuah pula.  Pokok rambutan dah ku buangkan dahannya berbuah setiap tahun tetapi semut terlalu banyak.  Oleh itu, buah itu  masak ranum dan busuk , akhirnya terbiar sahaja. Semut terlalu banyak entah bagaimana untuk mengatasinya....aku masih mencari jawapannya...


5 comments:

  1. kini semua buah mangga dah ku agihkan kepada saudara-mara dan kawan-kawan sekolah...semoga pokok manggaku akan berbuah lagi...aamiin

    ReplyDelete
  2. yang peliknya, mangga epal yang ku makan masam,, orang lain kata sedap...entahlah deria rasa lain-lain atau aku sahaja yang dpt mangga masam. Manakala mangga harum manis tetap sedap dan buah kuini

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Nak tanya. Pokok Kuinin berbuah sulung pada tahun yang keberapa ya?

    Saya baru berjinak2 menanam kuinin. Baru tumbuh anak pokok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaflah, sy tidak berapa ingat berapa tahun baru berbuah. Pokok tersebut berbuah ketika saya tiada di rumah, kami perantau dan lupa bila pokok itu ditanam dan bila ia berbuah.

      Delete
    2. maaflah, sy tidak berapa ingat berapa tahun baru berbuah. Pokok tersebut berbuah ketika saya tiada di rumah, kami perantau dan lupa bila pokok itu ditanam dan bila ia berbuah.

      Delete