Friday, February 19, 2016

hari ke-4, Persiapan balik dari Bukit Tinggi

Dari Bukit Tinggi, kami bertolak lebih kurang 8.00pagi. Semua sibuk menimbang berat barang-barang. Mengikut pemandu pelancong, pergi beg sedikit ,balik nanti beranak-pinak, sebab banyak membeli-belah. Untungnya orang Indonesia, dapat duit Malaysia


Bergambar sebelum masuk check in balik ke Melaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Padang


     Setelah selesai semuanya, kami diantar ke Lapangan Terbang Padang, Kami melalui Padang Panjang. Oleh kerana kesesakan jalan raya, kami tidak sempat mencicipi bika yang dikenal dengan cake neraka, kerana proses pembakarannya yang unik atas bawah dikelilingi api.


   Kami tiba lapangan terbang pada pukul 12.00 tengah hari, masalah timbul kerana berat barangan kami dikira dalam kumpulan.  Mungkin ada yang lebih, jadi dikumpulkan ikut kumpulan dua-dua.


                                 Menunggu untuk mengambil beg yang dibawa oleh pembantu pelancong

                                    Menunggu selama satu jam kerana kapal terbang delay


    Kami menaiki kapal terbang pada pukul 2.35  delay selama sejam , sepatutnya pada pukul 1.35
petang kapal terbang dah berlepas. Penerbangan balik selama 1 jam.  kami tiba di lapangan terbang Antarabangsa KLIA2 pada pukul 4.00 petang.




                                                     Di dalam kapal terbang Air Asia


                                            Menunggu ketibaan rakan-rakan yang lain


     Semasa hendak mengambil beg di kaunter imgresin , ada antara kami yang tersangkut. Mungkin dia membawa barang larangan. Dua orang rakan kami, tersangkut. Seorang membeli kain batik  banya dan seorang lagi membeli parang untuk suaminya menebang pokok. Jadi selama sejam lebih kami terpaksa menunggu.

   Pada pukul 5.30 bas pun sampai.  Kami menaiki bas dan singgah di Seremban untuk makan dan sembahyang. Akhirnya , kami sampai di rumah lebih kurang pukul 9.30 malam.  Syukur Alhamdulillah perjalanan kami selama 4 Hari 3 malam selamat tanpa sebarang masalah.  Aku juga bersyukur dan berterima kasih kepada suamiku kerana membawaku makan angin di luar negara.









No comments:

Post a Comment