Setelah langsir baharu dijahit , masalah timbul lagi kerana rail langsir belum dipasang. Dengan peruntukan yang sedikit, kami berjimat, menggunakan rail langsir yang berlebihan,ada guru yang sudi memberi. Malangnya tidak cukup pula.
Akhirnya , kami membeli 4 batang rail lagi. Suamiku turut membantu memasang rail tersebut pada tingkap di kelas itu.
Lantai dan dinding dicat serba baharu untuk mewujudkan tempat belajar yang selesa. Meja yang buruk dicantikkan dan diberi wajah baharu. Meja dicat dengan berbagai warna mengikut kumpulan .
Kami ke sekolah pada awal pagi jam 9.15 pagi . Setelah memasang rail dan memasang langsir tepat pukul 2.00 kami beransur balik, tinggallah kawan-kawan mengecat meja. Setelah siap, semua guru beransur balik pukul 5.30 petang.
Lihatlah kelas alaf ke-21 , kelas 6 Arif bertuah kerana guru-guru sudi bergotong-royong menyediakan tempat belajar mereka. Sepatutnya merekalah yang berusaha membantu menghias kelas mereka. Semoga mereka dapat belajar dengan selesa dan membuahkan hasil yang baik dalam UPSR Format Baharu 2016.
menebuk lubang skru rail langsir
langsir yang telah siap dipasang hook
membantu memotong clip rail
Guru-guru yang membantu memasang hook langsir
mengecat meja
Pn Salwa bt Abu selesai hias kelas pada pukul 5.30 petang
Syukur Alhamdulillah , siap gotong royong menghias kelas alaf /Abad ke-21.
SELAMAT BERJAYA DAN CEMERLANG DALAM UPSR FORMAT BAHARU 2016
Cantiknya cat meja tu... Pakai cat apa tu nampak berkilat?
ReplyDeletecat itu khas untuk meja palstik, sy pun tak tahu jenis cat itu, kawan yang beli, beritahu sahaja nak cat meja plastik , tauke kedai cat akan beri. Cat ada bermacam jenis, cat kayu, cat zink dan cat plastik.
Deletecat lantai ker?
ReplyDeletesetahu saya cat lantai lain tetapi saya tak pasti, cikgu yang beli tu beritahu cat untuk meja plastik dan cat lantai tak tahu pula boleh guna.
DeleteCikgu sebelum cikgu cat meja tu cikgu bersihkan dlu x meja tu
ReplyDelete