Oleh kerana adik beradik tak ramai, saudara-mara jauh tambahan pula aku perantau, sukar untukku mengumpulkan sanak-saudara untuk mengatur dan menyelenggarakan majlis tersebut. Aku bernasib baik kerana suamiku dapat berpindah di Melaka, Kalau seorang di Melaka, seorang di Sabak Bernam lagi susah. Syukurlah kami dah dapat mendiami rumah kami sendiri.
Untuk memudahkan urusan, pernikahan, anakku sendiri berjumpa dengan pak imam. Kebetulan Pak Imam sebelah rumah. Urusan surat-menyurat atau dokumen, mereka sendiri selesaikan. Kami mengambil keputusan untuk katering sahaja pada masa majlis pernikahan, tidak buat besar-besaran, setakat sanak-saudara terdekat dan tetamu sebelah besan. Tetamu dianggarkan seramai 130 orang sahaja , termasuk saudara-mara.
Sebanyak 2 buah khemah dipasang dengan 24 meja dan kerusi sebanyak 120 buah. Di rumahku ada dua meja panjang dan kerusi tambahan untuk tetamu di rumah. Majlis pernikahan pada 25 Julai 2015, tepat jam 2.00 petang , Pak Imam dah datang . Pihak rombongan lelaki pun tiba tepat pada masanya. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik dan teratur. Makanan yang ditempah pula sampai pada jam 1.45 petang sesuai benar, masih lagi panas . Majlis berakhir dengan jamuan dan tetamu diberikan goodies atau beg berkat yang mengandungi minyak wangi, Al-Ma'Thurat dan gula-gula serta cokat. Ramai pula yang suka akan haruman minyak wangi Al-Kauthar dan Sultan Berunai.
Tempahan seramai 130 orang dengan harga RM1500 termasuk 2 khemah daripada pengusaha kantin sekolah MOZAK...SM Sekolah Muzafar Syah, Melaka ....yang membuat aku risau ialah setelah pukul 1.45 petang , catering tak datang lagi, hingga menimbulkan kerisauan takut mereka terlupa atau tersalah tempat...rupa-rupanya suamiku memang menempah makanan uintuk tetamu makan serentak pukul 2.00 petang, nasib baik aku ada sediakan minum pagi dan nasi impit makan dengan kuah lontong dan rendang. Kakak iparku pula memasak lauk tempoyak, kek gula hangus dan aku menempah kuih talam , seri muka serta karipap sumbangan keluarga . Goodies disediakan oleh besanku . Terima kasih buat Pn Faridah dan Encik Jamaludin atas sumbangan tersebut.
Syukurlah akhirnya majlis berjalan lancar.
Majlis akad nikah- suami menikahkan anak
Pengantin lelaki dan kedua-dua ibu bapa
Kawan-kawan anak saya , Nur Syarafina
Di luar rumah , saudara-mara dan teamu yang hadir
Kami sekeluarga anak sulung, anak kedua (pengantin perempuan dan anak bongsuku.
kenangan bersama-sama dengan ahli keluarga terdekat
Majlis pernikahan dibuat awal kerana tidak ada dewan untuk tempahan catering. Kalau buat di rumah pula, rumahku di tepi jalan raya, tiada tempat parking kereta dan kawasan di sekeliling rumah agak terhad untuk pasang khemah. Oleh itu, adalah lebih baik buat majlis resepsi di dewan.
...........bersambung untuk majlis resepsi pada 22 Julai 2015.
No comments:
Post a Comment