Monday, February 22, 2016

Jahit langsir kelas Abad/Alaf ke-21, 2016

Dunia pendidikan sekarang sudah berubah. Macam-macam ragam, kelas atau bilik darjah perlu dihias dengan kondusif sekali, cantik, ceria dan sebagainya.
  Jika ikut prosedur,   sepatutnya ada papan pintar, sebuah komputer,  ada ruang murid-murid mempamerkan hasil kerja, fail-fail dan susun atur meja mengikut kumpulan. Adakah kita mampu menyediakan semua itu? Dengan segala kerja yang membebankan seperti eoperasi, hrmis, splg, dsbnya selain pentaksiran KSSR dan Linus.
  Sekolahku juga tidak ketinggalan . Hanya sebuah kelas Abad/ Alaf ke-21 yang disediakan sebagai contoh.
Kelas ini dicatkan lantainya, dinding dan langsir baharu.  Aku turut membantu menjahit langsir tersebut.  Sebanyak 18 keping langsir yang panjangnya 2 meter dan lebar 1m 50cm.  Oleh kerana setiap panel tingkap itu berukuran 3m, maka kain itu dibelah dua dan disambungkan supaya lebih lebar dan melitupi cermin tingkap.
   Pada mulanya aku anggap kerja begini amat mudah.  Jahit tepi dan lurus sahaja. Tetapi setelah kain langsir dibawa balik dan diletakkan ke dalam beg plastik, dah nampak banyaknya . Masalah utamanya ialah kedua-dua mesin jahitku rosak. Menjajar mencari kedai membaiki mesin. Syukurlah mesin itu hanya perlu diservis sahaja dan sebuah lagi perlu dibaiki.
  Setelah mula menjahit, kesukaran pula melandaku. Aku buat sendirian, menjahit tepi, menyambung  dan kerja mencantum serta menjelujur kain tersebut sebelum menjahitnya. Walaupun cuti sekolah, namun kerja-kerja rumah terpaksa kulakukan




                                   langsir yang siap dipotong 2 meter sebanyak 18 keping
 Baru jahit sehelai dah meragam,baiki juga akhirnya, nasib baik tak banyak kerosakan, benang atas tak hendak ambil/ jahit benang bawah.  Kos baiki RM125.00. Mesin tahun 1986...."Lama sungguh model mesin Singer ini ",  kata mekanik itu
 Mesin timing out, puas ku adjust benang bawah dan atas tetapi tak berjaya seharian mencuba,  ke mekanik juga akhirnya. mesin ini. Servis sahaja RM65.00
                                                                         jahit tepi
                                             kain yang telah dibelah dua untuk disambung

Menjahit perlukan ketekunan dan kesabaran. Aku begitu gigih menjahit kerana masa hanya tinggal dua minggu sahaja. Syukurlah dapat ku siapkan langsir  tersebut dalam masa dua minggu.

No comments:

Post a Comment