Rabu , 20 Ogos 2014, aku bercadang mengadakan gotong-royong menghias kelas untuk persiapan pertandingan kelas patriotisme. Semua murid kecuali Mohd Najmi tidak membantu. Semua murid tahun 6 Bestari hadir hari ini.
Mula-mula, aku membuka langsir di sebelah kanan kelasku sementara semua murid menjawab soalan Gerak Gempur 4 , Kertas Matematik 2. Sedang aku menaikkan langsir tersebut , baru hendak pasang sebelah kanan , Nazir seramai 2 orang dari JPN yang datang mengaudit kehadiran murid tiba-tiba lalu di hadapan kelasku. Mereka bertanya, "Ni, kenapa jatuh langsir ni?". Aku pun menjawab, "Baru nak pasang langsir sempena kemerdekaan". Kemudian mereka pun berlalu .
Setelah mereka selesai menjawab soalan Ujian Gerak Gempur , aku meminta ketua kelasku, Mohd Zanizam yang pakar naik tangga memasang bendera Malaysia di hadapan pintu masuk dan bendera Melaka di hadapan pintu belakang kelasku. Aku bercadang memasang bendera bunting di hadapan kelas. Ada kiga murid perempuanku yang berebut hendak memasang bendera. Aku nasihatkan mereka agar tidak tergopoh-gapah kerana tidak mahu sebarang kejadian tidak elok berlaku tambahan pula mereka perempuan berilah murid lelaki melakukannya.
Kemudian, aku meminta muridku memasang langsir di sebelah kiri pula. Ada antara mereka yang menggunting huruf dan menyusun huruf bagi perkataan 'sudut patriotik'. Aku nak tampalkan keterangan mengenai tema kemerdekaan dan sejarah perjuangan kemerdekaan. Nasib tidak baik pula , rod langsir tidak cukup, terpaksa aku ke pekan Masjid Tanah untuk membeli rod langsir yang berharga RM14.00.
Syukur hari ini dari pukul 12.55 tengah hari hingga pukul 2.10 petang dapatlah menggantung langsir, bendera Malaysia dan tema kemerdekaan "Negara Kita Tanggungjawab Kita". Terima kasih murid-muridku atas kerjasama kalian.
memasukkan rod langsir yang panjangnya 12 meter
menggantung langsir kemerdekaan
memasang bendera Melaka di hadapan pintu belakang 6 Bestari
memotong huruf-huruf dengan menggunakan stensil dan kertas warna
mencari bahan-bahan lama untuk dipasang di kelas 6 Bestari - ini adalah hasil tanganku semasa di SKDN dahulu.
No comments:
Post a Comment