Tuesday, August 12, 2014

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah SKMT

Sambutan Hari raya SKMT bagi tahun 2014, dibuat serentak dengan sambutan bulan Kemerdekaan.  Sambutan Hari Raya diadakan di kelas masing-masing.  Sempena bulan kecergasan setiap murid diberikan peruntukan makan iaitu nasi lemak dan air mineral.
 Bagi kelasku 6 Bestari, setelah diadakan perbincangan dan ditetapkan masing-masing membawa kuih atau biskut raya, kek, mi kuah, ku teow kung fu, roti canai, air, sunquick , air gula dan sebagainya.  Mereka telah membuat air sunquick di dalam bekas.  Masing-masing telah menyusun meja berbentuk L, menghidangkan makanan dan juadah seperti yang dirancangkan. Oleh kerana makanan yang dibawa oleh murid-muridku terhad maka guru-guru yang mengajar mereka sahaja dijemput termasuk guru besar dan barisan pendtadbir seperti Pn Zainon bt Suboh GPK Pentadbiran, En Yahaya bin Ibrahim , GPK HEM, En Azmi bin Abdul Aziz GPK Kokurikulum dan En Mohd Isha bin Bakar, guru disiplin.
  Walaupun ringkas, tetapi sumbangan dan kerjasama semua murid dalam menjayakan jamuan ini adalah diperlukan dan dihargai.  Pemupukan sikap memberi sumbangan dan berkongsi juadah sesama rakan perlu dipupuk dalam kalangan murid supaya mereka ,mengamalkan sikap yang baik dan bertoleransi semasa mengadakan   jamuan kelas atau aktiviti -aktiviti kelas mereka. ....TERIMA KASIH atas sumbangan dan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

                           



No comments:

Post a Comment