Pada 5 Ogos 2014, aku diberi surat menghadiri mesyuarat PROTIM di PPD Alor Gajah. Surat diberi pada pukul 11.35 pagi dan aku dibenarkan balik awal pukul 12.30 tengah hari. Walaupun agak keberatan kerana aku berpuasa Enam namun dek tugas dan tanggungjawab terpaksa akur juga dengan arahan tersebut.
Aku balik awal. Setibanya di rumah, sku cepat-cepat capai bantal untuk tidur sebentar dan bangun solat zohor kemudian terus ke PPDpada pukul 2.15 petang.
Memang setiap kali menghadairi mesyuarat , parking kereta selalunya penuh di SK Alor Gajah. Kali ini aku terpaksa guna side parking untuk keretaku. Memang inilah kelemahanku, namun ku teruskan jua dengan bantuan pengawal keselamatan. Setelah mencuba sekali, aku sebenarnya kurang yakin dengan bantuan arahan yang diberikan. Kali kedua, , pengawal tersebut mengatakan dia tidak dapat membantu aku kerana dia tidak pandai memandu kereta. Akhirnya , aku berjaya parkirkan keretaku. Terima kasih kuucapkan kepadanya.
Taklimat PROTIM yang dihadiri ialah taklimat mengenai LITERASI- Bahasa Melayu. Praujian telah dijalankan. Namun ada sekolah yang belum memberi keputusan ujian.Pegawai yang bertugas telah membuat analisis dan berharap agar pihak sekolah melaksanakan ujian ini. Ujian Pasca ini mesti dijalankan pada minggu ini atau minggu hadapan pada 11-15 Ogos. Keputusan ujian tersebut mesti dihantar pada 17 - 22 Ogos namun kelonggaran diberi, keputusan ujian tersebut mesti dihantar pada atau sebelum 22 Ogos 2014.
Untuk meningkatkan prestasi PROTIM, mana-mana sekolah yang berjaya mensifar kan PROTIM akan diberi hadiah atau penghargaan manakala sekolah yang gagal memberikan keputusan atau analisa pasca ujian akan diberi peringatan. Kekadang , pihak atasan tidak pernah mengerti bahawa berbagai projek perlu dilaksanakan oleh guru. Bebanan kerja seperti pelaksanaan bulan membaca, bulan patriotisme, LINUS, PROTIM, sukan , merentas desa, Keceriaan Kelas, keceriaan tandas , Program Ihya' Ramdahan dan Semarak Kasih, dan sebagainya , memerlukan pengorbanan guru untuk melunaskan tanggungjawab tersebut.
Semasa hendak keluar parking juga , aku menghadapi masalah untuk keluar. Ingatkan mudah nak kelaur apabila side parking, ruipa-rupa tersangkut pula. Nasib baik ada pegawan PPD yang membantu memberi arahan, memang bukan mudah apabila menghadapi kawasan yang sempit, takut terlanggar kereta cikgu-cikgu atau pegawai PPD di situ. Syukurlah akhirnya, aku berjaya keluar dengan selamat.
....Semoga pihak atasan lebih prihatin terhadap tanggungjawab yang diberikan, kami di sekolah terpaksa memikul tanggungjawab tersebut selain mendidik dengan pelbagai ragam dan gelagat murid masa kini.
No comments:
Post a Comment