Thursday, August 7, 2014

Penilaian Pertandingan Pondok LINUS 2014

Setelah penat membuat persiapan dan kelengkapan pondok LINUS, kami berserah kjepada nasib sahaja.
Padaku setelah kusiapkan sedikit demi sedikit , aku berharap agar pondok Linus itu digunakan dengan sepenuhnya.  Memang dalam setiap mesyuarat , permintaanku tidak dapat dipernuhi,.  Pertama , inginkan suis dan lampu di Pondok itu.
  Menurut En Azaman  , GPK HEM, peruntukan itu tidak dapat dipenuhi kerana pondok itu bukan dalam bangunan sekolah.  Kedua, atap zing yang dipasang sebagai bumbung itu telah tercabut merujuk kepada salah sekeping zink yang dipasang.  Akibatnya , air hujan akan masuk ke dalam pondok dan tempias akibat hujan akan merosakkan bahan-bahan atau alat bantuan mengajar.  Buku-buku LINUS diletakkan di situ supaya ada  murid Linus yang akan membacanya. Pengawas diminta mengawasi pondok LINUS ketika murid LINUS atau murid lain menggunakannya.
  Pada hari ini 7/8/2014 pagi-pagi lagi ,  aku sudah meninjau ke Pondok LINUS.  Sebelum masuk ke kelas Tahun 1 Arif, aku sudah minta Kak Munah  mopkan lantai yang basah.  Pada fikiranku tentu pegawai LINUS akan datang memantau.  Kebetulan pula , aku berjumpa dengan Pn Zainon GPK 1, menerangkan tentang zink yang  tercabut pakunya  itu akibat angin kuat.
  Sibuknya aku membeli bendera kecil untuk pelancaran Bulan patriotisme di pekan Masjid Tanah, aku menerima telefon bahawa pegawai LINUS datang untuk memantau dan membuat penilaian. Aku cepat-cepat balik dan terus menuju ke pondok LINUS.  Dalam telefon, aku meminta GPK 1 supaya mengarahkan guru Pelatih agar menampalkan semula gambar-gambar yang tercabut atau tertanggal. Aku pula cepat-cepat menarik tikar getah yang dah berlipat ditiup angin.  Dengan bantuan kedua-dua orang guru pelatih itu dapatlah aku membetulkan semua tikar tersebut dan percikan air di atas meja akibat tempias ku lapkan dengan tisu yang ada di atas meja.  Ku pasangkan kipas angin agar lantai cepat kering. Nasib baik, ku lengkapkan pondok LINUS itu dengan penyambung eletrik dari kelas 4 Bestari ke kipas  di Pondok LINUS supaya mudah digunakan , tidak panas ketika menggunakan pondok itu..
   Pada 10.45 pagi,  pemantau dan penilaian telah dibuat. Sebelum penilai meninggalkan sekolah kami,  sempat aku meminta pendapat daripada pegawai LINUS tersebut menyatakan  kekurangan supaya kami dapat menambah baik pondok LINUS tersebut. Semoga kami beroleh kemenangan. dalam pertandingan ini.
                                                  Zink yang tercabut akibat angin kuat.
                                  Angkara angin kuat, tikar getah menggelembung dan ditakungi air.
                               Bahan-bahan pdp yang tercabut akibat angin dan tempias  air hujan.

1 comment:

  1. Terima kasih atas pujian guru besar dan pegawai penilai bagi pertandingan LINUS . Terima kasih atas semua jasa dan sumbangan guru-guru pelatih, Ketua Panitia Matematik, guru-guru BM, Matematik , Bahasa Inggeris dan yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung....terima kasih semua kalau tidak sokongan dan kerjasama semua , pondok ini tidak akan menjadi..

    ReplyDelete