Aktiviti Bulan membaca di SKMT telah dirancang dengan pelbagai aktiviti. Bermula dari awal Julai hingga penutup 8 Ogos 2014. Antara aktiviti-aktivitinya adalah melukis kulit buku, kuiz , mencari perkataan yang tersembunyi, meneka berat buku, meneka bilangan muka surat buku, peminjam terbanyak kategori murid dan guru, pertandingan mewarna dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti ini dapat mencungkil bakat murid dalam melukis dan menambah pengetahuan murid dengan menjadi pembaca buku terbanyak. Dengan adanya program ini diharap murid dapat mengamalkan amalan membaca dengan menggunakan perpustakaan sebagai sumber ilmu dan menggunakan masa lapang dengan berfaedah.
Bagi kategori guru pula diadakan tekaan berat buku yang tealah ditetapkan dan bilang muka surat buku yang telah dibalut dengan kemas. Guru juda digalakkan menjadi peminjam terbanyak di perpustakaan.
Dengan ini dapat memupuk semangat membaca bagi masyarakat Malaysia.
Majlis penutup menyaksikan kejayaan murid-murid menggondol hadiah bagi kategori yang telah ditetapkan. Hadiah berupa piala .
Guru-guru ceria mendapat hadiah berupa piala
Ucapan penutup Bulan Membaca oleh Tn Hj Othman bin Hj Ahmad, guru besar SKMT
Semua murid SKMT berkumpul di tapak perhimpunan
Wajah-wajah ceria guru-guru SKMT , berpakaian sukan sempena Bulan Kecergasan
No comments:
Post a Comment