Perjumpaan dengan doktor bagi pesakit diabetis bagiku membebankan, namun untuk menjaga kesihatan aku dengan berat hati ku melangkah pergi. Nasibku baik kerana peluang cuti jerebu pada 9 dan 10 Oktober ku gunakan sepenuhnya. Walaupun penyelaras LINUS sibuk untuk membuat perjumpaan, aku hanya menghantar kertas LINUS ke sekolah.
Malangnya, semasa check gula dalam darah, bacaannya meningkat . Jadi , aku diberi lagi tambahan ubat makan bersama-sama dengan nasi atau makanan lain. Aku bersyukur berjumpa dengan doktor Melayu yang masih muda kerana beliau terus bertanya kepada mentornya. Nasib baik , aku tak disarankan ambil suntikan insulin. Jadi semakin banyak ubat yang perlu kumakan. Sebenarnya enggan menerima tambahan ubat itu tetapi aku diamkan sahaja.
Aku sentiasa mencari alternatif baharu dalam mencari penyelesaian masalah. Aku mula mencatu makanan dan mencatat menu yang dimakan. Selama ini telah banyak wang yangku habiskan. Pertama tindakan membeli mesin 'onetouch' test strips, jarum, susu diabetik, blender untuk buah-buahan- kacang hijau + tomato atau epal hijau + peria katak untuk buat jus. Kemudian ku beli teh peria katak. Semuanya ku usahakan sendiri.
Selain itu, aku terbaca tentang Teh doktor Azlan yang efektif dalam menangani gula dalam darah khas untuk pesakit diabetis. Aku pun memesan dan membelinya, kebetulan 2 kotak dengan tawaran diskaun RM170. Pada mulanya, aku minum teh itu dua kali sehari , dua sachets setiap hari. Aku minum tanpa memakan ubat. Bacaan gulanya tetap 10, kalau begitu , tak berkesanlah. Jadi , oleh kerana terlalu mahal, bayangkanlah 28 sachets , bermakna 14 hari, kalau sebulan belanjanya RM200 untuk teh sahaja, belum lagi susu diabetik, huh,,,,mahalnya makanan kesihatanku.
Jadi, aku beralih sahaja kepada teh peria yang sekotak baharu RM30, boleh minum 10 hari, bermakna sebulan teh peria RM90 . Aku amalkan pemakanan diet dan senaman 2-3 jam seminggu iaitu dengan bersauna, berjalan atas treadmill dan kayuh basikal ' CadioCrossTrainer' . Aku perlu menjaga kesihatan dengan menjaga diet yang betul serta makan ubat mengikut masa yang ditetapkan.
Syukur, Alhamdulillah dengan amalan ini, bacaan gula dalam darah setiap pagi menjadi 7 atau 8, kekadang terbabas hingga 9.
Aku juga ada menanam pokok belalai gajah dan pokok sabung nyawa yang diberikan oleh seorang tauke emas yang berbangsa Cina. Katanya , daun pokok sabung nyawa elok dimakan 3 helai sehari untuk kurangkan bacaan gula dalam darah. Katanya lagi, kurangkan gula boleh, hilangkan pesakit diabetis mustahil. Apa-apa pun berusahalah mencegah sebelum parah.
Pada 1/12/2015 , aku ke Hospital Alor Gajah untuk check gula lagi. Kali ini aku tak berani sarapan pagi, Pada 6/10, aku sarapan pagi ,minum susu diabetik dan biskut hi-fiber sahaja , apabila check naik 12. Bacaan gula dalam darah semasa di rumah 7.3 dengan 'onetouch" tetapi semasa check di hospital 7.8. Jadi senyumlah doktor tu, aku takut nak beritahu beliau bahawa aku sebenarnya tak makan sebiji pun pil tambahan itu. Doktor tersebut hanya bertanya kepadaku, ada check gula di rumah. Aku hanya memberitahu aku check malam dan pagi. Sebenarnya ,aku check sebelah pagi sahaja. Kalau check 2 kali , maka bertambahlah bebanan belanja bulananku. Test Strips sekotak ada 25 dangan harga RM45. Kalau setiap hari 2 kali bayangkanlah berapa pertambahannya.
Oh, rupa-rupanya mahal sungguh harga kesihatanku. Tetapi syukurlah Allah beri aku masa untuk hidup lagi.
Perbelanjaan setiap bulan
1. susu diabetik RM99.00 setin - 2 minggu
2. Mesin onetouch seset - RM 50.00 kebetulan ada tawaran (harga sebenar RM120) sekali beli sahaja
3. Test Strips sekotak RM45 - ada 25
4. Jarum sebatang 40 sen - boleh guna 3- 4 kali
5. Teh peria RM30 - ada 20 sachets
4. Lain-lain seperti jus epal + peria katak atau kacang panjang + tomato. (ikut Harga pasaran) seminggu dua kali.
susu perasa vanila, teh peria dan onetouch
Ubat gliclazide yang terpaksa ditelan 2 biji sebelum makan pagi dan sebelum makan malam dan ubat Glumet DC 2 biji selepas makan tengah hari dan 2 biji selepas makan malam. Tambahan ubat Carbose tu sebiji pun aku tak makan, takut nak beritahu doktor , nanti doktor tu marah aku pula ...nanti dikatakan sku lebih pandai daripada doktor, lebih baik diam sahaja.
Wednesday, December 2, 2015
Friday, November 27, 2015
Menanam semula pokok bunga kertas
Tahun 2010-2014, aku tidak sempat menjaga pokok bunga, kebanyakan pokok bungaku dah mati, maka pasu-pasu tersusun rapi. Untuk sementera , aku pindahkan pokok bunga lidah jin dan lidah buaya. Mudah , pokok tersebut tak perlu baja yang banyak dan senang hidup. Jemu dengan pemandangan hijau sahaja tanpa bunga, aku mula menanam semula pokok bunga kertas.
Cuti sekolah dan masa terluang , aku membeli sedikit demi sedikit pokok bunga kertas. Aku beli pun yang murah sahaja. Beli sepuluh batang, percuma sepokok, harga pun dah meningkat dari 3 batang RM10, menjadi RM5 sepokok. Aku beli pokok bunga kertas yang pelbagai warna, putih, merah, ungu, oren, dan warna ais krim. Selain itu , aku terpaksa membeli tanah baja, rasa-rasanya dah seratus lima puluh ringgit, dan pokok bunga pun dah seratus lima puluh ringgit. Nak cepat dan dapat pokok bunga instant, begitulah caranya.
Aku juga teringin hendak menanam pokok bunga daisy, kerana pokok ini mudah dijaga. Dahulu, aku memang banyak menanam pokok bunga ros jepun dan pelbagai warna pokok bunga daisy. Aku beli pun dua pasu, sepasu RM8, kemudian , ku agihkan supaya menjadi 6 pasu. Selain itu , aku perlu membeli pokok bunga, baja bunga dan baja pokok serta racun.
Aku juga membeli pokok belimbing buluh dan pokok limau kasturi dan pokok limau purut. Malangnya pokok limau purut yang ku beli bulan lepas telah dimakan dan diserang penyakit, Pokoknya masih hidup tetapi terdapat seperti kulat putih pada batang pokok itu.
Aku sebenarnya , bukanlah pakar atau arif tentang pokok bunga, tanam sahajalah untuk menceriakan rumah, Aku perlu melihat panorama warna-warni pokok bunga-bungaan. Semoga Allah memberikan aku kesihatan yang baik untuk terus berbakti kepada tanah.
Selain menanam pokok bunga, aku juga menanam pokok pandan, kunyit dan serai. Ada hati juga untuk menanam daun selom dan daun kesom. Tumbuhan ini memudahkan aku memasak dan menjimatkan wang kerana tanah di sekeliling rumahku masih luas.

Thursday, November 26, 2015
Episod 2- permohonan DG 48 EXPPPLD
Sebelum mengisi borang, banyak perkara yang perlu ku persiapkan. Nasib baik segala maklumat ada dalam fail seperti gambar-gambar, surat-surat dan dokumen mengenai sumbangan -Bahagian P d P, kokurikulum dan tugas khas . Almaklumlah penilaian dari tahun 2012-2014, bermakna ketika aku bertugas di SK Sungai Sireh dan SK Masjid Tanah.
Markah LNPT tidak menjadi masalah kerana aku masih ingat lagi markah tersebut ketika memohon guru cemerlang. Cuma markah LNPT di SKMT tidak kuketahui. Masalah utamanya ialah untuk mendapatkan penilaian daripada guru besar SKMT. Mantan guru besar perlu menjadi pegawai penilai pertama kerana pada tahun 2014 dan 2015 aku adalah pegawai di bawah penilaiannya. Oleh kerana itu, aku terpaksa ke rumahnya untuk melengkapkan Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan Guru Tahun 2014. Aku bernasib baik kerana telah menelefon pihak jabatan dan kerani sekolahku mendapatkan pengesahan bahawa mantan guru besar adalah pegawai penilai pertama walaupun telah bersara dua bulan.
Setelah melengkapkan borang tersebut , ada beberapa borang lain yang perlu diisi termasuklah 3 tahun markah LNPT. Markah 2012 - 94.30%, 2013 - 95.60 % dan 2014 - 93.25%. Markah tersebut akan dijumlahkan 100% , diambil kira 20%, 35% dan 45%. bagi turutan tahun tersebut. Aku sebenarnya kurang berpuas hati dan terdetik di hatiku , terdapat kesilapan terhadap pengiraan markah tersebut. Oleh kerana , borang tersebut telah lengkap dan aku hendak cepat , maka ku matikan hasrat untuk menyemaknya.
Maka aku menghantar sendiri borang tersebut ke JPM . Di pejabat Pendidikan pula , tersentap hatiku, apabila kerani yang bertugas itu mempertikaikan markah prestasiku. Akhirnya, dengan memandang wajahnya, dia terasa seolah-olah aku merenungnya. Aku pun tak tahu bagaimana roman mukaku apabila dia menyatakan , "Tingginya markah cikgu ni , hebat sangatkah? ". Agak berasa bersalah,dia pun bertanya kepadaku, ni cikgukah?". "Ya, saya " , jawabku. Maka dipendekkan cerita dia meminta aku menyerahkan surat-surat lampiran supaya PAR menghantar ke PPD.
Setelah balik ke rumah, baharu aku mengira semula markahku. Aku tidak berpuas hati lalu menelefon keraniku dan ke sekolah untuk menunjukan cara pengiraan markah tersebut serta meminta dia membetulkan kesilapannya. Dengan segera dia menelefon kerani di jabatan dan kerani tersebut menyatakan borang penilaian tersebut akan dibuat semula mengikut kiraan mereka. Aku ingat tugasku dah selesai , rupa-rupanya tidak.
Pada keesokan harinya, aku pun mula bergerak untuk ke Kelantan bersama suami dan anakku menghadiri majlis resepsi anak buah suamiku ke rumah pengantin lelaki . Kami baharu bergerak , ketika sampai di Maybank Alor Gajah, aku mendapat panggilan telefon. Keraniku pula meminta salinan surat isytihar harta pula. Dari dahulu aku dah beritahu kerani, apakah dokumen yang perlu ku isi dalam fail peribadiku. Nah, ternyata menyukarkan aku. Aku terpaksa berpatah balik dan menghantar salinan tersebut ke sekolah. Nasib baik, mood suamiku ok, kalau tidak memang , tak tahulah aku. Sebenarnya , dulu dia pantang berpatah balik. Ni , memandangkan permohonanku terlewat, maka dia memberikan kerjasama yang baik walaupun dia mempertikaikan kerani tersebut kerana sepatutnya butiran tersebut boleh didapati daripada data HRMIS, mungkin salinan surat isytihar harta itu perlu dilampirkan. Syukurlah aku masih menyimpan semua surat -surat dan dokumen dalam fail, jadi tak bermasalah.
Dengan kemelut ynag kulalui, akhirnya terlerailah sudah. Syukur Alhamdulillah apabila pada 11/11/2015 aku terbaca keputusan naik pangkat. Sebelum itu, kerani sekolahku menyatakan keputusan permohonanku agak lewat. Tetapi aku tidak mempercayainya. Terbaca keluhan -keluhan guru-guru dalam FB, maka aku pun menyatakan ketidakpuasan hatiku, Dengan tak semena-mena, aku terbaca komen seorang guru, dia pun menyuruhku menyemak dalam portal semakan kenaikan pangkat secara online.
Walaupun meraguinya, dalam diam-diam aku menyemaknya. Syukur Alhamdulillah, namaku ada tersenarai dan keputusan terbentang di hadapan mataku. Tarikh kenaikan pangkat sama dengan tarikh lantikan GC, 24/08/2015 dan tarikh Lembaga Bersidang pada 27/10/2015 serta tarik muat data 03/11/2015 dan tarikh kusemak online pada 11/11/2015. Syukurlah ....sehingga kini 27/11/2015, aku belum dapat surat kenaikan pangkat....masih menunggu . Semoga Allah mempernudahkan urusanku....aamiin.

Sunday, November 22, 2015
Kemelut permohonan kenaikan Timebased berdasarkan kecemerlangan expppld ( bahagian 1)
Setelah gagal dalam permohonan guru cemerlang, aku memohon timebased DG48 berdasarkan 5 tahun pengalaman DG44 dan 3 tahun expppld . Aku bernasib baik kerana berjaya dalam permohonan Guru Cemerlang pada tahun 2010 kerana kenaikan DG pada masa itu memerlukan perkhidmatan 10 tahun, jadi aku belum gunakan lagi expppld itu.
Biarlah ku ceritakan rentetan peristiwa yang terpaksa kulalui. Pertama , aku baru sahaja di sekolah ini. Memang ada guru yang menyatakan aku terlalu awal memohon guru cemerlang kerana aku baru 6 bulan berpindah di sekolah ini. Permohonanku walaupun disokong tetapi pada masa pemantauan terlalu banyak perkara yang perlu kuhadapi dengan persediaan kelas, buku-buku latihan, fail-fail, kelas tambahan tahun 6 dan tahun pertama aku mengajar tahun 1 (pengalaman mengajar banyak tahun 4 hingga 6) serta aku sendirian menghadapi masalah perpindahan bersama-sama anakku yang bongsu tingkatan 5. Aku juga terkilan atas pengakuan status guru besar yang menyatakan, aku guru baharu di sekolah ini. Dia tidak kenal denganku. Ah, biarkanlah bukan rezekiku! Tambahan pula penyataan nazir yang menyatakan akan ada pertambahan gc di sekolahku. Namun hampa, mungkin kuota guru cemerlang semakin mengecil dan terhad ditambah lagi dengan bilangan SIC +....
Permohonanku ini pun agak kontroversi. Aku terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Memang kusedari , aku sepatutnya memohon lebih awal tetapi tawaran permohonan itu agak tak berapa jelas, maka ku diamkan sahaja. Aku sering bertanya kepada kerani sekolahku. Entah mengapa, perkara ini ada kubincangkan kepada suamiku. Memandangkan dalam surat tawaran itu berdasarkan kenaikan pangkat fasa 1, maka ku biarkan berlalu.
Aku pula sibuk membaca fb tentang guru-guru yang memohon kenaikan pangkat melalui web KGM. Aku juga mencari maklumat daripada beberapa web PPD. Tersentak aku apabila aku membaca web PPD Kulai Jaya, yang menyatakan tarikh permohonan tutup ke Kementerian tinggal 2 hari lagi. Berdasarkan surat tersebut aku pun mendesak suamiku mencetaknya. Selepas mencetak syarat permohonan , aku pun mengemukakan surat tersebut kepada kerani sekolahku.
Sudah kunyatakan , permohonan ku mesti secara manual tetapi keraniku masih ingin memohon secara online, apabila dia mengakses namaku tidak muncul. Puas dicubanya, tak boleh dan namaku tidak ada , Hampanya aku , mengapa dia tak percaya kepadaku. Selepas itu , aku menyatakan rasa tidak puas hati kepada suamiku. Suamiku pula menyatakan mengapa dia bersikap begitu, dah terang dan nyata , permohonan tersebut mesti dibuat secara manual.
Sekali lagi aku berjumpa dengan keraniku. Pada mulanya, dia akui. Kemudian timbul pula permohonan baru, katanya lambat lagi tarikh tutup permohonan tersebut. Bengang dengan keengganannya, maka ku telefon JPM. Kerani JPM pula dengan tegasnya menyatakan permohonan itu dah tutup , maka dia pun menelefon keraniku. Entah betul atau tidak ,aku pun tak tahu.
Kali ini , kerani sekolahku mengikut kehendakku. Borang-borang permohonan ku cetak sendiri. Aku bernasib baik suamiku memang arif tentang komputer dan memuat naik ke dalam word. Jadi mudahlah aku mengisi atau melengkapkannya.
- Bersambung bahagian 2.

Friday, July 3, 2015
Aku bukan Diabetes Tegar
Kali ini aku mahu membuktikan bahawa aku bukan diabetes tegar. Aku mahu menunjukkan kepada doktor Cina itu , aku bukanlah seorang yang tidak berdisiplin . Aku kawal pemakanan seperti yang disarankan dalam ceramah , had limitnya RM12.00 buat usia sepertiku,
Aku juga membuat perbandingan dan catatan senarai pemakananku. Mungkin memakan masa, Selain itu juga aku minum jus kacang hijau bersama tomato dan jus epal bersama peria katak. Tetapi dengan minum jus epal dengan peria katak , ku rasakan pedih perut pula seakan-akan gastrik pula. Maka aku beralih kepada minum susu diabetik dan makan quacker oat .
Keputusan catatan pemeriksaan glukose darah diambil dari 8/6 hingga 13 /6 menunjukkan perkembangan positif. Begitu juga dengan keputusan ujian darah yang menunjukkan ada sedikit kencing manis. Kali ini bertemu dengan doktor Melayu pula. Beliau bertanya kepadaku sejak bila menghidap diabetes. Aku nyatakan baharu 6 bulan . Beliau juga menyoalku mengapa doktor sebelum ini memberikan aku ubat diabetes paling maksimum . Malas hendak ku jawab. Aku cuma berdiam diri. Malangnya, beliau tidak mengubah dos ubat tersebut, malah membuat catatan di buku pesakit diabetes. Kali ini aku sendiri akan mengawal dos ubat tersebut dengan mengamalkan pemakanan yang betul.
Syukurlah, patutlah selama ini aku dapati aku cepat penat dan rasa mengantuk yang teramat sangat di samping tiada motivasi ke sekolah. Mata pula rasa berat dan penglihatan semakin berkurang. Kini , penglihatanku semakin elok dan ada semangat untuk ke sekolah atau mencari rezeki, semoga Allah memberikan aku kesihatan yang elok.....aamiin.

Monday, June 8, 2015
Terbongkar Rahsia- akhirnya aku pesakit diabetes
Bermula dengan kad hijau dan appointment setiap bulan, aku akur sebagai pesakit diabetes. Rasa yang amat malas dan tidak bertenaga, cepat letih membuatkan aku rasa hendak berhenti kerja. Tambahan pula bebanan yang banyak yang ku hadapi seperti setiap kali berpindah-randah, memunggah dan menyimpan barang seperti perpindahan dari Melaka ke Sabah 2010-2011, dari Sabah ke Sabak Bernam 2011- 2012, kemudian dari Sabak Bernam ke Melaka mungkin menambah stress kepadaku. Dengan memandu sejauh 121km dari Sabak Bernam ke SK Sungai Sireh selama 2 tahun dan lain-lain dugaan yang perlu ku alami, menjadi penyebab kepada penyakit ini atau inilah dugaan yang perlu ku hadapi. Aku cuma mencari sebab dan akibat atau punca sebenar penyakitku.
Tak apalah terima sahaja dan redha sebagai dugaan kepadaku. Mungkin ada baiknya, Allah memberikan aku peringatan yang lebih awal supaya menjaga pemakanan dan kesihatan. Bagaimana hendak aku terima kenyataan sedangkan pemakananku agak terhad. Aku kurang menikmati makanan yang manis dan nasi pun dalam kuantiti yang sedikit. Rasa haus yang teramat dan ketika berpuasa suatu hari dulu menyebabkan aku seakan-akan kanak-kanak kecil mengeliut kehausan dan mengharapkan agar cepatlah waktu berbuka puasa. Simpton-simpton tersebut membuatkan aku mengalah dan pasrah sebagai pesakit diabetes.
Kini aku harus membuktikan kepada doktor Cina tersebut bahawa aku seorang yang berdisiplin dengan menyukat pemakananku. Semua pesakit diabetes diberi taklimat tentang pemakanan, ciri-ciri pesakit diabetes, senaman. dan cara mengekalkan kesihatan. Seminar tersebut diadakan pada 20/5/2015 selama 3 jam dengan doktor diabetes, pakar pemakanan dan fisoterapi . Agak bermanfaat juga diberi penerangan tentang pemakanan pesakit diabetes kerana selama ini aku mengambil susu pekat manis, nesvita 3 in-one. Menurut pakar pemakanannya kalau usia muda lagi makanan dihadkan sebanyak RM12, kalau dah berusia lebih lanjut terhad kepada RM10. Pesakit diabetes diberi panduan pemakanan yang sihat seperti mengambil banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan serta menjadikannya sahabat baik
Sekarang ini, bermulalah hidupku dengan mengira had jumlah pemakanan, kalau melebihi bermakna melanggar disiplin atau peraturan. Aku bersyukur dapat banyak info daripada doktor muda Miss Tan yang sudi mengongsikan carta pemakanan pesakit diabetes dengan mengemelkan maklumat tersebut dan meminta aku tidak kongsikan kepada orang lain. Aku akan memegang amanah tersebut.
Mungkin ada baiknya Allah menguji aku supaya menerima kenyataan dan menjaga pemakanan serta menerima hakikat kebenaran. Selain itu, aku juga berusaha menurunkan bacaan gula dengan membuat jus epal + peria katak atau jus kacang panjang + tomato. Apabila gandingan kedua-dua jus ini , bacaan gula dalam darah mulai turun dan aku juga sudah memberhentikan beberapa ubat-ubatan tradisional seperti ubat resdung, kacip patimah, pil blue berry untuk mata dan pil tambahan untuk kalsium. Semua ini menjadi bahan uji kajiku supaya bacaan gula dalam darah berkurangan.
Yang pastinya apabila minum jus kacang hijau + tomato adalah amat berkesan sekali teutama kadar bacaan gula dalam darah akan berkurangan dengan cepat. Semoga aku menjadi orang yang lebih berdisiplin dalam menangani diabetes.

Patutlah selama ini aku rasa tidak bersemangat dan selalu mengantuk serta tidak berdaya untuk membuat kerja-kerja rumah dan rasa ingin pencen lebih awal. Tetapi memandangkan banyak tanggungjawab yang belum ku lunaskan , maka hendak tak hendak , aku perlu melangkah dan bergerak ke hadapan demi memenuhi impian dan harapan yang belum tercapai. Semoga Allah memberikan aku semangat untuk terus berdiri dan berlari........aamiin .
sukarnya ku menerima kenyataan bhgn 2
Semangat kentalku semakin luntur. Ingin ke sekolah terasa berat hati, dan rasa penat yang teramat. Kemudian aku beralih buat fully check up di Hospital Alor Gajah pula. Pertama kali buat check up sama sahaja prosedurnya, dan keputusan gula dalam darah 13 mmol/L dan kolesterol tinggi. Aku diberi setengah biji ubat kolesterol dan sebiji glumet DC makan dua kali sehari sebagai pesakit diabetes.
Walaupun diberi ubat tersebut, aku masih tidak mengubah cara pemakananku. Pagi-pagi minum nesvita 3 in-one dan minum kopi susu pekat manis bervitamin , serta kuih manis. Setelah sebulan diambil darah lagi dan doktor ingin melihat perubahan bacaan gula dalam darah. Keputusan sama, akhirnya aku dimarahi doktor berbangsa Cina itu. Dengan marahnya, dia meminta aku mengambil insulin secara suntikan. Lagilah aku tidak boleh terima. Beliau pun menerangkan bahawa ubat yang aku makan itu tidak berfungsi tambahan pula beliau menerangkan bahawa aku masih muda, kalau tidak buah pinggang dan jantung akan rosak. Aku mendengar sahaja leterannya. Aku memintanya memakan ubat tablet sahaja.
Dengan nada marah , beliau menulis dalam buku pesakit bahawa sepatutnya aku dapatkan suntikan insulin. Walaupun demikian, beliau masih memberikan aku tablet, ditambah dengan tablet Gliclazide 2 biji 2 kali makan ,Gumet DG 2 biji 2 kali makan sehari dan ubat kolesterol sebiji pada waktu malam. Aku diminta mengambil bacaan gula dalam darah sehari 4 kali selama 6 hari.
Oleh kerana terlalu banyak sangat omelannya, maka aku mengambil keputusan untuk membeli alat menguji gula dalam darah. Pada mulanya aku berjanji untuk beli daripada juru rawat yang bertugas di bilik rawatan Diabetes itu tetapi kehabisan, aku menyatakan lain kali aku beli.
Dengan rasa tidak puas hati, aku terus ke Farmasi Saiza untuk membeli susu diabetik dan alat menguji gula dalam darah itu. Kebetulan pula ada beberapa jenama mesin atau alat menguji glokus dalam darah di Klinik Saiza, aku memilih yang paling murah, dan diskaun atau tawaran murah dengan harga RM49.90 dengan syarat menjadi ahli. Kalau tidak harganya RM120 sebuah.
Akhirnya , aku terpaksa terima hakikat bahawa aku seorang pesakit diabetes. Nasihat si pekerja di Farmasi Saiza itu membuatkan aku ada semangat ....."Tak apa, jangan susah hati, kita lawan penyakit tu,". Sejak hari itu aku mula menyukat makanan seharian dan bermulalah kehidupanku sebagai pesakit diabetes........bersambung.

Sukarnya ku terima kenyataan..begitulah ketentuan-Nya
Aku tidak ingat entah berapa botol aku telan ubat batuk Hurix, batukku tak juga sembuh. Beralih kepada madu pula. Kemudian aku demam disertai dengan batuk dan selesema.
Dengan keadaan yang melemaskan itu membuatkan aku ke Klinik Doktor Insan dan Siti, di Alor Gajah. Semasa mendapatkan rawatan, Doktor Ihsan bertanyakan tentang jerawat di dahiku. Kenapa di dahi tu, dah lamakah?. Selamba aku menjawabnya," Baru tiga hari, " "Oh, begitu, tak mengapalah, kalau dah lama bahaya tu!". Pertanyaannya menimbulkan seribu persoalan kepadaku.
Kemudian, aku ke sekolah . Batuk dah beransur baik dengan memakan ubat antibiotik. Kemudian aku disarankan buat fully check up oleh salah seorang guru memandangkan usia semakin meniti senja. Aku berpuasa untuk membuat fully check up seperti menguji kahak kerana batuk yang berlarutan, x-ray, ujian ambil darah dan air kencing.
Untuk melakukan semua check up penuh ini, aku ke Poliklinik Masjid Tanah. Setelah sebulan ada janjitemu dengan pihak doktor. Keputusannya blood glucose memeranjatkan aku. Keputusan 15.1 mmol/L dan bacaan kolestrol tinggi. Aku tak tanya pula berapa bacaan kolesterol.
Pada saat diberitahu, aku agak terkejut dan rasa susah hati. Aku juga enggan menerima keputusan tersebut. Akhirnya , aku dimarahi oleh doktor bangsa benggali tersebut. Oleh kerana aku enggan makan ubat, maka beliau menulis di kad tersebut sebagai pesakit diabetes. Beliau terus menyimpan rekod tersebut tanpa memberi ubat kerana aku sendiri tidak mahu makan ubat dengan luahan katanya, " Nak buat apa saya bagi ubat kalau mak cik tak mahu makan ubat,".....hehehe , faham-fahamlah sikapku seboleh-bolehnya aku tidak mahu makan ubat dengan alasan sekali , dah makan seumur hidup bergantung hayat kepadanya....Wallah'ualam bissawab.

Saturday, May 16, 2015
Kejohanan Sukan Olahraga ke-44 , SKMT
Tahun kedua menyambut sukan di SKMT pada tahun 2015. Tahun ini agak sibuk dengan beberapa program sekolah yang hadir silih berganti tanpa henti. Semua pasukan rumah sebuk membuat persiapan sama ada latihan sukan, ujian tara dan pertandingan bagi acara-acara sukan serta lain-lain pertandingan seperti perbarisan dan khemah tercantik. Kami ahli Rumah Hijau /Hulubalang bersedia menggalas tanggungjawab. Agak meriah pertandingan bagi acara perbarisan dan pertandingan khemah tercantik selain semangat kesukanan yang dipamerkan. Semangat berlumba dan sikap persaingan yang baik tercerna dalam setiap ahli pasukan rumah yang membara untuk menang dalam semua acara yang dipertandingkan.
Kami membuat persediaan dengan perbelanjaan terhad. Setiap pasukan rumah diberi RM50, maklumlah sekolah kami kecil, bajet pun kecil, kalau boleh semua dijimatkan. Dengan peruntukan yang kecil itulah , pandai-pandailah setiap guru menguruskan perancangan mereka . Kami menetapkan setiap guru menyumbang RM15 untuk menampung makanan murid , minuman, dan keperluan lain seperti hiasan khemah dan perbarisan. Murid-murid ditetapkan membayar RM5 untuk makanan dan air iaitu nasi lemak berlaukkan ayam dan air sunquick.
Kami guru pasukan rumah Hijau atau Hulubalang bersepakat merancang untuk memenangi pertandingan dan cuba menjuarai kejohanan sukan pada tahun ini. Beginilah perancangan kami tetapi yang menentukan hanyalah Allah s.w.t. Pada masa hari sukan pula hujan turun selebat-lebatnya dan kami bernasib baik dapat melaksanakan sukan tersebut setelah hujan reda. Kami beruntung kerana walaupun hujan , acara dijalankan dan tidak ada petir dan kilat. Sekiranya berlaku, tentulah kami terpaksa tunda sukan tahunan tersebut. Syukur Alhamdulillah , semuanya selamat .

Naib johan keseluruhan
Johan perbarisan

Hujan turun dengan lebatnya.
Persiapan khemah
Johan perbarisan
Friday, May 15, 2015
Hadiah termahal buatku pada Hari Guru 2015
Orang lain gembira mendapat hadiah sempena Hari Guru tetapi berlainan dengan aku. Jam 4.30 petang 15/5/2015 terpapar kisah seorang guru mengikat tangan murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang, Semut Harian membuat onak kepadaku, memviralkan gambarku yang diedit bersama -sama kecederaan murid budak tersebut. Gambar itu di siarkan dalam facebook oleh Semut Harian.
Nasib aku baik kerana salah seorang daripada rakan yang sama mengajar di Sabah, mengetahui hal ini dan mentioned namaku di fb. Bimbang diviralkan atau disharekan oleh orang-orang tertentu, maka aku share dahulu gambar tersebut di fbku. Ramai kawan yang menyarankan agar aku membuat saman malu. Dengan bertindak cepat , aku membuat aduan ke balai polis dan aduan kepada siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Aku pergi ke balai polis dan menghabiskan masa daripada pukul 5.30 hingga 7.15 malam,
Dalam pada itu , aku masih membaca komen kawan-kawan. Selang beberapa minit kemudian, ku dapati keratan gambarku telah digantikan dengan gambar lain. Pada jam 8.00 malam, mungkin Semut Harian dah kepanasan kot, jadi dihilangkan gambarku. Tahukah kamu gambar tersebut telah kurakam dan kuabadikan dalam fbku. Sedihnya aku, Hadiah Hari Guru Tahun 2015 adalah kisah yang memalukan. Gambarku diviralkan seolah-olah akulah guru yang mengikat tangan murid perempuan itu. Apakah kesilapanku maka diambil gambarku dan ditempelkan di situ?
Jika kuajukan kepada pembaca,apakah tindakan yang sepatutnya aku ambil. Malas ku nak layan kerja-kerja yang membabitkan hal remeh-temah dengan siasatan dan turun naik mahkamah. Memang mencemarkan nama baikku , kewibawaanku sebagai seorang guru telah tercabar, di manakah harus ku dapatkan keadilan, saman memang baik, tapi tak berbaloi kot dah tercalar di hatiku , dah terpahat dan sukar dikikis malahan telah diviralkan kepada 51 share , dan mungkin diviralkan lagi.
Diharap perkara ini menjadi pengajaran kepada semua yang suka mengambil kesempatan atas kelonggaran menuntut hak kita sendiri. Wallahu'alam bissawab.

Friday, April 24, 2015
Pantun AntiDadah- Program AntiDadah 5 minit .
Selaku guru penyelaras , Program Antidadah SKMT, kami telah melaksanakan beberapa aktiviti mengenai antidadah , antaranya melafazkan sajak . Program 5 minit tentang dadah telah dilaksanakan dengan melafazkan pantun yang bertemakan "Keluarga Bahagia". Pantun ini dilafazkan oleh Amna Nafeesa dari tahun 5 Arif. Guru bertugas pada 2 April 2015 ialah Pn Noorsafrina bt Hamdani , yang menerangkan maksud pantun tersebut. Kami berharap murid-murid faham akan maksud yang tersurat dan tersirat dalam pantun tersebut.
Burung kenek-kenek,
Jatuh atas tanah,
Pesan datuk nenek,
Jangan hisap dadah.
Ikan gelama dikerat-kerat,
Untuk hidangan si burung camar,
Kerana dadah diri terjerat,
Maruah tergadai nama tercemar.
Melaka Bersejarah diberi nama,
Terkenal sudah di serata dunia,
hindarilah dadah musuh utama,
Tanpa dadah keluarga bahagia.
Terkenal bola kerana bulat,
Terkenal tukul kerana pahat,
Jika dadah dijadikan kiblat,
hidup merana sepanjang hayat.
Hendak berkelah di Tanjung Bidara,
Janganlah lupa membawa celana,
Hilang keluarga hilang saudara,
Pengaruh dadah diri yang merana.
Burung kenek-kenek,
Jatuh atas tanah,
Pesan datuk nenek,
Jangan hisap dadah.
Ikan gelama dikerat-kerat,
Untuk hidangan si burung camar,
Kerana dadah diri terjerat,
Maruah tergadai nama tercemar.
Melaka Bersejarah diberi nama,
Terkenal sudah di serata dunia,
hindarilah dadah musuh utama,
Tanpa dadah keluarga bahagia.
Terkenal bola kerana bulat,
Terkenal tukul kerana pahat,
Jika dadah dijadikan kiblat,
hidup merana sepanjang hayat.
Hendak berkelah di Tanjung Bidara,
Janganlah lupa membawa celana,
Hilang keluarga hilang saudara,
Pengaruh dadah diri yang merana.
Saturday, April 18, 2015
pertandingan catur
Pada 14/4/2015, pertama kali aku membawa murid menyertai pertandingan catur di SK Demang Taha, bagi kawasan Alor Gajah. Memang berasa keterberasingan kerana aku tidak mengenali sesiapa pun guru yang menghantar murid di situ.
Walau bagaimanapun aku masih bersikap ingin mencari kawan. Setibanya, aku di sekolah itu , murid-muridku bukanlah asing bagi mereka kerana mereka berjumpa dengan kawan-kawan mereka yang bersekolah di situ.
Pada awalnya, keempat-empat muridku ok sahaja. Mereka masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat di papan paring mengikut nombor giliran yangtelah ditetapkan, Dewan yang luas terbentang dan meja disusun dengan memanjang tiga baris untuk peserta lelaki dan perempuan bawah 12 tahun, lelaki dan perempuan bawah 15 tahun serta lelaki dan peempuan bawah 18 tahun.
Setelah mendengar taklimat kesemua peserta yang kubawa mengambil tempat. Setelah diumumkan semua peserta masuk ke dewan semula, tiba-tiba salah seorang muridku keluar semula. Dia memberitahuku bahawa dia takut. Hairannya aku bagaimana seorang murid lelaki berbadan besar dan pengawas takut untuk bermain catur. Kalau di sekolah dan di hadapan rakan-rakannya boleh juga dia bermain catur. Mungkin dewan yang besar dan suasana pertandingan yang melibatkan ramai peserta membuatkannya berasa gerun. Tambahan pula mungkin pihak lawannya pernah menyertai pertandingan catur tersebut. Walaupun dipujuk oleh pengerusi teknik dan arbiter agar jangan takut dan mereka sedia duduk di sebelahnya, namun muridku enggan. Keras hatinya, dah dipujuk berkali-kali , dia tetap dengan keputusannya.
Setelah kawan-kawannya bertanding mengikut paring yang telah ditetapkan, mereka berjaya memungut 2 mata bagi enam pusingan, akhirnya aku membuat keputusan balik lebih awal kerana tidak ada gunanya menunggu lebih lama . Pemenang pertama hingga kedua belas akan diberikan sijil manakala yang kalah tidak diberikan sebarang sijil penyertaan. Hanya pemenang pertama hingga kelapan sahaja layak menyertai pertadingan peringkat negeri.
Pengajaran daripada peristiwa ini ialah kekadang kita tidak menjangka sesuatu perkara akan menimpa kita. Kita sebagai guru ingin membawa murid kita ke pertandingan bukan sahaja hendak menang tetapi biarlah mereka tahu situasi dan undang-undang permainan selain dapat berkenalan dengan rakan-rakan dari sekolah lain.
Malangnya anak muridku berhati kecil , takut berdepan dengan lawan dan mengalah sebelum bertarung. Maka, ku sampaikan berita ini kepada semua guru di SKMT, "kalah tanpa bertanding" membuatkan sesetengah guru di sekolahku menyatakan bahawa aku tersalah taip. Memang aku malu dengan peristiwa ini tambahan pula sekali lagi guru pasukan diminta datang ke dewan. Pengerusi teknik menyatakan seorang lagi muridku enggan bertanding. Puas ku cari, rupa-rupanya murid lain yang tidak hadir sedangkan muridku menunggu di papan paring sehingga masa berlalu 20 minit.
Nasib baik aku memberikan jawapan yang tepat dan muridku ada seperti yang ku n yatakan.
Peristiwa ini mengingatkan aku agar berhati-hati memilih peserta. Walaupun hakikatnya peserta tersebut sukarela ingin menyertai pertandingan tersebut.

Syabas kepada peserta yang lain biarlah kita kalah asalakan mempunyai semangat dan jiwa yang ketal untuk bertanding.
Monday, April 13, 2015
Pesta Pantun Peringkat Negeri Melaka
Sejak berpindah ke Melaka ni, banyak betul tugas yang perlu digalas, maklumlah sekolah kecil dan bilangan guru sedikit. Mesyuarat pesta pantun peringkat negeri Melaka telah diadakan pada 26/2/2015. Pesta Pantun Peringkat Negeri Melaka 2015 akan diadakan di SKMT sekolahku sebagai tuan rumah. Majlis akan berlangsung pada 13 dan 14 April 2015 ini.
Sebagai tuan rumah, kami bersedia menggalas semua kerja. Persiapan dewan dan bilik-bilik khas untuk pertandingan , bilik hakim dan bilik menunggu peserta pantun yang terdiri daripada 15 buah sekolah. Setiap sekolah menghantar 5 orang peserta yang merangkap 3 orang pemantun dan 2 orang simpanan.
Kami menyediakan 5 bilik bagi pertandingan pantun, Pusat Sumber sekolah ditempatkan untuk hakim berkumpul dan sebuah bilik menunggu untuk peserta ditetapkan di makmal komputer. Walaupun kami sibuk dengan ujiantara di padang, latihan bola tampar dan latihan pemantun pasukan sekolah, kami tetap menggalas semua kerja bersama-sama.
Sejak hari Khamis 9/4/2015 , semua sibuk mengemas meja dan menyediakan bilik. Kami bernasib baik, pada pagi Jumaat semua murid berada di padang bagi ujiantara dan kerja-kerja penyediaan bilik-bilik khas disambung pada sebelah petang.. Petang Jumaat 10/4/2015 , kami menyambung tugas menghias bilik-bilik khas dan dewan.
Kerja tambahan bermula dari pukul 3.30 petang hingga 6.00 petang, kami hanya sempat membuat label hakim, penjaga masa, juruacara, pemantun 1, 2, 3. dan pasukan lawan A, B, C. Malangnya, kerja-kerja begini rupa-rupanya memakan masa yang lama. Jadi terpaksa ditangguh lagi.
Kerja-kerja hiasan di bilik-bilik khas disempurnakan lagi pada hari Sabtu 11/4/2015 bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Dalam masa yang sama, di padang sibuk dengan latihan bola tampar, di kelas pula sibuk dengan kelas tambahan tahun 6, dan di dewan pula sibuk menyelesaikan kerja-kerja lain seperti melabel meja-meja dan banner di papan hitam, al-maklumlah sekolah kecil, bajet pun kecil.
Kerja-kerja memasang skirtinglah yang memakan masa ditambah pula dengan kekurangan kaki tangan pada hari Sabtu. Syukurlah , siap juga kerja kami.
Demikianlah sibuknya kami dalam builan April ini dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum:-
1. ujiantara untuk sukan 9-10 April
2. Pesta Pantun sebagai tuan rumah - 13 & 14
3. Pertandingan catur 14/4
4. Pertandingan bola tampar 16/4
5. Sukan tahunan 24/4
6. Pertandingan Sahibba 30/4

Saturday, April 11, 2015
pesta/bengkel pemantun SKMT
Tahun 2015, sekolahku jadi tuan rumah pesta pantun. Pada 23/2/2015 mesyuarat diadakan di bilik komputer. Memandangkan sekolahku kurang murid dan murid yang sama menyertai pertandingan choral speaking, jadi kami memberi laluan kepada murid tersebut. Setelah selesai coral speaking, giliran kami pula. Aku bertugas sebagai pengurus pasukan pantun sekolahku .
Kami memilih calon-calon yang layak berdasarkan maklumat daripada guru-guru yang mengajar mereka. Kemudian kami adakan saringan. Kami adakan latihan melafaz pantun dahulu . Murid yang terpilih dibengkelkan . Sekarang sudah 5 kali berbengkel dan membuat latihan seolah-olah pertandingan sebenar. Kami wujudkan penonton, juru pantun, penjaga masa dan situasi sebenar pertandingan.
Kami guru-guru Bahasa Melayu bekerjasama mencipta pantun mengikut tema pantun jual dan beli. Pn Nor Jamilahton Kholijaah memang berbakat dan ada pengetahun tentang pengendalian pertandingan pantun ini.
Syukurlah dapat juga kami melatih mereka. Murid-murid ini memang boleh diasuh bakat mereka. Doakan mereka beroleh kemenangan...aamiin.
Latihan dan bengkel pantun di makmal komputer dan di Bilik Pemulihan .
Pantun Pengenalan
Pesta pantun ini akan berlangsung pada 13 dan 14 April 2015.
Pada 13 April, majlis berlangsung, kami berjaya memasuki peringkat suku akhir sahaja. Syukurlah walaupun kali pertama menyertainya dan memandangkan keupayaan anak-anak didik yang berusaha berharapkan sepenuhnya daripada guru-guru sedangkan di rumah mereka hanya mendapat sokongan semangat daripada ibu bapa.

Assalamualaikum
Salam hamba, hulur tanda ingatan
Pemantun tuan
rumah
Kami datang
dengan harapan.
Pergi menjala
ikan tenggiri,
Di malam hari
disimbah cahaya,
Siti Zulaika
ampunya diri,
Pemantun pertama
tanggungjawab saya.
Makan kek berperisa
beri,
Beri sedikit
kepada kawan,
Amna Nafeesa nama
beri,
Pemantun kedua
mendukung harapan.
Pergi menangkap ikan
gelama,
Ikan dimasak kuah
lada,
Adam Daniel
ampunya nama,
Anak tunggal
permata hati bonda.
Daun palas
dibungkus ketupat,
Ketupat dimakan
berselang manisan,
Nur Diyanah
Zulaika pemantun keempat,
Pewaris budaya
pendukung warisan.
Ahmad Furqan
berbudi bahasa orangnya,
Anak Pak Imam
Masjid Tanah,
Pemantun kelima
itu tugasnya,
Menggalas harapan
penuh amanah.
Kami semua sedia
bertaruh di gelanggang pantun,
Doakan kami agar berjaya....aamiin
Tema-tema pantun adalah seperti dalam senarai di bawah.Pantun Pengenalan
TEMA PESTA PANTUN SEKOLAH
RENDAH
PERINGKAT NEGERI MELAKA 2015
PERINGKAT AWAL & SUKU AKHIR
Pusingan Pertama
1
|
Pendidikan
Cemerlang
|
A
|
Pendidikan
Cemerlang
|
2
|
Perkasa Bahasa
Melayu
|
B
|
Perkasa Bahasa
Melayu
|
3
|
Hargai Pejuang
|
C
|
Hargai Pejuang
|
Pusingan Kedua
1
|
Jiran Prihatin
|
B
|
Jiran Prihatin
|
2
|
Bangsa Membaca
|
C
|
Bangsa Membaca
|
3
|
Murid Kreatif
|
A
|
Murid Kreatif
|
Pusingan Ketiga (Cabutan Tema Spontan)
1
|
Kebersihan Diri
|
C
|
Kasih Ibu
|
2
|
Gotong Royong
|
A
|
Bancana Alam
|
3
|
Amalan
Berterima Kasih
|
B
|
Hormat
Menghormati
|
PERINGKAT SEPARUH AKHIR
Pusingan Pertama
1
|
Pelajar
Berdisiplin
|
A
|
Pelajar
Berdisiplin
|
2
|
Warisan Bangsa
|
B
|
Warisan Bangsa
|
3
|
Alam Sekitar
|
C
|
Alam Sekitar
|
Pusingan Kedua
1
|
Sayangi Ibu
Bapa
|
B
|
Sayangi Ibu
Bapa
|
2
|
Perayaan di
Malaysia
|
C
|
Perayaan di
Malaysia
|
3
|
Faedah
Berpersatuan di Sekolah
|
A
|
Faedah
Berpersatuan di Sekolah
|
Pusingan Ketiga (Cabutan Tema Spontan)
1
|
Kebersihan
Makanan
|
C
|
Peraturan
Sekolah
|
2
|
Amalan Berbudi
Bahasa
|
A
|
Murid Bestari
|
3
|
Rumahku
Syurgaku
|
B
|
Keselamatan
Jalan Raya
|
PERINGKAT AKHIR
Pusingan Pertama
1
|
Faedah Taman
Sains
|
A
|
Faedah Taman
Sains
|
2
|
Berbudi Kepada
Tanah
|
B
|
Berbudi Kepada
Tanah
|
3
|
Kepimpinan
Berkualiti
|
C
|
Kepimpinan
Berkualiti
|
Pusingan Kedua
1
|
Perpaduan
Melalui Sukan
|
B
|
Perpaduan
Melalui Sukan
|
2
|
Amalan Menabung
|
C
|
Amalan Menabung
|
3
|
Cuti-cuti
Malaysia
|
A
|
Cuti-cuti
Malaysia
|
Pusingan Ketiga (Cabutan Tema Spontan)
1
|
Keluarga
Harmoni
|
C
|
Sayangi Haiwan
|
2
|
Jati Diri
|
A
|
Kasih Bapa
|
3
|
Cintai Buku
|
B
|
Kebersihan
Kantin
|
Pesta pantun ini akan berlangsung pada 13 dan 14 April 2015.
Pada 13 April, majlis berlangsung, kami berjaya memasuki peringkat suku akhir sahaja. Syukurlah walaupun kali pertama menyertainya dan memandangkan keupayaan anak-anak didik yang berusaha berharapkan sepenuhnya daripada guru-guru sedangkan di rumah mereka hanya mendapat sokongan semangat daripada ibu bapa.
Subscribe to:
Posts (Atom)