Sunday, November 13, 2011

HIJRAH LAGI- 2012

Aku baru sahaja mengajar di  Sekolah Kebangsaan Sahabat 4 pada 16 April 2010.  Arahan pertukaran suamiku begitu mengejut walaupun aku sebenarnya telah pun menduga.  Khabar-khabar angin begitu mendesak.
  Apa tidaknya sebenarnya dia bertukar ke Sabah pada 1 Oktober 2009 .  Oleh kerana surat pertukaran itu terpendam di JPN Melaka, maka dia pun meminta tangguh sehingga bulan Februari 2010.  Beliau mendaftar pada 16 Februari kalaun tidak silapku.  Aku pula memohon bertukar pada bulan Februari dan jawapan paling cepat ku ketahui pada 16 Mac 2010. Alangkah cepatnya pada masa itu aku masih lagi mengajar di Sek. Keb. Dato'  Naning. Aku juga memohon tangguh sehingga 16 April 2010
  Pertukaran itu cukup menakutkan aku sementelah ramai kekawan yang memberitahuku akan keadaan murid-murid dan ibu bapa di Sabah.  Gambaran yang diberikan adalah yang negatif.  Tersedak dan terkejut aku apabila akun dinilai sebagai seorang guru yang bermulut laser dan sukar mengawal emosi. Aku sebenarnya bukanlah seorang yang hipokrit, sekiranya sesuatu perkara itu tidak betul, aku akan berasa tidak puas hati.
 Masih ku terngiang-ngiang lagi kata-kata itu sampai ibu saudaraku membekalkan aku buku seorang tok guru sebagai bekalan.  Entahlah sampai sekarang aku masih gagal lagi untuk menghayatinya.  Buku itu masih elok tersimpan rapi.  Apa yang perlu ku buat hanya bermohon dan berserah kepada Allah s.w.t.
  Syukurku kepadanya kerana keadaan sekarang tak seperti yang mereka gambarkan, keadaannya seperti langit dengan bumi. Aku pun sepatutnya sedar diri sebagai perantau yang banyak kekurangan serta daif.  Kini aku akan hijrah lagi, ke Selangor pula, daerah Sabak Bernam.  Adakah aku diterima dengan baik?  Wallahu'alam bissawab.
Barang-barang yang telah siap ku masukkan ke dalam kotak.
kotak-kotak barangpindah tahun 2010 dulu yang masihku simpan.
Inilah angkara cari kotak, berselerak, nanti susun semula, kemas balik.
Barang-barang yang masih dalam proses memasukkan ke dalam kotak.
   Kini sedang berkemas dan mula menyimpan barang-barang dalam kotak-kotak yang dahulunya ku simpan.  Barang-barang yang dibelipun kotaknya masih ada seperti peti ais, printer, radio, mesin jahit, mesin basuh dsb.  Semoga Allah memberikan aku kekuatan dan keteguhan iman dan semangat untuk merempuh ranjau kehidupan tahun 2012.
  Aku telah ditakdirkan mengajar di Sabah hanya setahun lapan bulan jika sampai ke 31 Disember 2011.

1 comment:

  1. Perpindahan sebenar mengikut surat ialah 1 Februari 2012, aku tangguhkan tugas sehingga 6 Mac baru melapor diri. Menurut GPK dan guru-guru SKSS mereka pelik nama guru ada tetapi orangnya tiada dan selalu disebut-sebut terlebih guru.

    ReplyDelete