Tahun 1994, sebaik tamat kursus setahun Sijil Perguruan Khas Matematik KBSR, aku telah mengajar tahun 6, Bahasa Melayu dan Matematik. Pada masa itu Penilaian Sekolah Rendah 4A sahaja tidak ada subjek Sains.
Guru besar pada ketika itu amat peka terhadap murid-murid tahun 6 kerana sekolahku termasuk dalam sekolah berprestasi rendah tangga 10 ke bawah. Subjek yang meruntuhkan prestasi seperti biasa Bahasa Inggeris. Kenapa pula? Aku tengok cikgu yang mengajar sebelum mereka relaks sahaja, siap boleh baca novel. Kedatangan guru Bahasa Inggeris yang cengil , maaf gelaran bebudak kalau tak silap Cikgu Zuraida Che Sayang. Cikgu ini muda, tegas dan pegang rotan sahaja. Kalau kerja rumah tak siap , siaplah tadah tangan. Namun tindakannya sepuluh kali lebih baik.
Aku pula gelaran cikgu garang. Kekadang mengamuk sakan dengan mereka. Selalunya tukang kebun selalu berbual denganku , "Hari ini cikgu makan tebuankah?" . Konotasinya bermaksud aku bagai penyengat. Belum lagi Cikgu Noriah, yang sebut sahaja semua murid takut. Tetapi aku puji kerana setiap pengajaran dan pembelajarannya melahirkan murid-murid yang dapat 4A dalam Penilaian Sekolah Rendah, kenapa tidak kerana dia hanya dapat murid-murid kelas pertama.
Aku pula dapat kelas hujung manakala Rohaida , kawanku dapat kelas tengah. Almaklumlah kelas hujung, selalu aku pinjam ABM alat bantu mengajar di Pusat Sumber. Aku selalu diperli kalau tak pandai ini buang masa sahaja. Terkejut beruk aku dibuatnya. Tetapi semua itu dugaan bagiku.
Guru Besar pula pada masa itu sibuk memantau, masuk kelas dari satu kelas ke satu kelas. Punca masalah Bahasa Inggeris, kenapa tak pantau subjek itu?. Aku lagi rasa tidak selesa apabila beliau masuk kelas ambil alih masa aku mengajar, kalau hendak cerap, ceraplah dari awal, ini tidak, bila -bila sahaja suka masuk ke kelas ,alih-alih minta mengajar, apalagi aku pun rasa lebih dia sahaja mengajar, aku pun keluar. Perkara ini menjadi buah mulut di bilik guru.
Aku tak kisah apa orang nak kata kepadaku. Janji apa yang ku buat betul. Aku pun teruskan tugasku. Setiap hari Sabtu ada kelas tambahan secara percuma. Mula-mula Bahasa Melayu diikuti Matematik. Pendek cerita prestasi Penilaian Sekolah Rendah meningkat pada tahun itu. Oleh kerana gembiranya guru besar, beliau terus mendapatkan kami guru-guru tahun 6 sebaik-baik sampai ke sekolah untuk menunjukkan keputusan tersebut , orang pejabat berkecil hati, maksudnya barisan GPK- Guru Penolong Kanan.
Aku pula pada masa itu sibuk mengisi kad 001. Oleh kerana gembiranya beliau berkata, "Ala ,tinggalkan dulu". Anehnya aku dengar begitu, lagi aneh apabila prestasi atau Sasaran Kerja Tahunan (SKT) aku dapat mendatar saja, sedangkan kawan-kawan lain mendapat prestasi mendatar dengan prestasi cemerlang. Dalam hatiku, Allah sahaja yang mengetahui, mungkin beliau terlepas pandang atau dendam peristiwa kelmarin.
Minta maaf kepada guru-guru yang ku sebut namanya, bukan nak menyinggung perasaan tetapi itulah kenyataan.
No comments:
Post a Comment