Pertelingkahan dan perbalahan dalam senyap. Dalam hatiku biar ku buat pembaharuan pada sesi petang pula. Aku disambut baik oleh penyelia petang pada masa itu En Mohd Yusof, seorang guru yang cool, lembut perwatakannya dan cara pentadbirannya memenuhi cita rasaku. Tidak pernah memaksa, segala-galanya berjalan dengan lancar tidak seperti sesi pagi.
Tahun 1999, aku mengikut murid-murid dari tahun 2 hingga tahun 3. Pada masa itu Penilaian Tahap Satu untuk murid tahun 3, jika berjaya mereka akan lompat tahun 5. Dengan segala perancangan dan latihan kuberikan, almaklumlah aku biasa mengajar kelas peperiksaan. Keputusan yang cemerlang telah ku capai. 3 orang murid telah lulus PTS dan berjaya melompat ke tahun 5 sedangkan SK Bertam sebelum ini cemerlang ,tak seorang pun murid yang lulus, dapat ku kalahkan. Maka semerbaklah nama SKPK. Tahun 2000 pula , pencapaiannya meningkat seramai 6 orang pula. Pada masa itu namaku semakin mengharum. Namun aku biasa-biasa sahaja , tak pandai membodek atau mengambil kesempatan.
salam cikgu. boleh saya tau cikgu ingat tak nama pelajar lelaki yang duduk sebelah kanan sekali? terima kasih ya.
ReplyDelete