Tanggal 1 Disember 1992, aku mula bertugas Sekolah Kebangsaan Paya Keladi. Sekolah ini betul-betul dekat dengan rumah sewaku. Aku selalu jalan kaki melalui pintu belakang kerana jaraknya kira-kira 30 langkah sahaja.
Aku begitu terperanjat kerana mengajar tahun satu. Dalam hatiku , inilah sejarah mengajar tahun satu. Dalam sejarah juga aku dipantau oleh Nazir , sebenarnya jadual waktu pada masa itu telah ku ubah kerana aku mengajar Bahasa Melayu dan Matematik. Nasib tak baik Nazir itu Nazir Matematik. Oleh kerana pengajaran itu baru sahaja berlalu, maka mudah sahaja murid-murid mengikutinya. Aku pula tidak pernah didedahkan pengalaman tahun 1, maka aku mengajar seperti biasa. Masa perbincangan itu, aku ditegur kerana tidak boleh mengajar murid menulis. Menurutnya 3 bulan pertama masa mereka bermain dengan angka, tulis atas angin, atas pasir, kira, guna plastisin untuk membentuk angka. Dalam hatinya buat apalah kerja sesia , jika murid dah pandai teruskan sahaja. Aktiviti itu sesuai untuk aktiviti pemulihan . Nasib baik Cikgu Mohd Fadhil memberitahu bahawa aku tidak ada pengalaman mengajar Tahun satu, inilah pengalaman pertama.
Aku sebenarnya amat berat hati untuk meneruskan mengajar Tahun Satu. Tahu-tahu sahajalah, aku tidak sabar dengan kerenah budak tahun satu, mengada-ngada, asyik-asyik menangis pantang ditegur, hendak keluar kelas jumpa kakak atau abang dan bermacam lagi. Aku bagai terasa hendak pencen awal sahaja atau kalau boleh lari dari tugas ini alangkah bagusnya.
Setelah mengajar sebulan, akhirnya aku dapat mengelakkan diri, terasa seolah-olah lepas dari azab sengsara, bagiku sejam mengajar mereka semacam masa itu tidak bergerak. Maklumlah aku biasa mengajar budak Tahun 2, bermaksud boleh bercerita, berbual-bual dan berani bertutur secara lisan. Ini tidak benyek kata orang. Aku paling gembira apabila mendapat kursus setahun dalam perkhidmatan di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang pada tahun 1993 iaitu Sijil Khas Matematik KBSR.
Walaupun anakku masih kecil ketika itu, Zati Iwani 2 tahun lebih dan Nur Syarafina setahun lebih, aku mampu meneruskan pengajian. Aku terpaksa bangun awal 4 .30 pagi , siap-siapkan anak, kekadang dengan baju tidur dihantar ke rumah pengasuh. Aku terpaksa berkejar-kejar dengan masa kerana jarak rumahku dengan maktab lebih daripada 25 km. Aku perlu sampai ke Jeti sebelum pukul 6.00 pagi untuk menaiki feri. Kemudian aku menaiki bas ke maktab dan mesti sampai sebelum pukul 7.00 pagi. Agak setahun berulang-alik banyak duit yang habis tetapi semasa itu aku dapat duit claim perjalangan dan makanan kerana perjalanan melebihi 25 km.
No comments:
Post a Comment