Saturday, November 5, 2011

Raya Haji/Aidil Adha 1432/6 November 2011

 Tahun ini merupakan kali kedua aku menyambut Hari Raya Haji di Felda sahabat.  Tidak seperti tahun lepas, kedatangan Hari Raya Haji disambut meriah kerana kedua-dua anakku yang berada di Semenanjung berkunjung ke sini.
   Lebaran kali ini mungkin sepi kerana perpisahan, kalau ada mereka tentulah meriah sedikit.  Hanya kami bertiga, aku , suamikudan anak bongsuku.  Kedua-dua anakku beraya bersama-sama dengan keluarga kakakku yang tinggal di Kuala Lumpur.
   Semoga mereka dapat merayakan hari lebaran itu dengan meriah kerana warga Kuala Lumpur banyak yang melakukan korban sempena Hari Raya korban ini.  Tambahan pula kebanyakan penduduk Taman Angkasa beraya di bandar raya ini.
 Kepada semua umat Islam, aku mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha semoga kehadiran lebaran ini membawa seribu pengertian kepada kita dan sebagai umat Islam diharapkan  dapat menunaikan ibadat Haji iaitu rukun Islam yang kelima dan melakukan korban jika termampu.
  Sempena hari yang mulia ini aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada ibu, ibu dan bapa saudara, saudara-mara, sahabat-handai, kawan-kawan dan yang mengenaliku.  Salam dariku di perantauan.

No comments:

Post a Comment