Hari ini 13/3/2014 nazir dari JNJK seramai 2 orang datang melawat ke SKMT. Banyak yang hendak dipantau dari pengurusan sekolah, fail-fail dan pemantauan pembelajaran dan pengajaran terutama dari bidang Sains Sosial. Kebetulan subjek Pendidikan Seni Visual telah diselia.
Sedang Nazir mengadakan perbincangan dengan guru yangdipantau, murid-muridku dengan muka selambanya menyapu sampah, menukar air akuarium kerana ada ikan yang mati . Mereka telah menutup kipas sedangkan nazir Pn Rogayah masih ada berbincang dengan Pn Suriati Hamdam David. Sebaik sahaja aku masuk ke kelas kerana masa pdp aku , mereka pun keluar. Aku pun 'brainwash' atau "torture' mereka kerana sikap mereka tidak menghormati tetamu. Mereka siap memberikan jawapan bahawa masa rehat mereka dan mereka bertugas membersihkan kelas.Dari sebuah bekas akuarium dah bertambah akuarium kecil,ikan dalam botol mineral dan ikan dalam telap kecil. Mereka lebih suka memelihara ikan sedangkan aku tegaskan memelihara ikan adalah sebagai hobi bukan keutamaan, tetapi mesti berusaha untuk UPSR.
Hari ini 20/3/2014, sibuk pula mengemas dewan untuk mesyuarat agung PIBG, maka murid-muridku sibuk dengan ikan-ikan. Hobi memelihara ikan sudah berjangkit ke kelas 6 Arif , tahun 3 dan tahun 4. Murid-muridku ada yang menjual ikan pula di sekolah. Pandai sungguh mereka berniaga dan mencari duit. Hari ini naik angin aku dengan tabiat mereka. Semoga mereka insaf dan mementingkan pelajaran.
No comments:
Post a Comment