Program pengantarabangsaan guru-guru Bahasa Melayu selama 10 hari agak menarik kerana kami telah beberapa kali mengadakan perjumpaan bagi membuat modul dan mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar di Anuban Muslim School ,Satun . Selain itu. penulis juga sebagai penceramah berkongsi ilmu dengan guru-guru Bahasa Melayu Thailand. Pengalaman ini amat berharga buat penulis.
Walaupun 2 tahun bertugas di sekolah ini terasa amat bertuah kerana dapat menimba banyak ilmu pengetahuan yang tak dapat dinilai dan diberli dengan wang ringgit. Sayangnya penulis terpaksa bertukar sekolah kerana beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Pertama, jauhnya perjalanan 121km pergi dan balik . Rumah yang dibina di Melaka tinggal kosong dan perlukan penyelenggaraan. Rumah yang ditinggalkan kosong tidak berseri, terbiar dan berhutan. Terima kasih kepada pentadbir, guru-guru dan semua murid serta warga SKSS....maafkan segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan semasa hadir dan melewati di sekolah ini.
bertugas perkemahan pengakap 2014- balik dari sekolah terlanggar tebing jalan tar mengelak daripada lori yang memakan jalan akibatnya tayar pecah dan diganti tayar spare oleh suami Pn Kalsom -ajk PIBG
bertugas semasa pemberian bantuan persekolahan tahun 4 Jaya |
Kerja berpasukan - di PKG
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Selangor
Membantu menyemak bacaan dalam solat semasa Kem Bestari Solat
Rewang kenduri kesyukuran kerana prestasi meningkat UPSR 2012
saja-saja mengacau murid pengakap memasak- bakar jagung, ubi kentang dan keledek . |
Berjumpa kawan lama Maktab Perguruan Batu Rakit Kuala Terengganu 1982-1984 semasa orientasi KSSR Bahasa Melayu Melayu di SK Kuala Selangor
Menyertai lawatan murid-murid Asnaf Zakat di Desa Waterpark Petaling
kumpulan guru-guru yang mengajar di Anuban Muslim SchoolSebagai penceramah berkongsi idea dengan guru-guru Bahasa Melayu Thailand
menerima sijil penghargaan
bergambar bersama-sama dengan guru-guru Bahasa Melayu Thailand
Majlis penutup di Anuban Muslim School - 29November -8 Disember 2013
No comments:
Post a Comment