Thursday, March 13, 2014

Minggu Bahasa Melayu - Bina ayat dan perluasan predikatnya.

Khamis 13/03/14 - melaksanakan minggu bahasa selama sebulan, kalau semalam kata majmuk, hari ini membina ayat.  Bagi memudahkan murid-murid ku bawa topi.  Untuk mempercepatkan masa kerana lawatan Nazir JNJK(Jemaah Nazir Jaminan Kualiti) Melaka, maka murid diminta membina ayat berdasarkan topi.
   Kebetulan aku berbaju kurung warna biru dan topi pun warna biru seakan-akan sedondon pula.  Topi biru ini kubeli semasa di SKSS khas untuk sukan.  Kebetulan semasa merentas desa , ku minta suamiku membawa balik topi itu dari rumah Sabak Bernam.
  Acara dimulakan dengan murid tahun 1
  Thn 1 : Ini topi saya.
  Thn 2 : Ini topi saya berwarna biru .
  Thn 3. Ini topi saya berwarna biru dan cantik.
  Thn 4. Ini topi saya berwarna biru dan cantik pemberian ibu.
  Thn 5: Ini topi saya berwarna biru dan cantik pemberian ibu saya pada tahun yang lalu.





Setiap murid yang berjaya akan diberi hadiah 3 batang pensel.  Pensel ini adalah pemberian daripada kakakku.  Terima kasih atas segala sumbanganyang diberi  tenaga kerja guru yang membantu dalam menjayakan program ini.   Syukurlah dah dapat melaksanakan apa yang telah dirancang.  Petang ini program taklimat bersama jemaah nazir pula diadakah pada pukul 1.20 petang hingga 3.00 petang.

No comments:

Post a Comment