1. Cat warna pic, berus, roller dan
takung cat RM60.00
2. Kain ponji/ kain papan kenyataan RM28.80
3. Tikar getah alas meja RM40.00
4, Kain langsir dan ropol RM65.00
5. Jam dinding RM29.90
6. Kos makan dan minum mengecat RM30.00
7. Carta 11 (RM5.90 X 11 ) RM61.49
8. carta peta M'sia, antonim, kenali Malaysia RM25.60
9. Tikar getah sudut bacaan, bendera Malaysia 2 glg RM16.00
10. Laminate 3 kotak, bendera negeri 2 gulung RM85.30
11. akuarium, pokok hiasan, batu hiasan RM48.50
11. akuarium, pokok hiasan, batu hiasan RM48.50
12. deco room 5 RM15.00
13. Double sided tape dan gambar pemandangan RM16.00
14. Kertas warna , kertas sugar paper RM20.90
d Kain skirting untuk meja adalah kain yang ku beli tahun 2010 semasa di SKDN dan langsir semuanya ku jahit sendiri, kalau ditempah alamat bertambah lagi kos perbelanjaan menghias dan menceriakan kelas 6 bestari. Anggaran ini belum lagi termasuk kertas-kertas yang digunakan untuk mencetak dan dakwat mesin pencetak yang ku gunakan di rumah.
Begitulah kalau kita sebagai guru kelas terpaksa berkorban masa, tenaga, wang serta perkhidmatan-perkhidmatan lain yang tak ternilai harganya. Bukanlah nak menunjuk atau klerja tidak ikhlas sekurang-kurangnya, pihak pentadbir atau masyarakat tahu bukanlah mudah untuk mengajar dan mendidik murid tanpa alat bantu sedangkan pihak sekolah kekurangan dana untuk menyediakan semua BBM .
akuarium ikan
piala pusingan keceriaan kelas tahap 2
Makanan ikan dan semua ikan di dalam akuarium adalah sumbangan murid-murid lelaki seperti Khairunnajmi dan Wan Zulkiflee . Semoga kalian rajin menjaga dan memberi ikan-ikan itu makan.Jagalah kebersihan kelas agar kelas sentiasa ceria dan bersih bagi mewujudkan kelas yang kondusif dan selesa belajar. Semua guru berharap kalian akan berjaya dalam peperiksaan UPSR dan seterusnya menjadi anak yang berguna kepada ibu bapa, negara dan bangsa.
No comments:
Post a Comment