Pertandingan syair , sajak dan syarahan akan diadakan dalam majlis penutup bulan Bahasa Melayu pada hari Selasa 18/03/2014 . Majlis itu akan berlangsung pada waktu petang semasa waktu kokurikulum jam 4.00-6.00 petang.
Bulan Bahasa Melayu telah dirancang lebih awal. kami bermesyuarat pada awal Mac.
Oleh kerana telah ditetapkan seramai 7 peserta bagi setiap kategori iaitu syair, sajak dan syarahan , maka kami telah mengadakan saringan untuk memilih 7 peserta yang terbaik di kalangan peserta yang terdiri daripada murid-murid tahun 4, 5 dan 6.
En Zainal b Hj Sahat mengetuai pertandingan Sajak, Pn Jamilahton Khalija'ah mengetuai saringan pertandingan syarahan dan penulis sendiri mengetuai pertandingan syair. Tempoh masa yang diberi ialah pada pukul 9.15-10.20 pagi, selesai saringan tersebut. Kebanyakan peserta tidak menghafal skrip syair mereka malahan tajuk syair yang dipilih kebanyakannya sama dan dari sumber yang sama. Untuk menjimatkan masa, penulis telah menetapkan masa bagi setiap peserta.
Faktor yang menyebabkan jadi begini mungkin kesibukan masa kerana muris-murid SKMT terlalu sedikit dan ramai yang terlibat dengan acara olahraga peringkat kawasan Masjid Tanah, permainan bola baling, bola jaring, bola sepak, dan choral speaking.
Syukurlah sekurang-kurangnya mereka sanggup meluangkan masa untuk mencuba bakat mereka....bersambung pada 18/3/.2014
No comments:
Post a Comment