Setibanya di sana, kami menyewa kereta Wira yang telah ditempah dari Pulau Lumut. Kami mengambil kereta tanpa bertemu mata dengan pemilik kerana hanya dengan berhubung melalui telefon dan kereta yang ditinggalkan bersama kuncinya. Begitu mudah sekali perkhidmatan yang diberikan.
Kami mengambil kereta dan berpusing-pusing mencari stesen minyak. Jalan yang kami lalui jalan mati, jadi kami menuju semula ke bandar dan menjumpai Buraqoil setesen minyak .Hanya ada dua stesen minyak Buraqoil di Pulau Pangkor setelah kami mengelilingi pulau itu.
Kami berada 3 jam 15 di pulau itu, kami singgah makan di Restoran Hassan .Kemudian ke Kota Belanda. Di Kota Belanda ramai juga pengunjungnya. Ada kedai cenderamata Aishah. Di hadapan Kota Belanda ada kiosk jual goreng pisang, air, kiosk cenderamata dan sebagainya.
Setelah mengelilingi Pulau Pangkor ,kami singgah di Teluk Nipah, hanya sebentar membeli tshirt dan rantai kunci. Di tepi pantai ini ramai pengunjung termasuk pelancong dari luar negara. Kemudian kami singgah sembahyang di Masjid Pinang Kecil. Tidak ramai penduduk yang beragama Islam tinggal di sini. Syukurlah kami dapat menunaikan sembahyang fardhu Zuhur dan Asar - jamak dan qasar.
Kemudian kami meninggalkan kereta sewa ditempat yang dijanjikan . Kami terus berjalan sambil melihat kedai-kedai baju, barangan atau pelbagai jenis produk ikan di pekan Pangkor. Hanya satu kedai Melayu - Pak Su pembuat ikan kering yang kami jumpa. Dengan tiket yang sama, `kami menaiki feri semula menuju ke Pulau Lumut pada jam 5.45 petang dan sampai pukul pada pukul 6.20 petang .
Di Pulau Lumut , kami singgah membeli ikan bilis mata biru., ikan pekasam dan ikan kering Harga ikan bilis bermata biru yang kami beli RM58 sekilo , agak mahal juga kemudian kami menuju ke gerai-gerai Melayu. Di gerai Jamilah , kami membeli makanan ringan buatan Jamilah seperti keropok-keropok perasa ketam, ikan ,sotong dan keropok kering.
Pada pukul 7.20 kami meninggalkan Pulau Lumut dan singgah di Masjid Batu 10, Lekir untuk menunaikan fardhu maghrib dan jamak dan qasar Fardhu Isyak. Kami selamat sampai ke SBPI, pukul 10.00 malam.
kampung nelayan di tepi pantai Sungai Batang Kecil hentian pertama
Ikan buntal yang telah dikeringkan dan dijual sebagai hiasan . Harga ikut saiz RM50.RM60 dan RM80
- Pemandangan ke arah laut di Kota Belanda-mengikut sejarahBelanda simpan bijih timah di kota ini
Kraf tangan dan cenderamata banyak dijual di Kedai Aishah .
Pemandangan di Kota Belanda
Penulis naik ke menara tingkat dua untuk melihat keindahan pantai. Sayangnya menara ini dipenuhi dengan sampah dan bau yang kurang menyenangkan. Di dindingnya pula kelihatan tangan-tangan nakal menconteng berbagai nama dan perkataan. Nasib baik tak ada perkataan mencarut atau memaki-hamun.
Kereta Wira yang disewa. Kereta ini kereta manual. Isi minyak di Buraqoil RM20, masih banyak lagi setelah membuat satu pusingan Pulau Pangkor. Kami tidak berjumpa dengan pemilik kereta ini, hanya melalui telefon sahaja.
Pemandangan di jeti Pulau Lumut
Si bongsu sibuk memilih baju tshirt di Teluk Nipah
Beberapa buah menara dua tingkat dibina untuk melihat panorama di Pulau Pangkor . Tangga naik ke tingkat atas kecil dan berbentuk 'S' sukar juga untuk turun ke bawah kerana anak tangganya kecil dan berbentuk V sahaja.
Gerai-gerai di Teluk Nipah. Ramai peniaga di sini dan merupakan tempat pelancongan mandi manda dan menyewa bot.

Pemandangan di jeti Pulau Pangkor

No comments:
Post a Comment