Sudah hampir tiga bulan , masih belum lagi mengenal huruf abjad. Mereka menghafal huruf tersebut tetapi tidak dapat mengencam satu persatu, kalau dapat pun mungkin 8 daripada 26 huruf tersebut. Hari ini dah masuk hari keempat aku menjalankan program Linus. Baru 2 orang melepasi konstruk 1-12, ini baru membaca belum lagi kemahiran menulis.
Tugas tahun ini semakin bertambah kerana sekolah baru, murid baru dan subjek baru. Baharu mengajar murid Tahun 1 dan Kemahiran Hidup Tahun 6. Terasa terbeban pula kerana terpaksa belajar sambil mengajar. Apa-apapun aku mesti bertanggungjawab atas amanah yang telah diberikan. Semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk menghadapi semua masalah ini.
Harapan kepada semua muridku Tahun 1 membacalah di rumah dan amalkan membaca untuk mendapat ilmu dan menjadi generasi yang berilmu.
Terima kasih kepada jurufoto si comel Saidatul Farhana kerana sudi merakamkan gambar ini dengan telefon bimbit cikgu.....secebis kebaikan akan dibalas oleh Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment