Maklumlah banyak ikan sawah atau ikan air tawar. Suasana di kampung berbeza dengan suasana di bandar. Memang aku pun lebih suka hidup di kampung.
Murid-murid yang ku ajar ialah murid-murid tahun 4. Dapatlah aku rileks sedikit, berbeza daripada tahun-tahun dahulu dan di SKDN (Sekolah Dato' Naning) kecuali di Sabah aku mengajar tahun 6 kedua-dua kelas 6 Arif dan 6 Adil pada tahun 2011.
Kini semua tinggal kenangan di SKSS. Tahun 2014 , aku berhijrah ke Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah, di negeri kelahiranku. Adapun banyak kenangan yang tercatat dalam sejarah perkhidmatanku sebagai guru di sini. Kebanyakan guru-gurunya rajin dan kewangan sekolah amat baik. Guru-gurunya amat sibuk dengan tugas dan menjalankan amanah yang diberikan. Minggu-minggu persekolahan sibuk dengan aktiviti perkhemahan pengakap, perkhemahan tahun 6, sukan, meentas desa, perkampungan ilmu, teknik menjawab soalan, minggu antidadah, Minggu Bahasa Inggeris, Minggu Bahasa Melayu. Sains, lawatan dan lain-lain aktiviti yang tidak dapat ku senaraikan di sini. Kalau benar-benar murid itu menghayati dan mengikuti arahan guru, mesti mereka dapat pengalaman yang banyak dan menjadi murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi dan rohani nya.
Gambar-gambar di bawah ini dapat melakarkan kenangan itu.
bertugas dengan ustazah Halizah sukan 2012
jamuan tahun 6 - makan durian
Mesyuarat Agung 2012
No comments:
Post a Comment