Pada 18/03/2014 merupakan kemuncak bulan Bahasa Malaysia di sekolah penulis. Pertandingan sajak, syair dan syarahan disediakan piala untuk pemenang tempat ketiga, naib johan dan johan. Pertandingan ini diadakan di dewan sekolah SKMT pada jam 4.00 petang hingga 5.30 petang.
Semua peserta telah sedia. Ada juga yang menarik diri kerana tidak menghafal skrip. Ada pula yang menghafal skrip tetapi tidak jelas suara dan nadanya. Sepatutnya seramai 21 orang peserta tetapi 5 orang telah menarik diri maka jumlah peserta hanyalah 16 orang.
Majlis berjalan dengan lancar. Barisan panitia Bahasa Melayu dibantu dengan 4 orang guru pelatih. Penilaian pemarkahan dibahagikan kepada 3 segmen iaitu gaya persembahan, penghayatan dan suara atau nada yang berjumlah 100%.
Syukurlah tamat episod Bulan Bahasa Melayu di SKMT...setelah diadakan aktiviti nyanyian beramai-ramai, kata majmuk, ejaan, simpulan bahasa , ayat dan perluasan predikatnya.
penonton terdiri daripada murid tahun 3, 4, 5 dan 6
barisan peserta sajak, syair dan syarahan
backdrop program Bulan Bahasa Melayu
piala kemenangan bagi johan, naib johan dan tempat ketiga
peserta syair
barisan hakim
peserta pendeklamasi sajak
peserta johan mendeklamasikan sajak
barisan pemenang dan piala kemenangan mereka
bergambar dengan guru-guru pelatih, terima kasih kerana banyak membantu
Terma kasih kepada semua sumbangan dan sokongan guru-guru , segala kerjasama dan pengorbanan bagi menjayakan Bulan Bahasa Malaysia......jasa baik akan dikenang sepanjang zaman
No comments:
Post a Comment