Pada hari Jumaat, 14/03/14,tajuk Minggu Bahasa pada hari ini ialah simpulan bahasa. Kami perdengarkan lagu 'Ayam" oleh penyanyi Jalil Hamid. Sebenarnya lagu ini banyak mengandungi simpulan bahasa dan peribahasa. Oleh kerana kami tumpukan simpulan bahasa, maka kami meminta murid menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 simpulan bahasa.
Kami perdengarkan lagu tersebut dengan menggunakan laptop, speaker dan pembesar suara . Guru BM yang terlibat ialah CikFatimah, Cik Rabiatul Adawiyah, En Zainal dan penulis sendiri. Pada mulanya, penulis menerangkan penggunaan simpulan bahasa dan maksud tersirat simpulan bahasa dengan memberi beberapa contoh simpulan bahasa yang pernah dipelajari.
Setelah memperdengarkan lagu 'ayam' , murid diminta menyenaraikan 5 simpulan bahasa yang terdapat dalam lagu tersebut di dalam buku catatan. Jika ada murid yang berjaya mencatat melebihi 5 simpulan bahasa akan dikira sebagai pemenang. Pemenang akan diberikan hadiah sekotak pensel. yang mengandungi pensel, pembaris dan pemadam , Hadiah ini ditaja oleh Cik Rabiatul Adawiyah. Akhirnya kami dapat berjaya mencungkil pengetahuan murid tentang simpulan bahasa. Mereka berebut-rebut hendak membuktikan jawapan mereka betul tetapi oleh kerana kami telah hadkan 4 pemenang ,maka sesiapa yang memberikan jawapan yang tepat dan cepat tampil ke hadapan akan diambil kira.
Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pn Hjh Zainun bt Suboh , GPK 1 SKMT. Syukurlah selesai satu lagi episod dalam Bulan Bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment