Wednesday, August 29, 2012

Majlis Persaraan Guru Besar SKSS 2012

Tanggal 29 Ogos 2012, merupakan majlis kedua meraikan persaraan En. Mohd. Adnan bin Othman ,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh kali kedua.  Majlis kali ini lebih meriah daripada majlis yang pertama.
  Antara jemputan yang meraikan ialah wakil  Pegawai JPN Selangor dari Sektor sekolah rendah En Zakaria bin Hamzah , Timbalan PPD Kuala Selangor En Shashim bin Haron, YDP PIBG En. Mohd Khir , AJK PIBG, guru besar-guru besar, guru-guru Penolong Kanan, mantan guru besar, guru-guru dan murid-murid SKSS Tahun 4, 5 dan 6.
  Didahului dengan ucapan, majlis potong kek, penyampaian cenderahati ,jamuan makan , pemeriksaan kawat kaki dan lambaian kasih.  Begitu meriah majlis kali ini  berserta pemasangan khemah untuk acara seterusnya majlis JamuanHari Raya bersama keluarga SKSS.
  Dalam ucapan beliau menegaskan bahawa disiplin adalah penting sebagai kayu pengukur kejayaan sesuatu rancangan atau impian.  Untuk merealisasikan impian visi dan misi pendidikan bukanlah mudah kerana setiap murid  mempunyai bakat, potensi, sahsiah, emosi dan latarbelakang keluarga yang berbeza.  Justru beliau menegaskan bahawa tugas pendidikan bukan hanya di sekolah tetapi berterusan sama ada di sekolah atau di luar sekolah, murid kita tetap tanggungjawab kita.
                                    En Mohd Adnan dan isterinya
                                          hadirin dan hadirat


                                  ucapan En Zakaria : wakil JPNS
                                    ucapan insan yang diraikan
                                        acara potong kek

                                  penyampaian cenderahati/ cenderamata


                                 lambaian kasih - mengenang jasa guru besar


  Dengan linangan air mata beliau berat hati dan terkilan kerana tidak dapat meningkatkan prestasi UPSR walaupun pada tahun lepas , keputusan UPSR meningkat dan berjaya mendapat lonjakan saujana.  Bagi beliau ada hasrat yang ingin direalisasikan namun apakah daya kerana tiba masanya beliau meninggalkan sekolah.  Harapan beliau agar yang pergi akan mendapat pengganti seterusnya dapat meningkatkan dan mengharumkan prestasi akademik dan bukan akademik khususnya kokurikulum seperti kejayaan dalam pertandingan bola sepak, kawat kaki dan bola baling.

Wednesday, August 8, 2012

Ramadhan 1433

  Bersyukurlah kerana dipanjangkan umur dapat melihat sinar Ramadhan dan semoga dapat melaksanakan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa.  Tahun ini puasa pertama pada 21 Julai 2012.
  Buat kali pertama, sembahyang terawih di Masjid Kampung Sungai Apung, Sabak Bernam.  Berbeza dari  2 tahun yang lepas, aku berterawih di masjid Felda Wilayah , Sabah di mana dapatlah berkenalan dengan kakitangan felda, guru-guru dan pekerja felda.  Masjidnya pula besar dan sesuai dengan kemudahan serta imam -imam yang berkelulusan dari luar negeri.  Keselesaan yang sempurna dilengkapi dengan penghawa dingin tetapi sayangnya kebisingan kanak-kanak yang kurang mengerti tentang ibadah ini mengganggu ketenangan dan keharmonian .
  Masjid di Kampung Sungai Apung besar juga tetapi maklumlah keadaan kampung.  Tempat sembahyang muslimahnya amat kecil.  Walaupun ada kemudahan kipas angin namun keadaan amat panas .  Aku pula merasa amat dahaga setiap kali selepas sembahyang kerana kami sembahyang terawih sebanyak 23 rakaat termasuk sembahyang witir.  Timbul pula keresahan di hati apabila penduduk kampungnya amat sedikit berbanding dengan besarnya masjid tersebut.  Apakah anak-anak muda akan kembali sembahyang ketika Hari  Raya sama seperti Masjid Kampung Lendu di kampungku sendiri.  Masjid hanya meriah ketika Hari Raya kerana anak-anak muda pulang dari perantauan.
  Berbeza pula dengan sembahyang terawih di surau SBPI, Sabak Bernam.  Suraunya dipenuhi dengan pelajar-pelajar dan guru-guru SBPI terutama warden asrama.  Keadaan yang selesa tidaklah panas.  Meriahnya hanya waktu persekolah Isnin hingga Jumaat  manakala Sabtu dan Ahad mereka dibenarkan pulang ke kampung.
  Sempena cuti Nuzul Quran, kami sempat balik dan berterawih di Masjid Kampung Lendu.  Wah, ada perubahan rupanya. Imam muda yang bersuara lunak dan syahdu membuatkan aku begitu terharu.  Dia dari sekolah tahfiz berbeza dengan pendidikan imam kampung.  Baguslah ada perubahan.
   Beginilah kehidupan yang kulalui , entah berapa lama harus ku tempuhi begini? Semoga Allah mengizinkan aku kembali ke tanah kelahiranku sendiri dan rumah kediaman yang tersergam di Melaka.