Tuesday, January 8, 2013

PAPAN KENYATAAN RMT

Buat kali pertama , aku dilantik sebagai setiausaha RMT pada tahun 2013.  Beralih angin ke SK Sungai Sireh aku umpama kiambang di air, akar tak jejak .
  Hari ini 9/1/2013 mula membuat papan kenyataan daripada kain dan berpelekat macam pelekat di kasut .  Aku mula memikirkannya kerana sukar bagiku memadamkan papan putih ' whiteboard' yang memerlukan pen marker dan pemadam.  Adalah lebih mudah menyediakan senarai nama guru bertugas dan tukar apabila perlu.  Semua senarai nama guru, menu yang perlu ditukar.
   Hari ini juga permulaanku membuat minit mesyuarat RMT kerana aku dilantik sebagai setiausaha.  Rumit juga tugas membuat papan kenyataan yang agak canggih sedikit ni...apa-apa pun sebenarnya tugas ini rumit pada awalnya tetapi mudah dilaksanakan tambahan pula menjimatkan masa untuk menulisnya.
  Bahan-bahan yang diperlukan kain Felt 33" , loop +hook, kertas warna dan gam Uhu, pisau pemotong, gunting dan papan pemotong 'cutting mat'.
 Masa yang dianggarkan siap selama 4 jam menaip, mencetak dan  menggunting .  Kerja ini masih lagi dalam proses menyiapkannya....bersambung.

Akhirnya , siap setelah dibantu oleh AJK RMT, 'dilaminatekan' dan dipasang 'Velco"  pelekat seperti di kasut.  Oleh kerana papan ini berlainan sedikit maka ditanya oleh nazir Tn Ismail ,"Siapa buat papan kenyataan ini?".  Sekurang-kurangnya papan ini berjaya menarik minat nazir untuk mengetahuinya.  

1 comment:

  1. papan kenyataan ini mendapat perhatian daripada kumpulan Nasir yang memantau pada 23/01/2013 .

    ReplyDelete