Thursday, February 6, 2014

Keceriaan kelas, terbengkalai juga kerjaku!

Dalam hati nak hias kelas lagi, dah pasang langsir hari Isnin minggu lepas, nak tambah lagi.  Maklumlah kelas baru tahun 6 Bestari di SKMT  Masjid Tanah, Melaka.  Barang-barang lama dah ditinggalkan sedikit di SKSS .  Jadi tahun ini nak mulakan yang baharu dan semangat baharu.....tetapi banyak pula halangannya.
  Meja murid dah dibubuh  alas meja, muridku rajin membantu tetapi maklumlah kerja murid tak selaras dibuatnya.  Apa-apa pun aku terima hasil kerja mereka.  Aku nak tambah skirting pula, baru jahit lapan meja, jarum mesin jahit tepi dah patah.  Hari ini , selepas balik  dari sekolah pergi ke kedai, cari jarum tersebut yang bersaiz 11, tak teliti ingatkan ok , tetapi  tak ngam pula! Dalam hati hendak selesaikan kerja , malangnya  malam semalam , mesin jahit buat hal pula.  Akhirnya siap juga lapan meja. Susahnya nak cari saiz jarum jahit tepi ni, nak cari agen singer jugalah...
  Kain jersey ini kubeli pada tahun 2010 semasa mengajar di SKDN, lama dah simpan, dulu buat langsir kini jadi skirting pula. Ukuran sebuah meja murid ialah  70 cm x 50 cm.  Syukurlah cukup kain untuk membuat skirting yang lebarnya 15 cm.
   Syukurlah sempat pasang lapan meja sahaja.  Malam ni jahit skirting meja guru pula.  Semoga kerjaku akan selesai,  Selepas ini nak tumpu  pdp murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR dan murid Tahun 1 yang nak baru nak menguasai  kemahiran membaca  dan menulis.  Semoga Allah meringankan beban tugasku ...aamiin


 p dp

7 comments:

  1. Hari ini 12/2/2014 GPK 1 puji sedikit, dah cantik kelas....hehehe beliau tak tahu berapa kos pernbelanjaannya....Ada beberapa orang guru puji cantik..padaku yang penting nak keadaan pembelajaran yang kondusif dan nak menarik minat murid-muridku yang 14 orang , agar ada insiatif membaca dan berminat terhadap pembelajaran

    ReplyDelete
  2. Sy nak tnya kalu satu meja.. brapa meter utk skirting meja murid

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaflah Siti Faizah, sy memang beli kain 6 meter, buat alas meja dan skirting meja...lupa dah, tapi kalau pergi ke kedai kain, kita tahu ukuran meja, tentu mereka boleh kirakan. Saya agak-agak saja labuhnya , tak labuh sangat.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Saya baru buat skirting meja yang berukuran 50cm x 70 cm x 50cm dengan ukuran 2.5 m dan labuhnya 56 cm....tidaklah labuh sangat hingga menutupi meja murid.

    ReplyDelete
  4. Salam sis... berapa satu meja.? Yg simple je..boleh pm 0129447444

    ReplyDelete
    Replies
    1. tikar getah dengan kainkah?...saya tak ambil tempahan....buat sendiri sahaja...kalau nak ukuran nanti saya tanyakan di kedai yang biasa saya beli.

      Delete