Sunday, July 6, 2014

Pengalaman Pemantauan Nazir GC 2014

Aku mendapat panggilan telefon pada masa sibuk persiapan hari sukan sekolah.  Ketika itu, aku di padang.  Panggilan telefon hendakku jawab,namun terputus. Kemudian aku biarkan ia berlalu.  Dalam hatiku mungkin berkenaan dengan permohonanku untuk Guru Cemerlang DG 48.

  Kemudian aku mendapat sms pada hari Isnin, 30 Julai 2014.  Aku belum membuat ringkasan mengajar dan fail-fail yang telah kususun semenjak tahun 2011 serta dokumen-dokumen berkenaan pdp dan sebagainya belum kulabel.Walaupun aku dah siapkan ,namun aku masih lagi bertangguh melabel fail-fail tersebut.

   Sikap suka bertangguh menyebabkan banyak kerja yang terbengkalai. Kan dah terperangkap apabila nazir datang nak memantau.  Aku hanya diberi masa tak sampai sehari . Dalam sms itu dikatakan aku akan dipantau mulai hari Selasa dan di sepanjang minggu itu.  Aku dah gelabah ,mana tidaknya melabel fail dari pukul 2.00 petang hingga ke malam.  Malam itu aku tidak boleh tidur, kusiapkan persediaan mengajar,
  Pada pagi Selasa, aku ke sekolah lebih awal, mencari data-data dan perancangan  sekolah tentang UPSR dan target .  Pada hari Selasa itu pula,  ada kelas tambahan hingga pukul 3.30 petang.  Aku pula sibuk mengumpul buku untuk disemak,  buku-buku murid  Tahun 1 dan Tahun 6.  Aku juga menggantungkan label "SUDUT BACAAN - JOM  BACA di kelasku  6 BESTARI dan melengkapkan maklumat di Sudut LINUS.

  Kehadiran kedua-dua orang Nazir tersebut pada hari Rabu, 2 Julai 2014 pada pukul 8.30 pagi  Aku diberitahu melalui telefon dan secara  lisan oleh  kedua-dua orang guru SKMT.  Aku kemudian dipanggil ke pejabat.  Setelah berjumpa dengan guru besar dan nazir tersebut, aku diminta menunjukkan bahan-bahan bukti semasa memohon jawatan tersebut.  Borang permohonan dan profil guru cemerlang yang kulengkapi itu ada di tangan mereka. Mereka memberitahu penilaian hanya 30% sahaja
.
  Sebenar banyak bukti, namun aku yang agak kekalutan banyak yang terlupa.  Guru besar hanya memberitahu nazir bahawa aku baru berpindah ke sekolah ini genap 6 bulan aku berkhidmat. Kemudian , mereka meminta aku membuat fotokopi/salinan keputusan ujian kedua-dua kelas Tahun 1 dan 6.  Aku dipantau selama 1 jam 30 minit untuk tahun 1 Arif.  Aku sebenarnya dah tawakal sahaja kerana murid tahun 1 ku ini lain sedikit. Mereka sukar dikawal , tidak takut guru atau sesiapa sahaja , suka main dan keluar kelas ke tandas kerana ingin membuang air kecil.

  Kemudian aku diminta memberikan   borang profil biodataku  kepada guru besar untuk dilengkapkan dan mengkehendaki borang tersebut sebelum mereka pulang. Kemudian aku ke Makmal Komputer untuk sesi temu ramah atau sesi dialog.  Aku tawakal sahaja kerana soalan-soalan mesti berdasarkan pendidikan dan isu-isu semasa. Tetapi aku tak kisah, samalah seperti aku ditemuduga semasa memohon GC DG44 dahulu..  Sebenarnya ada soalan spot yang aku jangkakan akan keluar tetapi aku ini jenis tak boleh dipaksa dan agak tertekan pada masa itu, jadi jawapanku melalut sahaja. Biarlah itu sahaja yang aku mampu ku lakukan  kerana aku ingatkan aku gagal mendapat peluang ini.  Apabila berlaku seperti ini, aku agak terkilan juga. Namun satu kenangan abadi yang tidak dapat kulupakan apabila nazir yang menggungkapkan "simpan " kalau tak dapat jawab soalan dan mereka tidak akan menyatakan betul atau salah jawapan yang ku berikan.

  Aku lupa tentang apa yang ku buat  dan kusumbangkan di sekolah baruku.  Aku menceriakan kelas 6 Bestari, membuat sudut LINUS di Tahun 1 Arif,  mewujudkan Pondok LINUS dan berjaya dalam   pertandingan Sahibba peringkat negeri Melaka dan  mendapat kedudukan tempat ketiga bagi Negeri Melaka. Aku mengajar kelas tambahan petang , hari Sabtu dan Malam untuk meningkatkan prestasi UPSR.  Segala-galanya yang ku buat , kulupa untuk mempromosikan kerja atau khidmat yang telah aku lakukan.  Seperkara lagi lupa nak ku tunjukkan facebookku dengan jaringan lain seperti program pengantarabangsaan guru-guru Bahasa Melayu, dan blogku BAHTERA 11 serta jaringan lain atau web lain yang  disertai.
  Walaubagaimanapun semuanya telah berlalu.  Semoga Allah memberkati segala usahaku....Insha-Allah...aamiin.

  Pengajaran daripada peristiwa ini ialah janganlah kita menangguhkan kerja apabila tertekan maka segala kerja akan dibuat tergesa-gesa dan fikiran serta minda kita akan berserabut. Redha sahajalah..kalau ada rezeki takkan ke mana!

  Terima kasih kepada kedua-dua Nazir Dr Hamid b. Idris (Nazir Sekolah) dan En Hussin bin Abu Bakar (Nazir Kanan) JNJK (Johor), guru besar, En. Amirul, En Mohd Isha b. Bakar (GC BM Cemerlang) , guru-guru dan semua yang turut membantu, serta mantan guru besar SK Sahabat 4, SK Sungai Sireh atau semua warga sekolah yang terlibat.

  Modul Pdp yang kami , Guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Daerah Kuala Selangor  hasilkan setelah beberapa kali perjumpaan  mengikut topik dan kumpulan.


                           Sijil penghargaan atas budi yang kami taburkan serta sebagai tanda ingatan
Inilah sumbanganku semasa aku mengajar di SK Sungai Sireh di mana aku terlibat secara aktif di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor dengan menyertai pasukan sukarela Guru-Guru Bahasa Melayu Kuala Selangor mengajar dan memberi ceramah Bahasa Melayu kepada Guru-Guru Bahasa Melayu Thailand.  Syukurlah walaupun banyak halangan , aku dapat menabur bakti di negeri orang.

  NUKILAN RASA 5 Julai 2014.

71 comments:

  1. teringat semasa di SKDN semasa nazir datang memantau Ustaz Tarmizi menawarkan diri membantu aku memasang LCD di pusat Sumber sekolah pada tahun 2010 sementara Pn Asiah, guru besar turut membantu menerangkan kejayaan sekolah yang dipimpin olehku. Terima kasih jasamu akan dikenang. ...GC DG 44.

    ReplyDelete
  2. Guru-guru lain yang terlibat semasa permohonan GC BM 2010 semasa di SKDN ialah Pn Asiah bt Mad Sab yang banyak membantu dan menerangkan sumbanganku di sekolah, En Razak b. Ahmad ,guru disiplin . Ustaz Tarmizi dan semua warga di SKDN manakala En Zamani dan En Mansor adalah nazir JNJK yang memberi bimbingan agar aku membuka lama buku Facebook dan Blog. Atas Idea ini aku pun mewujudkan Blogku BAHTERA 11 sempena pelayaranku kisah hidup yang bermula 2011, di Sabah

    ReplyDelete
  3. tahniah cg..saya jg mengalami pengalaman yg sama...sibuk mengemas n melengkapkan fail sampaikan masa temuramah dgn nazir tak ingat nak bgtau sumbangan terhadap sekolah..tawakal je la

    ReplyDelete
  4. terima kasih, kita serupa. Memang banyak yang perlu dibuat dan dibereskan terutama pdp, buku-buku murid, sumbangan 3 tahun yang lepas dan kini. Semoga kita berjaya dan debaran kian membara sama ada berhasil atau tidak

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cikgu gc...bila keputusan gc 2014 akan keluar

    ReplyDelete
  6. Saya dicerap pada 23.6.2014...tengah berdebar menunggu keputusan..ada apa-apa perkembangan ke cikgu

    ReplyDelete
  7. Saya dicerap pada 23.6.2014...tengah berdebar menunggu keputusan..ada apa-apa perkembangan ke cikgu

    ReplyDelete
  8. saya ada call bhgn bpsm kpm...dia bg tau keputusan gc hujung bulan 3 ni..berdebar dan tak sabar nak tau

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Saya dicerap pada 2.7.2014, ada bayangan jawapan yang diberi selepas cerapan itu. Saya masih menunggu jawapan yang sahih. Semoga kita berjaya mendapat jawapan . Pada tahun 2010, sy dicerap pada 13 Fenruai untuk gc DG41, dan sy sendiri call JNJK di KPM, mereka beri sy jawapan yang sungguh menggembirakan. Dapat surat pada 11 NOvember, 2010 di Melaka kerana pada masa itu sy berkhidmat di Sabah.Kali ini sengan pula nak call tetapi menurut rakan-rakan surat akan dapat pada bulan April atai Mei.

    ReplyDelete
  11. nampaknya pihak nazir memberi bayangan yang positif pada cg..saya pula ada dua nazir yang datang seorang bagi yang positif sorang lg suruh mohon lagi jika tak berjaya..harap2 positif la..

    ReplyDelete
  12. sama-samalah kita berdoa , apa-apa pun tawakal sahaja, semuanya itu penentuan daripada-Nya

    ReplyDelete
  13. Keputusan DG52 dah dikeluarkan,DG 48 dan DG 44 belum tahu lagi, khabar angin bulan April atau Mei....bersabar, kalau dah rezeki tak ke mana...tetapi penantian itu suatu penyeksaan .

    ReplyDelete
  14. btl2x penantian satu penyiksaan..huhu

    ReplyDelete
  15. ada yang dah call BSM, memang tak berjawab....sabarlah semoga kesabarang membawa tuah....bersama-samalah kita berdoa agar usaha dan tawakal kita diberkati dan dimakbulkan doa kita...aamiin.

    ReplyDelete
  16. dah, boleh call 0388847934, Cik Badariyah, BPSM, kalau mahu tahu status guru cemerlang.....semoga berjaya. Dapat info GC sekolah rendah DG44 KUP 11 orang seluruh negara dari bicara GC majlis GC Malaysia.

    ReplyDelete
  17. keputusan dah keluar ke..mcm mana cg dapat ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya call tak diangkat atau sengaja diputuskan, tunggulah sehingga bulan April.Jadi saya tak tahu statusnya...sabarlah kalau habis bulan April ni ,nampaknya tak adalah.

      Delete
  18. Saya pun sedang menunggu...Permohonan baru bila pulak keluar iklan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ini dua kali tel BPSM, Cik Badariyah bertemu dgn peg, dijawab oleh orang lain, mrk meminta menunggu surat rasmi, katanya sulit....hehehe..Dalam hati kecewa juga kerana hampir setahun menunggu. Permohonan gc tak semua kategori akan diiklankan, kecuali ada kekosongan contohnya tahun 2013 , GC DG 48 tidak ada kekosongan. Lihatlah nanti, mungkin tawaran semakin sedikit kerana kebanyak SISC + dah mengisi kekosongan....melepas jugalah kita.

      Delete
  19. tq.cikgu..saya selalu mengikuti blog ini..Sebelum ini saya telah menelefon pihak.........katanya "Ohh cikgu tak sabar nak gaji besar yea???.Saya tersekat2 utk meneruskannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun 2010, sy terus kpd peg yang bertugas sbb dalam borang ada senarai nama peg, sy hubungi terus, syukurlah lembut bicara pegawai yg menjawabnya, sy bagi alasan sy tinggal di Sabah dan bersedia hendak memohon yg baru. Tetapi kali ini tel kerani , memang mereka tak berani nak jawab. Sy terus terang, sy kata kalau tak berjaya sy nak isi borang timebased, seanang cerita kalau laluan GC tak berjaya , kita ambil timebased sahaja.

      Delete
  20. saya dah call cik badariah semalam..slps lebih 10 kali call yg eggaged...dpt cakap dgn pn badariah....katanya keputusan dah ada tp tak boleh diberitahu sbb dia telah diberi amaran slps memaklumkan kpd cg yang call pada hari isnin...jadi dia kata tunggu je surat..kalau x dpt dlm bulan 4 ni..takde la tu..huhu...kena tunggu sbln lg nmpknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, redha dan terimalah keputusan dalam bulan April ni.....masih menunggu dan mengharap.

      Delete
  21. Replies
    1. sema-sama...sekadar berkongsi info dan pengalaman ....

      Delete
  22. Apa khabar cgu2..sudah ada yg terima surat gc..Bila keluar iklan gc 2015?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggulah April lum habis lagi, Sabarlah iklan akan disiarkan .

      Delete
  23. belum ada khabar, kalau keluar iklan gc tentu dihebahkan di televisyen dan di sekolah-sekolah.

    ReplyDelete
  24. Salam cikgu kalsom, setakat ni saya tak dengar lagi yang dah dapat surat keputusan gc dg48, cikgu dah dapat ke...

    ReplyDelete
  25. Salam cikgu kalsom, setakat ni saya tak dengar lagi yang dah dapat surat keputusan gc dg48, cikgu dah dapat ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu lepas sy ada call unit naik pangkat JPN Melaka, meeka pun tak dapat surat lagi dan sehingga sekarang tiada berita. Sabarlah sehingga habis April dan sehingga Mei , atau keluar siaran permohonan gc tahun 2015 bermakna berakhirlah pengharapan, dan sy mohon timebased DG 48 , Apa nak buat kalau tak ada rezeki, kalau ada syukurlah, sy berharap cikgu berjaya.

      Delete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. tk, kerana info....semoga kehadiran Mei menggembirakan hati kami yang sabar menunggu

    ReplyDelete
  29. memang surat tawaran masih di KPPM lagi.setelah ditandatangani akan diedarkan ke JPN masing-masing...peg dah berubah,...memang menguji keimanan ...

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. You are welcome Pn.Kalsom mmg rata rata semua menunggu dgn penuh keresahan...hahaha

    ReplyDelete
  32. tk, bukan mudah nak dapat tawaran gc....kerana diwar-war hanya 11 orang gc 48 untuk sek rendah yang barjaya, benar atau salah, berjaya atau tidak penantian akan berakhir, maka langkah atau alternatif lain perlu dicari....

    ReplyDelete
  33. 11 orang DG 48..Kalau cgu ada info..DG44 berapa orang yang berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaflah sy tak ada info....tak tahu kuota DG 44 di sekolah rendah dan menengah, kebetulan Nazir yang memantau beritahu d saya dan ada ahli di blog guru cemerlang Malaysia yang memberitahu.

      Delete
  34. Dengar khabar kita boleh ketahui keputusan selepas 1 Mei di JPN masing-masing, Sabarlah sedikit masa lagi ....semoga kesabaran kita berhasil...Insha-Allah.

    ReplyDelete
  35. salam cikgu.saya dah call bpsm dan bercakap dgn kerani.katanya keputusan gc 48 dah dihantar ke jpn masing2..Alhamdulillah saya berjaya gc 48

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya call JPN PERAK belum sampai lagi

      Delete
    2. tahniah, Noraini Zainal berjaya gc DG48, sy dah call JPN Melaka katanya surat lum sampai lagi, kalau sampai mereka akan call dan beritahu untuk ambil surat, doakan sy berjaya....aamiin..

      Delete
    3. amin..saya jg call jpn perak katanya x dpt surat lg ..tp bpsm dah ada keputusan..katanya minggu lps dah hantar ke jpn ...mungkin masih di bilik pengarah jpn...semoga terus cemerlang..

      Delete
  36. Assalamualaikum...saya selalu singgah di blog ni dan membaca perbualan cikgu2 ttg keputusan gc. Utk makluman surat keputusan telah pun dihantar ke sekolah masing2. Tahniah kepada yang berjaya semoga terus cemerlang.

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum...saya selalu singgah di blog ni dan membaca perbualan cikgu2 ttg keputusan gc. Utk makluman surat keputusan telah pun dihantar ke sekolah masing2. Tahniah kepada yang berjaya semoga terus cemerlang.

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. Maknanya tunggulah sehari dua ni...klu takde surat...maknanya isi borang lagilah....

    ReplyDelete
  40. Maknanya tunggulah sehari dua ni...klu takde surat...maknanya isi borang lagilah....

    ReplyDelete
  41. Kalau daerah Hilir Perak dah sampai suratnya ke sekolah.

    ReplyDelete
  42. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. Sy doakan semua berjaya. Walaupun semasa pencerapan , ada jawapan gembira, namun keputusan permohonan sy mendukacitakan, sy telefon BPSM , memang gc 48 sek rendah amat sedikit hanya 11 orang , Tak ada rezeki, tak apalah tahun ini boleh mohon gd 48 timebased. Tahniah kpd yang berjaya.

    ReplyDelete
  45. Salam ....Alhamdulillah saya baru dapat surat pagi tadi

    ReplyDelete
  46. Cikgu Kalsom...Sampaikan salam saya pada Cikgu Malek...pengetua saya dulu...terima kasi dan setinggi penghargaan untuk beliau kerana banyak memberi dorongan , banyak membantu saya dan beliau yang menyokong permohonan saya tempohari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah, Cikgu Mohd Anuar Sarbani. Insya-Allah akan disampaikan pesanan. Cikgu ni sekolah SBPI Sabak Bernamkah?... Syukurlah gembira mendapat tahu kejayaan cikgu. Mungkin rezeki sy di tempat lain dan ada perkara yang perlu sy pelajari di sini...dan sy percaya perancangan Allah itu maha.hebat, sy yg tak hebat,,,hehehe

      Delete
  47. Tahiniah kpd yg berjaya. Saya akan memohon DG 48 melalui time-based eXPPLD kerana sy belum guna lagi 6 thn walaupun hanya dikira 3 thn sahaja. Begitulh perjlnan karier sy yg terlepas DG 32 dan melompat terus DG41, di mana ada rakan-rakan yg naik DG 32 lebih gaji daripada sy yg terlebih dahulu . Apa-apa pun rezeki adalah pemberian Allah...sy redha dengan ketentuan-NYa.

    ReplyDelete
  48. Syukur, Alhamdulillah , sy telahpun berjaya dalam permohonan Time-Based Berasaskan kecemerlangan Ex-PPPLD DG 48, pada 24.08.2015, tarikh sama dengan kenaikan pangkat GC DG 44 pada 24/08/2010.

    ReplyDelete
  49. Tahniah puan..syukur walaupun terlepas dg32 tapi diganti dengan dg48.Allah maha pemurah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih BLOGTMK5 .....setiap usaha akan dibalas, dan perancangan Allah adalah lebih baik. Bersyukurlah kepada-Nya.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  50. Tahun 2015 dan 2016 tiada permohonan guru cemerlang....

    ReplyDelete
  51. 2016 pula keluar surat siaran menyatakan permohonan guru cemerlang dibekukan.

    ReplyDelete
  52. Salam puan... maaf bertnya ckik... thun ni sy ade memohon jawatan gc44 dan dipantau bulan 10 2016... bila agk2nya keptusan tu ye... kena kol ke atau tggu je... time kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, sy dah tak jd gc lagi. Oleh itu saya tak dapat nak menjawab persoalan saudara atau saudari. Minta maaflah , kalau nak tahu berita atau keputusan ini , rajin-rajin baca blog Guru Cemerlang Malaysia

      Delete
  53. Salam cikgu, cikgu apa khbar? smga cikgu dalam keafiaatn dan Rahmat Allah selalu. Saya fathi daripada syarikat telaga biru. Saya ingin bertanyakan soalan kepada cikgu. Boleh tak apa kiranya saya dapatkan email cikgu untuk pertanyaan lebih lanjut? Atau cikgu boleh email saya dengan memberi salam perkenalan di alamat email ahmadfathi@telagabiru.net.my

    ReplyDelete
  54. Walaikumussalam, saya sihat . terima kasih atas doa saudara, Boleh tetapi untuk tujuan apa? Emel saya kalsom5848@gmail.com

    ReplyDelete