Saturday, February 20, 2016

Jom Singgah Pulau Besar , Melaka

Pada 11 Februari 2016, kebetulan cuti Raya Cina, kakakku balik bersama suami dan anak keduanya. Aku mengambil peluang mengajaknya makan angin ke Pulau Besar ,  Kami pergi berenam, aku , suami dan anak bongsu beserta kakak sekeluarga.
   Kami bertolak dari rumah pukul 9.35 pagi . Sampai di jeti Anjung Batu pukul 10.35 pagi.  Kami terpaksa menunggu feri  pukul 12.00.  Harga tiket dewasa RM15.00 seorang. Ramai pengunjung yang baru balik dari Pulau Besar.  Nasib kami baik kerana bertanya terlebih dahulu, adakah gerai atau restoran yang menjual makanan.  Menurut penjaga kaunter, kedai makan tutup, yang ada jual makanan ringan sahaja. Jadi , kami membeli nasi, lauk dan air mineral di kedai berdekatan dengan
Simpang Pulai.

                                                                          dalam feri
                                             di hadapan jeti  Anjung Batu
 Kaunter tiket

menunggu feri pukul 12.00 tengah hari

     Tepat pukul 12.00 tengah hari kami naik feri yang muatan sekadar 50 orang.  Perjalanan memakan masa selama 20 minit.  Uniknya feri dan van yang siap menunggu di Pulau besar tidak berpintu.
    Kami berjalan kaki dari jeri hingga ke Muzium.  Harga tiket masuk RM5.00 bagi orang dewasa. Muzium itu kecil sahaja, di tingkat bawah dibuat lantai tidak bersimen, mungkin hendak mengekalkan keadaan semula jadi dan di tingkat atas pula berhawa dingin.  Kami menonton video sejarah Pulau Besar. Kemudian, kami berhenti makan tengah hari di tepi pantai dengan makanan yang dibeli tadi.


                                      Pemandangan di kawasan kampung pada masa dahulu

                            Sejarah kedatangan Portugis, Belanda, dan orang China ke Melaka


  Kemudian kami melihat makam Tok Janggut dan Makan Tok Putih. Kasihannya, di tepi kedua-dua makam ini terdapat pokok yang besar.  Maka , ramai pula yang memujanya dengan memasang colok. Bau colok yang busuk menusuk hidung kami.  Walaupun ada papan tanda larangan namun  tidak dindahkan, mungkin tidak ada penjaga di makam tersebut.
  Kami meneruskan perjalanan menuju ke makam Syarifah Roziah dan makam Sultan Al-Arifin serta makam tujuh beradik yang berdekatan dengan Masjid Pulau Besar. Kami singgah sembahyang di masjid ini, terdapat pula insan   yang berhati mulia menyediakan makanan kepada jemaah masjid.
   Kami meneruskan perjalanan lagi di sepanjang pantai terdapat ramai pengunjung terutama kaum India dan India Muslim,  Ada antara mereka  yang berkampug di situ. Ada yang sebagai peniaga. Terdapat tempat sewa khemah, motosikal dan chalet atau homestay. Ada beberapa buah perigi disediakan untuk mana-mana pengunjung yang hendak mandi selepas mandi di laut.

                                            terdapat beberapa buah perigi di kawasan tepi pantai


     Perjalanan kami teruskan sehingga ke makam tujuh beradik yang asal. Kemudian kami ke makan bonda dan menuju ke tempayan pecah.  Menurut abang iparku, ada antara pengunjung yang menyeluk ke dalam tempayan dan dapat sesuatu.  Tetapi kami dapati tempayan tersebut telah disimen . Airnya pula kotor dan berselut.  Takut pula hendak menyeluk, kerana mungkin ada sang ular .



                                            peta kedudukan setiap tempat bersejarah
                                         Tempayan pecah berdekatan dengan makam bonda


   Kami teruskan untuk menjejaki Gua Yunus.  Malangnya setelah jauh berjalan, kami tersesat.  Kami berjumpa sekumpulan belia belajar silat  di tepi laut.  Kemudian mereka menunjukkan jalan ke gua Yunus. Jalan denai yang kecil di dalam hutan itu agak gelap. Kami naik bukit dan meniti tebing batu yang licin , jalan yang terputus antara batu dengan batu ditampung  dengan kayu atau papan , agar tidak tergelincir,  untuk naik ke atas.  Sepertiga perjalanan telah kami lalui.
     Oleh kerana kepenatan, kami mengalah akhirnya.  Dalam perjalanan berpatah balik, kami berjumpa dengan penjaga gua Yunus.  Kami mendengar ceramah dan penerangan daripadanya.
Menurutnya, kalau pertama pergi ke Pulau Besar, perlukan pemandu pelancong, ada beberapa orang yang boleh menunjukkan jalan menuju ke sesuatu tempat, maklumlah di dalam kawasan hutan. Upah penunjuk jalan RM50.00.  Saya tidak tahu berapa jauh , penunjuk jalan sanggup berjalan kaki.
    Kalau hendakberjalan kaki seharian, rasa-rasanya teramat penat.  Kalau hendak melihat kesemua tempat bersejarah perlu sewa chalet, homestay atau khemah.  Memang ada disediakan sewa khemah dan motosikal.



                         Berehat sebentar, jauhnya berjalan kaki lebih kurang 6 km pergi dan balik

 Oleh kerana kesuntukan masa , kami berjalan semula menuju ke feri dan bersesak untuk menaiki feri pukul 5.30 petang.  Kami sampai di hadapan pintu masuk Pulau Besar dan bergambar di situ.



   Sementara menunggu pukul 5.00 petang, kami duduk berehat di wakaf.  Kemudian kami berebut untuk menaiki feri.  Syukur Alhamdulillah , kami dapat naik feri pukul 5.30 petang walau pun ramai pengunjung yang sedia menunggu di jeti Pulau Besar.



                                                          di hadapan jeti Pulau Besar
                                                         sewa   van RM2.00 di Pulau Besar
    Kami selamat sampai ke Jeti Anjung Batu pukul 5.55 petang. Kami bertolak balik ke rumah selepas sembahyang Asar dan makan di Restoran TOmyam....yang tak berapa sedap masakannya.  Alhamdulillah selamat sampai ke rumah. Cuti ini sungguh bermakna kerana dapat bersiar-siar di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan.

No comments:

Post a Comment