Tuesday, April 25, 2017

Keceriaan kelas ----meja guru

Disebabkan aku tidak berkenan dengan meja kantin yang diletakkan di kelasku, maka aku berhajat untuk membeli meja baharu. Sudah banyak kedai perabot yang ku singgah dan buat banding beza harga.  Beberapa kedai perabot menawarkan harga yang tinggi sesuai dengan kualiti barangnya.
  Aku sudah mengira bajet dalam anggaran RM200.  Tidak mahu beli yang mahal-mahal. Aku sudah membelanjakan wang yang banyak. Minta sumbangan daripada murid-murid tidaklah seberapa.
Setelah puas banding beza harga, maka ku pilih meja guru yang comel berukuran 2  1/2 ' x  4 ' dengan harga RM190.
   Oleh kerana satu barang sahaja, maka meja itu dihantar pada hari Selasa 4/4/2017.  Aku beli hari Sabtu 1/4/2017. Setelah menelefon, aku minta terus dihantar ke kelas 4 Arif, tingkat 3. Aku meminta mereka memasang meja itu di kelasku memandangkan kelasku di tingkat teratas bangunan sekolahku  tingkat 4. Dua orang pekerja datang untuk menghantar meja tersebut pada jam 3.00 petang. Aku terpaksa menunggu sehingga jam 3.30 petang, barulah aku boleh meninggalkan sekolah , dalam erti kata balik.
    Meja kantin yang besar itu, ku minta dikeluarkan.  Bmbang juga kalau-kalau murid naik di atas meja dan terjun ke bawah....ah, padah nanti!.Aku wassap sahaja meminta pentadbir menyuruh pekerja mengangkat meja tersebut sehingga sekarang meja itu masih lagi di luar kelasku.
                                                        meja yang belum dipasang skirting
 
                                       Dihias dengan alas meja dan skirting  serta bunga hiasan
Bunga hiasan yang diberi oleh seorang ibu . Diupah menggubahnya, RM28.50

keceriaan ....koleksi bunga di kelasku

Tema flora dan fauna bagi pertandingan keceriaan kelas pada tahun 2017 , menyebabkan aku penuhi kelasku dengan bunga-bungaan dan membela ikan.  Pertama, bunga telur.  Sebagai hiasan dan bahan bacaan. Kuminta muridku lekatkan simpulan bahasa atau peribahasa.





    Bunga hiasan meja dan bunga hiasan diletakkan di atas kabinet...

 Bunga-bunga ini adalah hasil koleksi daripada hadiah-hadiah yang suamiku dapat serta bunga-bunga kutipan di atas mejaku.
 Bunga kuning  ini adalah lebihan daripada hiasan hantaran anak keduaku. daripada disimpan sahaja baiklah kuupah untuk digubah .  Terima kasih atas kesudian Cikgu Siti Aida mengubahnya.

                                Bunga kecilku letakkan di atas mejaku di bilik guru.
                                        Bunga ini diletakkan di atas meja di bilik kelas 4 Arif.




       Selain itu , bunga raya yang mudah dilukis dengan tangan dan dilaminate ...penuh dengan nilai-nilai murni...

          Begitulah cerita tentang bunga. Satu lagi , beli pasu plastik yang berharga RM2.50 dan  ditanam bunga hidup, bunga yang sebenar.

Pokok-pokok lidah jin dan lidah buaya ini diletakkan sebagai hiasan di tepi tiang di luar kelas 4 Arif.


Monday, April 3, 2017

keceriaan kelas ....menggunakan kabinet yang ada

Sepertimana yang ku janjikan, tetap kukotakan. Kabinet yang di belakang kelasku, telah dipakukan kerana terdapat murid yang menyorok di dalamnya. Tidak ku ketahui sejak bila, yang pastinya, hadirku ke sekolah itu memang sudah dipakukan.
   Bagiku amatlah berguna jika kabinet itu digunakan untuk meletakkan barang atau meyimpan buku-buku atau fail yang berselerak.  Puas sudah ku beritahu, hampir dua bulan akhirnya pada 31/3/2017 kayu yang dilekatkan ditanggalkan dan pintu almari yang dah tertanggal atau terkopak ditanggalkan semuanya, itu pun dengan kehadiranku.
  Asalnya kehadiran pekerja swasta itu untuk membetulkan kerusi dan meja yang telah rosak. Mereka meminta aku mengasingkan meja dan kerusi yang rosak, mereka akan membaikinya pada hari Sabtu 1/4/2017.
  Beruntunglah mereka kopakkan, dapatlah muridku membantu aku mengemaskan barangan yang ada. Barangan  ABM atau kad gambar KBSR dan kotak KBSR masih ada lagi tetapi dah rosak dan BBM itu tidak lagi digunakan.  Maklumlah sekarang KSSR. Seingat ku zaman KBSR tahun 2004 dan KSSR bermula pada tahun 2010.
  Setelah semua barang lama dibuang, aku meminta muridku mengelap semua habuk dan mengeluarkan stepple yang lama. Hari ini 3/4/2017 aku kemaskan bahagian atas lapik kabinet itu, yang lama dibuang. Kemudian aku mengukur panjang kabinet itu 7m 7 cm. dan terdapat 12 bahagian atau ruangan.  Setiap ruangan itu ada dua tingkat , bermakna aku terpaksa membuat 24 keping alas meja atau pelapik.  Aku duduk di kelas itu dari pukul 11.35 hinggalah pukul 2.15 petang. Murid-muridku turut  membantu mencari playar, pisau dan steple untuk mencabut dawai kokot yang melekat di sepanjang kabinet itu.
     Syukur alhamdulillah selesai juga kerjaku ....kini semua ruang kabinet boleh digunakan.  tinggal satu sahaja meja guru yang tidak aku perkenan.  Meja guru sebenarnya tidak ada. Yang ada hanyalah meja bilik sains yang dipinjamkan di kelas menjadi meja guru.  Aku sebenarnya sedang menanti meja guru yang ku beli dengan harga RM190.  Tauke kedai itu janji nak hantar meja tersebut pada hari Isnin atau Selasa minggu ini.  Semoga pada esok , Selasa 4/4/2017 meja itu sampai.















Siap juga skirting kabinet ni...habis sekayu kain yang dibeli untuk skirting 31 meja, dan kabinet yang berukuran 7 m 7 cm yang mengandungi 12 ruangan dan 24 para . Labuh 75 cm dan panjang setiap satu ruangan 74 cm jadi ada 10.5 keping kain supaya mudah untuk mengambil barang.