Wednesday, March 29, 2017

Aktiviti cuti pertengahan penggal pertama 2017- SKSP

Kali kedua aku menjahit skirting meja murid. Pertama tahun 2014 dan kali kedua 2017.  Semakin ramai muridku di sekolah yang berlainan. Tahun 2014-2016 aku di SKMT dan 2017 di SKSP.
    Aku bercadang menjahit skirting meja murid bagi keceriaan kelasku.  Aku beli sekayu kain yang berharga RM130, bajet murah. Menurut juru jual , aku boleh mendapat 50 meja murid kerana 2.5meter  untuk satu meja yang berukuran 50cm x 70ccm x 50 cm.
   Aku mulakan dengan menggunting kemudian menjahit tepi. Aku memang mudah membuat kerja kerana mempunyai mesin jahit tepi dan dua mesin jahit singer yang kubeli pada tahun 1985 dan 2010.
   Oleh kerana cuti pertengahan penggal pertama ini selama seminggu, dapatlah aku menyiapkan skirting tersebut. Mula-mula siap 13 meja pada hari Selasa 21/3/2017.  Agak agak panik juga cuti yang berbaki sedikit dengan kesibukan memeriksa kertas Bahasa Melayu 6 bundle dan menjaga cucu ku pada setiap hari Ahad dan Sabtu.
   Tetapi syukurlah dengan keizinan Allah s.w.t rancanganku terlaksana. Semalam Jumaat pergi ke sekolah pula untuk latihan sayembaara puisi.  Memilih peserta untuk pertandingan tersebut. Aku dapat menjahit lagi sehingga 14 keping.  Tinggal 4 keping kain lagi untuk 4 buah meja.
   Pada hari Selasa , aku sibuk dengan teknik menjawab soalan untuk tahun 6 bagi murid -murid SKSP yang akan menghadapi ujian UPSR. Aku gunakan LCD, skrin dan latihan-latihan yang telah kusiapkan pada sebelah malamnya.
   Sesungguhnya cuti ini penuh dengan menyelesaikan urusan sekolah. Urusan rumah kubuat sedikit demi sedikit namun ada yang tertangguh.  Insha -Allah semoga Allah memberikan aku kekuatan di penghujung usia demi anak didik dan urusan ku kepada Allah....aamin.
 

 Teknik menjawab soalan bagi kertas pemahaman untuk murid-murid tahun 6 SKSP 2017 pada hari Selasa 21/7/2017 jam 8.00- 12.30 tengah hari.




Siap sudah 13 helai skirting untuk meja muridku.  Berbaki lagi 18 keping akan dipasang apabila selesai kujahit pada hari Sabtu akhir cuti persekolahan pada 25 /3/2017.


Murid-muridku membantu memasang skirting di setiap meja.




Saturday, March 11, 2017

keceriaan Kelas ...melekatkan papan kenyataan dan keceriaan kelas 4 ARIF Tahun 2017

Pada 19/2/2017 barulah siap melekatkan jadual waktu dan menceriakan kelas. Beginilah keadaan kelasku. tetapi aku masih tidak berpuas hati apabila aku mengadu kepada guru besar bahawa meja dan kerusi murid-muridku tidak kukuh. Banyak meja yang dah uzur serta kerusinya hampir nak patah.
  Kali kedua, aku mengadu lagi kepada guru besar baru ini dan GPK I. Tiada tindakan. Kemudian , GPK 1 meminta aku memilih meja yang telah disusun di bawah tangga   Nasib baik, aku meminta muridku melihat dulu di tingkat bawah, kalau tidak penat sahaja mereka mengangkat meja tersebut. Meja itu pun sama juga keuzurannya.  Pertama sekali meja berlubang, tempat letak buku dah tak ada.
  Beginilah keadaan kelasku, baru menang kali kedua keceriaan dan kebersihan kelas bagi tahun 2017.
                                    Pintu masuk atau  pintu hadapan, masih belum ditambah baik lagi.
   Dinding hadapan dan pintu, ku penuhi dengan jadual waktu, info, doa, carta hari lahir murid dan jadual bertugas. 

 Pada hari Sabtu 11/3/2017 baru siap membalut meja dengan tikar getah pengalas meja, aku dibantu oleh seorang anak muridku yang bernama Nuradzrif Irfan dan adiknya Farisha. Nurazdrif membantu memotong tikar getah yang kubeli segulung dengan harga RM130. Ada lebihan atau baki untuk menghias meja guru dan kabinet di belakang kelasku. hendakku jadikan parking lot atau melekatkan hasil kerja murid ( dalam rancangan) Semua kabinet di belakang itu sebenarnya telah dipakukan kerana terdapat murid yang menyorok di dalam kabinet tersebut.
      Semoga segala  usahaku berbaloi dan mendapat persetujuan guru besar, membazir ada kabinet tidak boleh menyusun semua peralatan terutama fail-fail , kamus dan peralatan yang lain.
       Aku bercadang hendak memasang skirting, tetapi belum dijahit lagi.  Kubeli sekayu kain juga memudahkan aku menjahit dan menggunakan kain itu untuk apa-apa tujuan nanti. Insha- Allah semoga Allah memberikan aku kekuatan semangat dan masa untuk menyiapkannya.

Ruang bawah papan hitam, ku gunakan untuk menampal info-info yang berguna, semoga semua murid kelasku dan sekolah ini mendapat manfaatnya. Mungkin nanti papan hitam akan digantikan dengan papan putih (white board)
      Peralatan atau bahan-bahan yang telah ku beli:-
   1.    Alas meja untuk tiga papan kenyataan di belakang kelas                9 x 3.50 =     RM  31.50
   2.   Jadual waktu, carta organisasi kelas, doa, carta hari lahir dan jadual bertugas      RM  60
   3.   Tikar getah sekayu                                                                                                  RM130
   4.   Kain sekayu                                                                                                            RM130
   5.   Double sided tape dan ubat stepler                                                                         RM    6.50
   6.   Pelekat kertas bunga                                                                                               RM   12.50

Carta-carta lain  dibeli pada tahun 2014 diguna semula.
   Memang saya suka menyimpan barang-barang kerana semua itu adalah duit kita sendiri.

keceriaan Kelas ...Membuat jadual waktu dan butiran penting Tahun 4 Arif 2017

Setelah membeli jadual waktu , aku sibuk membuatnya.  Nasib baik suamiku sudi membantu. membuat dan menaip nama murid. Yang lain-lainnya ku buat sendiri. Melaminate nama-nama murid dan menggunting serta melekatkan memang memakan masa.
   Boleh dikatakan memakan masa 4 jam. Buat pada malam hari, aku ni pula kalau buat kerja mesti sampai habis, kalau tak tak puas hati.  Tambahan pula , penat nak kemas-kemas barangan dan reja-reja kertas serta plastik laminate.
 !6/1/2017....sibuk-sibuk buat kerja ni...




inilah sahaja yang dapat dibuat pada waktu malam.
Ada sekeping carta doa waktu belajar dan 10  sticker mata pelajaran untuk dilekatkan di dalam kelas. berharga RM60.
 

Keceriaan 4 Arif SKSP Fasa 2

Menyambung tugas lagi, menceriakan bilik yang bercermin dan berpintu..setor yang menghadap kelasku.   Mula-mula fikrkan bagaimana nak tutup cermin tu dan gunakan pintu itu semaksimanya.
   Aku beli kertas pelekat yang berbunga untuk menutupnya. kemudian lekatkan jadual waktu , senarai nama murid, carta hari lahir murid dan carta Selamat datang ke kelas 4 Arif. Lama juga membuat jadual waktu yang bertampal ni, ongkosnya RM60, beli daripada kawan Ustawah Rohana bt Adam. ku juga meminta saiz dan ukuran yang sama dengannya cuma ubah nama serta butiran yang berkaitan dengan 4 Arif.  Jimat juga masaku.
  pada 14/1/ 17 ..melekatkan kertas yang ku beli senayak 5 helai setelah diukur di kedai dua RInggit , harga sekeping RM 2.50, beli 5 dan double sided tape.



 Terima kasih kepada Ainun Syamirah , anak bongsuku yang membantu menggantikan tikar getah alas meja  di papan kenyataan.

   Kertas yang ditampal untuk menutup cermin













datang pukul 9.30 pagi balik hingga pukul 1.30 tengah hari.  Nasib baik anakku sudi membantu. Ada juga meminta bantuan anak-anak tahun 4 Arif tetapi takut juga kerana mereka terpaksa melalui atau meredah jalan raya.  Untuk lebih selamat , buatlah sendiri.  Murid-murid perlu menjaga kebersihan dan keceriaan kelas sahaja.

keceriaan kelas 4 Arif 2017

Di sekolah baru, SK Sungai Petai, aku menjadi guru kelas semula. Dapatlah berehat daripada tahun 6, cuma bantu-bantu sedikit murid tahun 6.
  Kelasku tahun 4 Arif di atas puncak gunung , tingkat 4. Pada mulanya aku mengajar 32 waktu BM , Tahun 4 Arif, 4 Azam dan 3 Arif. Dengan 32 waktu seakan-akan aku rasa aku dibuli oleh bekas guru besar baharuku.  Entah mengapa , aku tak tahu.  Biarlah orang nak pencen, kemaruk kot.
  Setelah kehadiran guru besar baharu, jadual dirombak. ok jugalah, 26 waktu tak termasuk perhimpunan. Walau pun sibuk, seperti biasa, keceriaan kelas tetap menjadi agenda utama. Meskipun ongkos keceriaan kelas biaya sendiri, tetapku usahakan.
  Dapat kelas bekas makmal, memang sukar sedikit, di hadapannya bilik kecil bercermin dan berpintu manakala di belakangnya ada kabinet. Puas ku fikir-fikir bagaimana nak ceriakan. Mula-mula pasang langsir dulu dan susun meja serta kerusi.
  Pada permulaannya, 7/1/2017 aku sendiri naik -turun bawa barang -barang lama, langsir dan carta-carta tahun 2014 semasa bertugas di SKMT, Sekolah Kebangsaaan Masjid Tanah. Semuanya adalah wangku sendiri, sebab tu itu aku boleh angkut ke sekolah mana aku suka..... bermula dari jam 10.00 hingga 12.30 boleh pasang langsir sahaja dan susun meja serta buang habuk-habuk ......bersambung