Monday, April 3, 2017

keceriaan kelas ....menggunakan kabinet yang ada

Sepertimana yang ku janjikan, tetap kukotakan. Kabinet yang di belakang kelasku, telah dipakukan kerana terdapat murid yang menyorok di dalamnya. Tidak ku ketahui sejak bila, yang pastinya, hadirku ke sekolah itu memang sudah dipakukan.
   Bagiku amatlah berguna jika kabinet itu digunakan untuk meletakkan barang atau meyimpan buku-buku atau fail yang berselerak.  Puas sudah ku beritahu, hampir dua bulan akhirnya pada 31/3/2017 kayu yang dilekatkan ditanggalkan dan pintu almari yang dah tertanggal atau terkopak ditanggalkan semuanya, itu pun dengan kehadiranku.
  Asalnya kehadiran pekerja swasta itu untuk membetulkan kerusi dan meja yang telah rosak. Mereka meminta aku mengasingkan meja dan kerusi yang rosak, mereka akan membaikinya pada hari Sabtu 1/4/2017.
  Beruntunglah mereka kopakkan, dapatlah muridku membantu aku mengemaskan barangan yang ada. Barangan  ABM atau kad gambar KBSR dan kotak KBSR masih ada lagi tetapi dah rosak dan BBM itu tidak lagi digunakan.  Maklumlah sekarang KSSR. Seingat ku zaman KBSR tahun 2004 dan KSSR bermula pada tahun 2010.
  Setelah semua barang lama dibuang, aku meminta muridku mengelap semua habuk dan mengeluarkan stepple yang lama. Hari ini 3/4/2017 aku kemaskan bahagian atas lapik kabinet itu, yang lama dibuang. Kemudian aku mengukur panjang kabinet itu 7m 7 cm. dan terdapat 12 bahagian atau ruangan.  Setiap ruangan itu ada dua tingkat , bermakna aku terpaksa membuat 24 keping alas meja atau pelapik.  Aku duduk di kelas itu dari pukul 11.35 hinggalah pukul 2.15 petang. Murid-muridku turut  membantu mencari playar, pisau dan steple untuk mencabut dawai kokot yang melekat di sepanjang kabinet itu.
     Syukur alhamdulillah selesai juga kerjaku ....kini semua ruang kabinet boleh digunakan.  tinggal satu sahaja meja guru yang tidak aku perkenan.  Meja guru sebenarnya tidak ada. Yang ada hanyalah meja bilik sains yang dipinjamkan di kelas menjadi meja guru.  Aku sebenarnya sedang menanti meja guru yang ku beli dengan harga RM190.  Tauke kedai itu janji nak hantar meja tersebut pada hari Isnin atau Selasa minggu ini.  Semoga pada esok , Selasa 4/4/2017 meja itu sampai.















Siap juga skirting kabinet ni...habis sekayu kain yang dibeli untuk skirting 31 meja, dan kabinet yang berukuran 7 m 7 cm yang mengandungi 12 ruangan dan 24 para . Labuh 75 cm dan panjang setiap satu ruangan 74 cm jadi ada 10.5 keping kain supaya mudah untuk mengambil barang.


 


No comments:

Post a Comment