Walaupun tidak dikenakan bayaran tiket yang mahal hanya RM2.00 seorang, tetapi mengecewakan kami. Di pintu gua itu didirikan pangkin untuk berehat. Terdapat sebuah rumah pekerja yang menjaga dan mengambil sarang burung layang-layang. Mengikut mereka, sarang burung layang-layang putih amat tinggi nilainya. kebetulan semasa kami memasuki gua itu bukan masa mereka memungut musim sarang burung. Melalui papan kayu yang menjadi jalan menuju masuk ke dalam gua itu bukanlah sukar. Malangnya di sepanjang perjalanan berbau busuk, banyak lipas dan tahi kelawar. Pemegang di sepanjang jalan kayu itu dibaluti tahi kelawar maklumlah gua itu ada yang terbuka bermaksud berlubang. Air hujan atau embun akan masuk ke dalam gua dan ada cahaya yang menembusi gua itu. Di dalam gua yang gelap disinari lampu yang kurang terang, tangga buluh yang panjang dan tali terdapat di dalam gua ini untuk kemudahan pekerja memanjat mencari dan mengutip sarang burung layang di atas gua ini. Lihatlah panorama pencarian saya mengenai Goa Gomantung ini.
di hadapan pintu masuk kaunter tiket RM2.00
papan laluan masuk ke dalam gua
pangkin untuk berehat di hadapan pintu gua
Pemandangan di hadapan gua
banyaknya lipas dan tahi kelawar, sepatutnya ada penjaga yg membersihkan laluan ke dalam gua ini
Disarankan memakai kasut, lampu suluh dan baju hujan kerana terpaksa berjalan kaki lebih kurang 1 km dari kaunter tiket. Laluan berjalan kaki di atas papan ini akan licin ketika hujan. Dilarang memakai selipar , dibimbangi tergelincir dan jatuh terutama laluan di dalam gua yang licin itu.
ReplyDelete