Monday, January 28, 2013

membuat bakul - anyaman

Telah beberapa tahun aku mengajar Pendidikan Seni.  Semasa mengajar di SKDNlah paling banyak aku belajar kerana banyak bahan bantu yang diperoleh daripada wang PCG.
  Anyaman bakul ini ku peroleh daripada carta Pendidikan Seni Visual .  Aku simpan masternya sehingga kini.  Aku telah mengajarkan kepada murid-murid Tahun 6 dan murid-murid Tahun 4.
  Bahan-bahan yang diperlukan 2 kertas berlainan warna, gam, gunting atau cutter dan steppler.  Kalau hendak hasil yang cantik, mestilah gunakan sugar paper warna hitam dan " fluorescent paper' yang berwarna cerah dan menarik.  Bahan asas atau dasar bakul mestilah bulat dan ada jejari sebanyak 16.  Saiz bulatan bergaris pusat 6 1/2 cm dan panjang jejari 6 cm.  Hanya perlukan 6 jalur kertas warna untuk anyaman bakul dan tangkainya.



                         Masternya adalah sugar paper warna hitam.
                             Tegakkan jejarinya supaya mudah untuk mengayam



                      Dah siap pun bakulnya!  tahniah memang kamu berminat.

1 comment:

  1. pengajaran dan pembelajaran ini ku rakamkan ketika PSV di SK Sahabat 4 pada tahun 2011. Terima kasih murid-muridku kerana membuatnya dengan tekun dan teliti.

    ReplyDelete