Wednesday, March 14, 2012

semalam 2hari di PPUM- Pusat Perubatan Universiti Malaya

   Hari Isnin, 12 Mac, ibuku dimasukkan ke hospital PPUM untuk pembedahan mata sebelah kiri.  Kalau dulu bulan September, 2011 pembedahan mata sebelah kanan kerana ada ketarak pada kedua-dua matanya.
   Kami tak tahu beliau tak nampak.  Hanya dapat diketahui apabila  air yang dituangkan ke dalam cawan tumpah.  Walaubagaimanapun kami bersyukur pembedahan mata sebelah kanan membolehkannya nampak.  Kos pembelian kanta mata di hospital ini berharga RM800 dan kos ubat-ubatan 300, sementara kemudahan wad adalah biaya kerajaan kerana kita kaki tangan kerajaan.
   Nak jadi cerita bermula pukul 12 tengah malam, sekiranya kita hendak menjalani pembedahan , tidak boleh makan sehingga keesokan harinya.  Tetapi ibuku berlainan pula, dah tuang air teh ke dalam cawan dan baru hendak membuka plastik yang berisi roti ditegur oleh seorang pekerja.  Nasib baiklah, kalau tidak pembedahan mata akan tertangguh.
  Aku sempat bermalam di kerusi malas menunggu ibuku.  Pagi-pagi lagi , dia telah dibawa ke dewan bedah pukul 7.45 pagi, kemudian aku menunggu hingga pukul 12.35  tengah hari baru selesai dan dihantar ke wad semula.  Aku bimbang juga kenapa lama sangat sedangkan pembedahan itu memakan masa 1jam sahaja.  Menurut juru rawat, 13 Mac tu ramai yang membuat pembedahan mata.
   Semasa di hospital itu, aku sempat berkenalan dengan seseorang yang memanggil dirinya kakak.  Kasihan, dia menghidap diabetes, sebelah kaki kirinyanya telah dipotong manakala jari kelingking sebelah kanan dah 'gangren' .
Suaminya pula sentiasa di sisinya.  Beruntunglah si isteri jika si suami setia seperti itu.




  Semoga pembedhan ini membolehkan ibuku melihat dengan jelas.  Amin ya rabbal alamin...

No comments:

Post a Comment