Ahad 11 Mac 2012 - Aku sempat menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu sebelah ibuku. Anaknya lelaki, anak ketiga pula tu, kalau mengikut orang tua-tua melangkah bendul 2 orang abangnya.
Zaman sekarang kita tidak boleh jangka dan menunggu , terutama masing-masing pula mempunyai kehendak dan perasaan. Kepada ibu bapa sekiranya anak-anak ingin mendirikan rumah tangga , biarlah mereka pilih dan menentukan pilihan sendiri. Biar mereka tahu betapa beratnya menggalas tanggungjawab apabila berumahtangga.
Apa-apa pun, kami mengucapkan "Selamat Pengantin Baru , sabar, cekal dalam mengharungi liku-likuhidup berumahtangga dan semoga berkekalan". Dengan adanya majlis ini dapatlah kita berjumpa dan mengeratkan hubungan persaudaraan.
Sayangnya kesempatan ini sekejap sahaja kerana aku tinggal di Sabak Bernam dan majlis ini di Bukit Rambai , Melaka.
No comments:
Post a Comment