Sunday, September 7, 2014

telefon bimbit baharu

Gembiranya hati apabila dapat telefon bimbit yang baharu hadiah daripada suami tersayang.  Kebetulan dia ke Low Yat pada 2 September 2014, banyak kedai telekomunikasi seperti telefon, powerbank, komputer dan sebagainya. Aku pula pada masa itu berkursus di Hotel Grand Pacpfic selama 4 hari , bermula 2 - 5 September,2014.
  Dengan kesempatan itu, aku memintanya membelikan aku telefon bimbit yang baharu.  Memang telefonku masih baik lagi dan tak pernah rosak, telefon Nokia N-7.  Di sekolah kawan-kawan sibuk menyuruh membeli telefon baru.  Kini benar-benar aku dapat telefon pintar , skrin sentuh, dan kamera serta lampu. Telefon Oppo N5116 adalah hadiah hari jadi ke -52.
  Bolehlah aku bergaya dengan telefon baharu.  Pertama seklai, merakam gambar rumah abangku yang dalam proses siap.  Kemudian menggunakan telefon ini dengan sebaik mungkin.Telefon lama menjadi rebutan kedua-dua anakku.  Anak kedua pula mengadu bateri telefon buat hal.  Entah berapa kali dia mengganti bateri telefon bimbitnya itu.  Tak tahulah remaja sekarang ini, kedua-dua anak sulung dan anak kedua dah banyak kali bertukar telefon sedangkan telefon lamaku selau ku berikan kepada salah seorang daripada mereka.
 Telefon pertama, Samsung ku beli dengan harga RM450 , bunyinya kurang didengar,selalu suamiku merungut kalau ditelefon mesti tidak diangkat.  Kemudian ku beli telefon Nokia yang berharga RM1800 Nokia tetapi dicuri.  Telefon lama diberi kepada anak kedua, akhirnya tercicir dalam bas.
Telefon ketigaku Nokia N-7 pula menjadi rebutan....masih  elok dan baik kerana dibeli pada tahun 2011.
  Semoga kehadiran telefon ini aku tidak ketinggalan dalam menggunakan telefon pintar .  Terima kasih kepada suami tersayang sekurang-kurangnya ada kenangan daripadanya untuk dikenang sepanjang masa.... semoga dimurahkan rezeki dan jodoh berpanjangan ......aamiin
Pada 2 September dibeli dan pada   5 September  diberikan kepadaku pada waktu malam semasa balik ke Melaka untuk  menghantar tablet untuk kegunaan anak sulung ku yang kebetulan mahu menggunakannya. 

No comments:

Post a Comment